masalah rambut gugur

Posted in Uncategorized on June 30, 2009 by nazrida

..rambut gugur disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah stress, ketakseimbangan hormon, malnutrisi, masalah kulit kepala berminyak dan keturunan.  Keguguran rambut lebih banyak dihadapi oleh lelaki berbanding wanita. Salah satu faktor yang tidak dapat dielakkan ialah keturunan/genetik.  keguguran rambut seorang ayah akan diwarisi oleh anaknya terutama sekali anak lelaki.

Mendapatkan rawatan profesional merupakan jalan yang terbaik. Ini adalah kerana langkah melambatkan keguguran rambut adalah sangat kritikal dan perlu dilakukan dengan segera supaya rambut tidak terus gugur. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini,  perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk melambatkan kehilangan rambut di samping menyuburkan kembali rambut anda! :

1. makan makanan seimbang – kekurangan nutrisi akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.

2. Basuh rambut lebih kerap untuk membersihkan kulit kepala. Kulit kepala berminyak dan kotor akan menyumbat liang atau akar rerambut.

3. Gunakan sikat rambut yang diperbuat dari kayu berbanding plastik (batang sikat tersebut daripada kayu)

4. tangani stress dengan baik.

5. Ambil kekacang lebih banyak kerana kekacang mempunyai khasiat yang menghalang keguguran rambut. Kacang soya dan kacang hitam adalah yang terbaik.

6. perap kepala dengan santan yang dicampur dengan perahan limau nipis atau pun bunga raya untuk melebatkan rambut.

sekadar catatan biasa

Posted in Uncategorized on June 30, 2009 by nazrida

Hari ni aku nak masak makanan kegemaran suamiku. Kari kepala ikan. Aku sengaja ambil cuti beberapa hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Sudah lama aku terlalu menumpukan perhatian kepada karier sendiri…kasihan anak-anak dan suami yang sering ditinggalkan. Ahh…cepatnya masa berlalu. Anak sulungku bakal menjejakkan kaki ke menara gading. Sedar tak sedar aku sendiri menghampiri angka 40 tahun! Dua  aku tahun lagi aku akan berusia 40. Menoleh sejenak ke belakang, terasa terlalu banyak perkara yang aku lalui, kesedihan, kebahagiaan, kekecewaan dan kesilapan demi kesilapan aku lakukan.  Aku tak mampu menjadi ibu dan isteri yang baik….syukur kepada Tuhan yang selama ini sentiasa melindungi suami dan anak-anakku. Malah aku sememang tak mampu untuk membilang begitu banyak kurniaan Tuhan kepadaku. Terlalu banyak. Sungguhpun aku banyak berbuat dosa, namun Tuhan sentiasa memberi kebahagiaan kepada keluargaku….. anak-anakku sentiasa mendapat tempat teratas di dalam pelajaran masing-masing, menjadi contoh di kalangan murid-murid serta masih terlindung dari segala perkara yang tidak bermanfaat. Suamiku seorang yang bertanggungjawab, tidak pernah mengasariku, amat penyayang dan disenangi rakan setugas. Perjalanan hidupku sentiasa tenang…..hingga aku terfikir, apakah kebaikan yang telah aku lakukan sehingga aku dikurniakan kehidupan yang aman sebegini?  Kerana aku sendiri telah lama hanyut dengan kesibukan duniawi, hanya doa yang sentiasa kupanjatkan agar anak-anakku sentiasa dilindungi, menjadi insan yang cemerlang dan contoh yang baik di kalangan masyarakat.  Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan dan berbuat dosa….Pada usia menghampiri 40, aku mula berfikir tentang kematian yang semakin hampir.  Andaikan aku akan mati pada usia 60 tahun, bermaksud aku hanya ada masa selama 20 tahun saja lagi di dunia ini.  Sedangkan setahun pun rasa seminggu apatah lagi 20 tahun. Pejam celik tak terasa 20 tahun itu….aku sering memikirkan bagaimana keadaanku saat ajal menjemput….apakah aku akan sengsara, apakah aku akan sempat mengucap kalimah syahadah….mudah-mudahan Tuhan mematikan aku di dalam keadaan aku bertaubat dan beriman kepadaNya.  Entahlah….aku sering terjaga pada tengah malam dan berfikir tentang umur yang semakin hari semakin pendek sedangkan amalan untuk bekalanku ke sana belum lagi mencukupi…..Rabbana watawaffana ma’al abrar. Amin. 

 

bagaimana merawat kekecewaan hati

Posted in Uncategorized on June 22, 2009 by nazrida

Patah hati atau kekecewaan adalah satu pengalaman duka yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.  Bagi mereka yang positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan sebaris lagu yang biasa didengar atau pun satu bab dalam sebuah buku cerita yang mereka baca.  Benarkah ada dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati?”.  Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan atau berakhirnya sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami.

Cinta sememangnya kejam, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau membelah hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti…

Jika anda membaca artikel ini untuk mencari sebuah ketenangan daripada kehancuran mahupun kekecewaan, yakinlah bahawa setinggi manapun gunung kekecewaan itu, selaut mana pun dalamnya kesedihan itu, anda mampu mengatasinya!  Banyak orang telah melalui kesedihan dan kekecewaan….dan mampu mengatasinya.

Jadi, bagaimana mengatasi kekecewaan atau patah hati?

Pertama sekali, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir! . Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan sidia kembali kepada anda, kecuali sidia merasa simpati terhadap anda – jadi apa yang ada lakukan hanyalah menangguhkan perpisahan itu dan menambahkan risiko anda untuk lebih merasa kecewa di kemudian hari. Oleh itu, cubalah untuk teruskan saja hidup anda tanpa sidia!

Cuba fokus keada tujuan hidup anda.  Dapatkan kestabilan emosi.  Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa anda dipenuhi dengan melayan perasaan sedih.  Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada sidia…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan anda lebih cepat melupakan sidia!

 

Usah menaruh harapan. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati anda. Usah percaya apabila sidia berjanji akan menghubungi anda kerana itu biasanya hanya mainan kata-kata. Usah menyeksa diri sendiri. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati anda sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu.

Sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik … cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah anda. Anda akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan anda.

Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru.

Menangislah walaupun anda seorang lelaki…jangan malu untuk menangis.  Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati anda. Anda akan merasa lega selepas itu.

Ingatlah, walau sebesar manapun kesedihan anda,…anda pasti dapat melaluinya…….dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan saja yang menentukan kehidupan kita sebagaimana yang Dia kehendaki….

kekal sihat sepanjang masa

Posted in Uncategorized on June 4, 2009 by nazrida

Badan yang sihat adalah anugerah yang tidak ternilai. Banyak petua yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kesihataan badan. Antaranya bersenam, mengambil makanan yang seimbang, berfikiran positif….etc

Bersenam – mulakan dengan berjalan kaki selama 15 minit setiap hari, dan buat senaman regangan untuk mengelakkan otot mengendur.  Mereka yang selalu bersenam akan kelihatan awet muda kerana mempunyai otot yang pejal. Salur darah juga akan menjadi fleksibel dan dapat mengelakkan stroke. Perjalanan darah yang lancar akan membolehkan nutrien dan oksigen diangkut ke seluruh tubuh untuk fungsi fisiologi tubuh yang lebih sempurna. Dengan itu, setiap sel tubuh dapat berfungsi dengan baik dan ini akan meningkatkan sistem imun tubuh badan kita.

Kurangkan garam dan gula – garam menyebabkan badan kita menakung air. Manakala gula selain daripada mengakibatkan kencing manis,  juga menyebabkan perut buncit!  Kalau nak hilangkan perut yang buncit, cuba minum jus peria atau pun makan pucuk betik sebagai ulam.

Amalkan pengambilan berbagai jenis sayur semasa makan. paling baik, makan sayuran yang berbagai warna. Tapi bagi mereka yang mengalami kidney stone, kurangkan pengambilan bayam (spinach).

Amalkan pemakanan seimbang – karbohidrat, protin, vitamin dan mineral. Nutrien penting untuk tubuh badan kita. Oleh itu jangan berdiet dengan mengelakkan sebarang makanan tetapi makanlah dengan jumlah yang sedikit.

Miniumlah air 8 gelas sehari (sekurang-kurangnya).

Akhir sekali, berfikir positif. Usah bebankan fikiran dengan perkara yang diluar kawalan kita….semoga bermanfaat!

THE MOST PRECIOUS GOLD IN THIS WORLD IS “NOW”

khasiat sayuran

Posted in Uncategorized on June 3, 2009 by nazrida

umum mengetahui bahawa sayuran memang berkhasiat untu kesihatan badan tetapi tahukah anda bahawa dengan mengamalkan meminum “vegetables soup” setiap hari akan membantu mengatasi masalah kesihatan? Caranya, cincang halus 1/4 bawang besar, 1/4 lobak merah, sedikit labu kuning dan sedikit kobis. Lepas tu rebus dengan api yang kuat selama 5 minit dan renihkan dengan api perlahan selama 20 minit. Tapis dan minumlah air rebusan sayuran tersebut setiap hari, ianya bukan sahaja membekalkan khasiat yang lengkap untuk tubuh badan tetapi juga mampu mengurangkan berat badan yang berlebihan, menghaluskan dan mencantikkan kulit serta menghindarkan daripada penyakit degeneratif seperti katarak. bagi orang lelaki pula, ianya mampu menghindarkan penyakit kanser prostat. Info ini adalah sumbangan dari seorang kawan…terimakasih, dan selamat mencuba!

Berhati-hati dengan…

Posted in Uncategorized on June 27, 2008 by nazrida

BERHATI-HATI DENGAN FIKIRAN….KERANA FIKIRAN AKAN MENJADI PERKATAAN

BERHATI-HATI DENGAN PERKATAAN…KERANA PERKATAAN AKAN MENJADI PERBUATAN

BERHATI-HATI DENGAN PERBUATAN…KERANA PERBUATAN AKAN MENJADI KEBIASAAN

BERHATI-HATI DENGAN KEBIASAAN…KERANA KEBIASAAN AKAN MENJADI KARAKTER

BERHATI-HATI DENGAN KARAKTER…KERANA KARAKTER AKAN  MENENTUKAN HIDUP KITA DI MASA HADAPAN…..

OLEH ITU, SENTIASALAH BERFIKIRAN POFITIF KERANA IANYA AKAN MENJADI PERKATAAN YANG POSITIF….DAN MENJADI PERBUATAN YANG POSITIF…LALU MENJADI KEBIASAAN YANG POSITIF…DAN MENJADI KARAKTER YANG POSITIF….

 

 

 

KENAPA AYAM MENYEBERANG JALAN?

Posted in Uncategorized on June 20, 2008 by nazrida

Mengapa Ayam Menyebrang Jalan?

Jawaban menurut:

Guru Tadika :
Supaya sampai ke ujung jalan.

Plato:
Untuk mencari kebaikan yang lebih baik.

FBI:
Beri saya lima menit dengan ayam itu, saya akan tahu kenapa.

Aristoteles:
Karena merupakan sifat alami dari ayam.

Captain James T. Kirk
Karena dia ingin pergi ke tempat yang belum pernah ia datangi.

Martin Luther King, Jr.
Saya memimpikan suatu dunia yang membebaskan semua ayam menyeberang
jalan tanpa mempertanyakan kenapa.

Machiavelli
Point pentingnya adalah ayam menyeberang jalan! Siapa yang peduli kenapa!
Akhir dari penyeberangan akan menentukan motivasi ayam itu.

Freud
Fakta bahwa kalian semua begitu peduli pada alasan ayam itu menunjukkan
ketidaknyamanan seksual kalian yang tersembunyi.

George W Bush
Kami tidak peduli kenapa ayam itu menyeberang! Kami cuma ingin tau
apakah ayam itu ada di pihak kami atau tidak, apa dia bersama kami atau melawan kami.. Tidak ada pihak tengah di sini!

Darwin
Ayam telah melalui periode waktu yang luar biasa, telah melalui seleksi
alam dengan cara tertentu dan secara alami tereliminasi dengan menyeberang
jalan.

Einstein
Apakah ayam itu menyeberang jalan atau jalan yang bergerak di bawah ayam itu, itu semua tergantung pada sudut pandang kita sendiri.

Nelson Mandela
Tidak akan pernah lagi ayam ditanyai kenapa menyeberang jalan! Dia
adalah peliharaan yang akan saya bela sampai mati!

Thabo Mbeki
Kita harus mencari tahu apakah memang benar ada kolerasi antara ayam dan jalan.

Mugabe
Setelah sekian lama jalan dikuasai petani kulit putih, ayam miskin yang
tertindas telah menanti terlalu lama agar jalan itu diberikan kepadanya
dan sekarang dia menyeberanginya dengan dorongan ayam-ayam veteran perang. Kami bertekad mengambil alih jalan tersebut dan memberikannya pada ayam, sehingga dia bisa menyeberanginya tanpa ketakutan yang diberikan oleh
pemerintahan Inggris yang berjanji akan mereformasi jalan itu. Kami
tidak akan berhenti sampai ayam yang tidak punya jalan itu punya jalan untuk
diseberangi dan punya kemerdekaan untuk menyeberanginya!

Isaac Newton
Semua ayam di bumi ini kan menyeberang jalan secara tegak lurus dalam
garis lurus yang tidak terbatas dalam kecepatan yang seragam, terkecuali jika
ayam berhenti karena ada reaksi yang tidak seimbang dari arah berlawanan.

Miyabi
Ooohh… Aahhh… Mmmhhh… Ohh yeeahh…

Programmer J2EE
Tidak semua ayam dapat menyeberang jalan, maka dari itu perlu adanya
interface untuk ayam yaitu menyeberangable, ayam-ayam yang ingin atau bias
menyeberang diharuskan untuk mengimplementasikan interface menyebrangable, jadi di sini sudah jelas terlihat bahwa antara ayam dengan jalan sudah loosely coupled.

Flasher
Karena pada keyframe tersebut terdapat actionscript yang bertuliskan
perintah ‘GoTo And Run’ …

LB Moerdani
Selidiki! Apakah ada unsur subversif?

Siti
Itu ayam pasti ingin naik bas.

Soeharto
Ayam-ayam mana yang ndak nyebrang, tak gebuk semua! Kalo perlu ya
dikebumikan saja.

Darwis Triadi
Karena di seberang jalan, angle dan lightingnya lebih bagus.

Nia Dinata
Pasti mau casting ‘30 Hari Mencari Ayam’ ya?

Ek ele :
Kerana ayam itu mau poligami, saya rasa tak ada masalah mau menyebrang
kemana juga…

Julia Perez
Memangnya kenapa kalau ayam itu menyeberang jalan? Karena sang jantan ada disana ! Daripada sang betina sendirian di seberang sini, yaaaaaaaaahhh
dia kesanalahh.. .?

and the best answer is………. …..( jeng jeng jeng )

PAK DOLAH :
“Kenapa ayam menyebrang jalan? Kenapa sibuk sangat nak pikir?…..tak payah fikirlaaahhhh……(ngantuknye).’

 

NAZRIDA – ENTRI KENAPA AYAM MENYEBERANG JALAN NI TAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG DAH TAK ADA…ATAU PUN YG NYAWA-NYAWA IKAN…HANYA REKAAN SEMATA. KALAU NAMA SAMA MUNGKIN SECARA KEBETULAN….he he

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 20, 2008 by nazrida

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
• Cepat penat
• Mengah
• Sakit dada
• Denyutan nadi laju
• Lemah di bahagian kaki
• Kurang selera makan
• Batuk
• Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

sumber : KIRIMAN EMAIL DARIPADA SEORANG KAWAN.

lagi tip mudah.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 19, 2008 by nazrida

1. Buah peria – mampu mengurangkan paras glukosa dalam darah.Caranya, peria dibuat jus dan minum dalam 3 -4 kali seminggu. Ianya juga dikatakan mampu membuang toksik dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.

2. Selalulah mendongak ke langit, lihat langit yang cerah – ini akan mengurangkan risiko sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

P/S Maaf, sumber rujukan tak dapat saya kemukakan untuk rujukan saintifk evidence bagi perkara di atas kerana terlupa pulak sumbernya! (Baca dalam majalah/buku lama dulu…)

Buah kiwi mengatasi masalah sukar tidur.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 18, 2008 by nazrida

Sekiranya sukar tidur, cuba makan dua biji buah kiwi. Buah kiwi diketahui mempunyai khasiat yang boleh membuat seseorang cepat tertidur dan mengurangkan masalah terjaga di tengah malam.

SUMBER : READER’S DIGEST