mimpi boleh dipercaya?

Tak tahu la mimpi ni boleh percaya atau tidak. Ada juga mimpi yang sentiasa berulang-ulang, selalu mimpi perkara yang sama, biar bertahun pun sering termimpi yang sama.

Saya heran, saya selalu mimpikan seroang kawan seasrama masa sekolah menengah. Saya selalu mimpi dia sejak habis sekolah menengah hinggalah sekarang.  Yang  tak bestnya, tiap kali mimpi kawan tu, beberapa hari kemudian saya akan sakit. Seolah-olah itu adalah petanda ada sesuatu yang tak baik berlaku pada saya. Mulanya saya tak perasan. Tapi bila dah berulangkali berlaku, barulah saya rasa macam ada kebetulan. Kawan tu tak rapat dengan saya. Satu kelas dan satu bilik di asrama. Tapi jarang bercerita. Hanya bertegur sapa sekali sekala. Kalau dalam mimpi tu, saya sangat rapat dengan dia,  tak lama saya atau anak akan sakit teruk. Kalau setakat ternampak dia dari jauh, hanya sakit sikit saja. Dan dalam mimpi tu, saya jumpa dia dari dia bujang hinggalah dia ada anak 4! Yang peliknya, saya takpernah berhubung dengan budak tu sejak habis sekolah!! Tapi sejak anak ketiga lahir pada tahun 1998, saya tak pernah mimpi dia lagi, dan yang herannya dalam mimpi tu kawan tu ade cakap dia tak akan jumpa saya lagi!! ..saya mimpi dia ni ade la dalam 10 tahun! Tapi baru2 ni ada lagi saya mimpi dia sekali, sebelum anak saya sakit….. ade-ade aje kan?

Emak saya kata pulak, kalau pmpuan mimpi pakaian atau kasut/sandal hilang atau pinjamkan kepada orang lain, bermaksud suami akan kena ‘pinjam’.  Dua orang terdekat yang saya kenal pernah mimpi begini dan cerita pada emak. Betul juga, suami masing2 main kayu tiga! Tapi kalau suami yang mimpi begitu, bermaksud isteri pulak yang akan diganggu orang! he he…

Kalau mimpi binatang berbisa seperti ular atau labah2, bermaksud ada orang hendak buat sesuatu yang tak baik pada kita. Kalau mimpi anjing pulak, orang yang rapat dengan kita hendak mengkhianati kita.

Kalau mimpi air bah (banjir), fitnah akan terjadi dalam hidup kita.

Mimpi naik ke tempat tinggi, terbang atau naik kapal terbang, mengisyaratkan kita akan mendapat kebaikan.

Kalau mimpi ketawa terbahak-bahak, mengisyaratkan kita akan bersedih dalam waktu yang terdekat.

Kalau mimpi telanjang, atau pakaian tak lengkap, bermaksud kita hendak menceritakan hal peribadi pada orang lain dalam masa yang terdekat, dan juga memberi pengertian bahawa amal ibadat kita semakin berkurangan…

Tak tahu la betul ke tidak. Sesetengah mimpi memang pernah saya alami dan dalam realiti pun ianya memang berlaku mungkin secara kebetulan atau tidak, tak tahu la.

Apa-apa pun, bila mimpi yang tak baik, hendaklah bersedekah kerana musibah/bala tak akan dapat melangkaui sedekah.

(Mungkin jugak tidur lupa baca doa dan lupa basuh kaki…he he)

 

 

 

About these ads

99 Responses to “mimpi boleh dipercaya?”

  1. kalo mimpi terjun dari bagunan tingi mcm mane plak kak ida? sokmo mimpi mcm tu.

    kalo mimpi kene gigit dgn mahluk asing mcm dalam citer ALIENS tu mcm mane plak kak ida? hehe..

    kalo mimpi basah plak mcm mane plak??hehehe ngarut plak..

  2. nazrida Says:

    tak tau pulak kak ida kalau mimpi jatuh bangunan…tak pernah mimpi cam tu!

    ha ha ha…..mimpi basah tu pandai2 le ko urus sendiri! keh keh

  3. ermmmmm jarang benar ingat mimpi… tapi ada beberapa kali mimpi wujud dlm realiti (maksudnya benda tu dah dialami dlm mimpi tapi dalam alam nyata benda yg sama terjadi ~ macam drama ulangan lah ni…)

  4. Salam Naz…sy sering mimpi berjalan…boleh saya berjalan kembali…

    Naz…saya suka lagu ‘Umpama mimpi dalam mimpi’…lupa lak kumpulan apa yg nyanyikan lagu tuu.

  5. nazrida Says:

    ye la kak e, kadang bila benda tu berlaku mesti kata dlm hati, eh, mcm dah pernah terjadi yekk…he he

    bro KS, naz pula sering mimpi terbang..tapi tak juga pandai terbang…he he
    eh naz pun suka lagu umpama mimpi dalam mimpi tu….lagu masa muda..tapi tak ingat kumpulan ape…

  6. azitamusa Says:

    Mimpi meratap di kubur Siti Khadijah? Ada maksud ka?

  7. azitamusa Says:

    Jie selalu dapat mimpi dulu kalau pekara tak elok nak berlaku.

    Cth mimpi ada sorang pompuan tu macam nenek jie senyum dan cakap pagar rumah…. so jie terjaga terus baca ayat kursi keliling umah

    Mimpi satu suara mintak jie hafal salah satu ayat dalam alfatihah. Dalam bulan puasa jie dapat mimpi tu. Berulang kali suara tu cakap. Sampai jie terjaga …. lepas bulan posa jie kena histeria. Apa yang dapat jie pikir dan lawan masa tu hanya surah Alfatihah dgn meaningnya sekali

    mimpi main catur dgn hubby. selalunya mainan tu berterusan, tak de menang atau kalah, but then hubby kata check mate. dia nak berhenti, jie menanggis esak2 tanya kenapa nak berhenti, dia cakap saya yang nak. Pastu hubby buat hal….

    he he he banyak lak…. jarang jie mimpi kalau mimpi mesti kow punya sekali. dan jie akan terbangun beristifar, baca ayat kursi dan zikir hingga tidur.

  8. azitamusa Says:

    Last sekali jie mimpi selepas solat hajat. jie ambik pisau dan potong ibu jari jie sendiri. Masa tu jie tengah teruk depression dan gaduh dgn hubby. Rasanya jie dah tahu jwbannya. Jie mengarah diri jie ke arah kemusnahan……..

  9. nazrida Says:

    bro KS, kumpulan DAMASUTRA yang nyanyi lagu Umpama mimpi dalam mimpi tu, naz tanya hubby..

  10. nazrida Says:

    Jie, memang betul kalau mimpi tak baik bila bangun kena istghfar. Kak ida ada terbaca dalam hadis, kalau kita mimpi buruk, ludah ke sebelah kiri dan baca a’uzubilahiminsasyaitan nirrajim. Tapi ludah tu bukan lah ludah keluar air liur byk2, mcm buat2 meludah gitu…

  11. nazrida Says:

    jie, yang kak ida tahu, kalau kita mimpi luka atau kita melukakan diri sendiri memang kita akan mendapat kesedihan.

    Heran kan, kekadang kita ni diberi firasat melalui mimpi mengenai sesuatu yang bakal terjadi dalam hidup kita!

    kak ida pernah mimpi dua tahun lalu, kak ida pakai wedding dress warna putih yang dah lusuh tapi dress tu kak ida suka sebab cantik, cuma ia lusuh. dalam mimpi tu anniversarry yang ke-18. Dalam mimpi tu jugak kak ida senyum2 dan badan gemuk.

    Kak ida tak tahu apa maknanya, sebab belum lagi 18 tahun kak ida kawin! Takut jugak sebab kak ida dah banyak kali mimpi benda yang sama sejak 2 tahun lalu!

  12. azitamusa Says:

    kak ida mimpi meratap kat kubur siti khadijah apa maknanya?

  13. azitamusa Says:

    mimpi tu berlaku masa jie kecik. dlm umur 7/8 tahun. jie rasa masa tu kubur siti khadijah tu mak jie. pastu jie nanggis sampai terbangun. masa bangun tu jie masih nanggis. Ayah jie sampai bangun dtg bilik jie. so kuatlah jie nanggis masa tgh tdo….
    Jie tanya ayah sapa siti khadijah. yela mana jie tau sejarah islam masa tu. baru sekolah. Ayah ckp org baik. suruh jie mengucap, istifar, baca fatihah…masa tu rasanya baru pandai baca fatihah…. hehehe
    mimpi tu masa kecik but ingatan mimpi tu masih terang sampai lani. pernah tanya org lain. katanya mimpi elok. jgn cerita sgt, takut riak. but bukan riak now.cuma jie nak tahu meaning……. sampai lani takde lagi bagi meaning yg terang cuma mimpi elok dan suruh jie jadisiti khadijah contoh. …..

  14. nazrida Says:

    Jie, kak ida pun tak tahu ape maknanya, tapi kalau dalam mimpi kita menangis, kita akan mendapat kegembiraan. Itu yang kak ida pernah tanya dengan sorang kakak kak ida. Kalau mimpi ketawa, maksud tak baik melanda kita…he he macam nujum pak belalang plak ye…Kak ida dapat mengagak jie ni berhati baik orangnya. Biasanya orang yang begitu akan selalu mendpt perkhabaran melalui mimpi….

  15. azitamusa Says:

    alhamdulillah kak ida. Jika betul apa yg kak ida ckp, jie amat bersyukur kehadrat Allah taala.

    Psl mimpi kak ida tu tah tah masa tahun18 perkahwinan kak ida pregnant lagi kot? sebab gemuk sikit. dan yg suka pakai baju kahwin lama tunjuk kak ida bahagia…. dan terima seadanya rumahtangga akak. he he he agak je

  16. azitamusa Says:

    terima kasih sebut jie baik hati. Jie perasan jie pun byk berubah sejak macam2 berlaku dlm idup jie buat jie lupa dulu jie mcmana.
    Dulu masa sekolh kengkwn selalu sebut jie ni terlalu baik sebab tu kalu depa nak pekena tak sampai hati. he he he.
    Pernah sekali kwn jie mengatal dgn hubby. almaklum….. hubby terlebih ramah dan dia isteri no2 yg selalu ditinggalkan. Satu hari dia ckp kat jie ….. aku tak sanggup naya ko jie. ko baik sgt. Laki ko kena belajar appreciate ko. Untung dia. Pastu dia lost kontak. Jie call tak jwb. Kalu jumpa lari. Dah lama lepas tu jie tanya hubby ada tak S contak awak? Hubby ckp S suka kat dia kot. Tak tahu mana satu betul. S suka ker atau dia mengtal sbb S pernah seloroh kat jie ckp Hubby ko gatal suka dtg opis aku ajak lunch pi dating. Aku marah dia suruh ajak ko skali. Dia tak nak, …gatal. pastu dia gelak kuat2. Then dia marah jie, ko ni cuba belajar marah laki….hehehe. itu 5 tahun dulu…
    Bile jie ingat balik S dgn apa yg dah jadi kat jie la ni…. teringat nasihat dia. Respect pulak jie kat dia… tahu hargai pershbtn

    Baik sgt pun tak elok….. kena tipu dgn suami…..

  17. kak ida cadangkan tmpt nak bwk bdk2 jln yg tidak kos?

  18. kos tidak besar

  19. nazrida Says:

    Kat Malaysia ni mana-mana tempat pun affordable. Kalau kak ida, suka pegi kuala terengganu. Pantai batu buruk tu cantik dan luas, anak2 suka main tepi pantai. Boleh tinggal kat Primula Beach Resort, dekat je dengan pantai tu…

    Kat Genting pun bagus, budak2 suka kat sana. Jie pun boleh habiskan masa dengan hubby…

  20. nazrida Says:

    jie, kawan jie bagitau jie hal suami jie tu sebab kawan tu sorang yang jujur. Tp jie seorang yang percaya sangat pada hubby dan tak ada buruk sangka sebab tu jie tak ambil kisah dengan gurauan kawan. Kekadang ada masanya kita perlu menafsir secara “double meaning” gurauan kawan2 kerana ada ketikanya kawan2 tak dapat nak memberitahu hal sebenar. Mungkin takut kita susah hati atau menjaga keharmonian rumahtangga… Mungkin jugak hubby jie sekadar bergurau tetapi tergurau pulak dengan pmpuan yang memang sedang kesunyian….. ape pun, jie kena la tabah selalu………mcm tu la kehidupan jie….

  21. aik? knape blog kak ida ni mcm blog intim jer? dah tukar dh ke dr wane hijau dulu tu? aik aik same jer hehe

  22. nazrida Says:

    kak ida tgh tukar2 theme ni, nk cari mana yg cantik tp line kt sini lambat skit, jd bila tukar lambat dpt update…ni sementare je..he he

  23. owh yker, tapi saye suke yg hijau ni, mesra alam hehe..

  24. nazrida Says:

    ye la kak ida pun suke hijau… suke gambar pemandangan tp tk byk theme cm tu!

    agaknye jie cuti ye…..ape khabarnye jie tu ye?…kak ida terfikir dia selalu, kesian jie…harap2 jie tabah selalu!

  25. kak gee pi cuti jgak ke?
    bgus la ader time dgn hubby dia tu.
    ala kak gee tu kan saye der bagi gelaran iron lady..msti dia kuat nyer hehe

  26. azitamusa Says:

    Salam kak ida quintas.

    Jie tak gi cuti. Memang cadang nak gi…. But then hubby kata sabar yek… budget consious sikit. Banyak belanja kalau anak 5. Jie ingat weekend ni bawak jalan2 sini jer la. Depa tu semua tak pernag gi muzium. Bila rombongan sek, jie tak bagi sebab masa tu abah depa kat oversea, takut2 apa2 susah jie sorang cakap hubby. So tak gi mana2 la budak2 tu kalau rombongan sekolah. So depa tak kenal muzium la. Last year jie bawak pi tugu negara dan zoo negara. Beria ambik gambar. Abah depa pun sama sebab katanya last kesana masa dia umur 8 tahun. Mak ai… semangat kebangsaan mana da?

  27. azitamusa Says:

    Quintas, Thanks for calling me iron lady… rasa waja pulak. Mak ai kembang…. tolong! tarik balik kebumi…. he he he

    Banyak kak jie belajar dari apa yang Allah beri. Indahnya Allah sulami kehidupan kak jie. Macam2 dah. Penat rasa ada tapi hikmahnya indah sekali….

    Pengalaman jumpa ustad, pengalaman dengan isteri orang yang cuba menagih simpati/kasih suami. Pengalaman berdosa/melawan suami. Pengalaman rasa suami hilang seketika. Pengalaman betapa besarnya sayang suami pada kak jie pada kak jie walaupun setelah banyak dugaan seperti terkena, kak jie marah dia, mak dia marah dia dsbnya…..

    Besarnya kasih sayang dia pada kak jie

  28. nazrida Says:

    syukurlah keadaan jie dah kembali ke asal…mudah2an berpanjangan….

  29. Insya Allah Kak Ida…. rasa takut tu masih ada gak lagi. But then, jie pikir, Allah ada, Allah maha penyayang dan maha mengetahui. Betapa banyak dosa jie kat hubby. Masa jie tengah tertekan hari tu, macam2 benda buruk jie sebut pasal dia. Tah la kak ida. Jie mintak ampun dari dia dah. Harap2 dia ampunkan dosa jie.

  30. JIe rasa lega sangat lepas jumpa ustad. Jie dah tak marah2 hubby. Jie dah tak ungkit pekara dulu. Jie ada cerita kat kawan kat opis ni, bukan niat nak besarkan story but sebagai pengajaran dan ajak dia pikir sama2. Kawan tu cerita mak dan ayah dia pernah terkena macam ni lebih kurang. Bukan apa cuma tak suka orang lain lebih darinya. So mak dan ayah dia memang peyayang dan loving couple, So ada satu pompuan tu sudah buat naya bagi mak dan ayah dia gaduh selalu. dia kata sejak dia kecik. Lama jugak lah sampai mak dia pindah opis baru lega. Yang buat satu opis dgn mak dia. Dia kata bayangkan dia selalu dengar mak / ayah dia bergaduh dalam bilik. Bila pi jumpa ustad baru tau kenapa… mak dia tak percaya jugak mulanya sebab kawan tu baik sgt dgn mak dia.

    Hanya kerana tak suka tengok org lain lebih…

    Ya Allah…… takutnya jie tengok dunia sekarang.

  31. nazrida Says:

    Sebab tu kita kena banyak berdoa. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kak Ida dah banyak kali jugak ‘terkena’ …. kena banyak usaha untuk mengatasinya Jie. Yang penting, kita kena berdoa kepada Allah sebab hanya Allah tempat berlindung yang sebaiknya.

    Jie jangan lupa baca selalu surah 3 Qul yang Arul cakap tu, juga ayat Qursyi….bukan nak buruk sangka, tapi kita kena hati2 selalu sebab orang yang nak buat khianat kalau tak dapat sekali mungkin akan cuba banyak kali….

  32. nazrida Says:

    Hubby jie dah tentu ampunkan Jie. Sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pula suami isteri..lebih2 lagi dia dah tengok jie bersungguh2 mempertahankan rumahtangga jie ni…

    Sume orang pun buat salah, Kak ida lagi la banyak dosa kat hubby….agaknya kalau seluruh hidup kak ida pun tak cukup nak mintak maaf…

  33. Betul la kak ida. Risau gak kalu dok pikir orang yang ada hati yang rosak macam tu, kemungkinan besar dia nak cuba lagi. …. Harap2 hubby dah kuatkan hatinya dan ikut cara ustad tu buat dia bersihkan hati hubby yang ada pompuan tu dan hati pompuan tu. Dia ikat pompuan tu dgn suaminya sampai akhir zaman katanya. Macam nak bagi pompuan tu taat kat laki dia jer bunyinya. Kesian pun ada kat pompuan tu… Kesian dia mencari kebahagian dgn berdosa pada Allah. Sampai kesitu. Kekadang jie tertanya gak…. apa dia nampak kat hubby jie. Tak ler handsome, tapi mungkin sebab dia jeles dengar suami terlalu sayang kat jie kot….. agak jer la.
    Ya Allah, sampai kesitu ker?
    Tah lah malas nak pikir la. Ustad pun dah buang nama dia dalam jie katanya. Jangan pikir lagi. Ustad ikat tali kasih sayang kami kuat2…. insya Allah, katanya, kita berdoa pada Allah.

    Seriau jugak bila tengok macam2 dia buat. Kerja keras ustad dan kenkawan dia malam tu. Mengerjakan apa yang patut, truly an experience…

  34. Kak ida, jie lupa nak cerita, masa hubby mula2 kenal pompuan tu jie ada mimpi / terbayang nampak kelibat perempuan…. tak nampak muka but just tangan yang sgt buruk dengan kuku yg panjang pakai quitex.
    Lepas jumpa ustad after call hubby dari rumah. Masa tu dia kat spital, jie kat umah. Then jie mengantuk sgt terlelap sebentar, jie mimpi balik la tapi kali ni nampak tangan dia yg buruk tu dgn kuku panjang quitex. Terkejut jie terus terbangun. Istagfar dan baca ayat 3 kul dan ayat kursi. Lupa lak nak ludah.

  35. wlcme kak gee.

    err nk tnye btul ker yg org2 bisae ni leh wat` or kene kan org laen ? mcm kak gee ckp tu yg wat org kuat gado2 and mcm 2 lagi?

    mcm mane diorg wat? ilmu hitam ek?

  36. aik? warne biru plak blog ni? muhehehe

  37. nazrida Says:

    quintas – he he kak ida saja nak tukar kaler blog ni – senada dengan mood kak ida masa ni yang tgh boring dan sedih..huhu hu

  38. nazrida Says:

    quintas – sihir tu ade, ilmu hitam le tu, cuma kita kena ingat, semua tu atas izin Tuhan. Ingat lagi sebab + akibat, mcm kertas dan api. Api kan sifatnya membakar, kertas pula sifatnya akan terbakar kalau kena api….jadi bila dah Tuhan jadikan hukumnya begitu, janganla dekat kan kertas dengan api….begitu la dengan ilmu ni, dah resultnya kalau dia buat begitu, dah sebab + akibat…susah nak paham sebenarnya tapi segalanya kan atas kehendak Tuhan. Kita tak tahu apa yang tersirat di sebalik semua kejadian, dan tentunya adalah ada hikmahnya. Samada sesuatu perkara itu datang dalam bentuk ujian atau musibah, itu semua adalah untuk memperbaiki diri kita atau meningkatkan keimanan kita. Syukurlah kalau diuji, bermaksud Tuhan beri peluang untuk kita maju…

  39. nazrida Says:

    jie, apa pun yang terjadi jie jangan menoleh ke belakang lagi. Tapi jie perasan tak, tentu sekarang ni jie lebih kuat dan lebih baik dari sebelumnya kan?…..

  40. kalo yg ilmu 2 sihir tu…leh cayer ke..kite org islam leh caye ker bnde2 mcm tu..?

  41. nazrida Says:

    Quintas, ilmu sihir tu memang ada, dan ada orang yang mengamalkannya. Tapi bukanlah yang mcm boleh buat hujan dsbg spt dalam kartun ‘Sabrina’ tu…

    Tapi untuk mempecayai bahawa seseorng itu dengan ilmunya boleh memudaratkan kita, itu tak bleh le, sebab nanti kita cenderung mempercayai kuasa lain selain Allah, yang lama kelamaan jadi syirik pulak. Pemahaman kak ida, bagi contoh panadol. Kita sakit makan panadol baik pulak, tapi sebenarnya Tuhan telah menjadikan tindak balas chemistry dalam panadol sedemikian rupa sehingga ianya boleh menghilangkan rasa sakit….ha macam tu la….
    ..Ada sorang ustaz tu cakap magic tu sihir jugak, tapi magic yang boleh kasik hilang bangunan ke, macam david copperfield…bukan yang setakat trick semata….tak tahu la pulak…

  42. azitamusa Says:

    Salam Kak Ida,
    Jie dapat rasakan jie makin kuat… kesedihan tak bawa kemana. Cuma jie nampak suami masih marahkan jie. Marah dgn tindakan jie dan kata2 jie masa jie tengah tertekan.

    Jie rasa dia masih tak boleh terima tentang sihir dan terkena ni. Bagi dia kesalahan itu datang dari diri sendiri. Entahlah kak ….. sedih pulak tiba2.

    Kerja jie jadi tak terurus disebabkan apa yang berlaku. Banyak jie kena susun balik.

  43. azitamusa Says:

    Quintas,

    Sihir memang ada…. tapi bagi kak jie biarlah dosa ataupun masalah orang yang buat kat kak jie dan suami tu dia tanggung sendiri dengan Allah……

    Kak jie rasa kak jie kesian kat pompuan tu. Dia sanggup buat macam2 hanya untuk mencari sebuah kebahagian….

  44. nazrida Says:

    Jie, memang le suami jie tak boleh terima tindakan jie tu, tapi itu hanya sementara. Sebab, bila keadaan dia dah tenang kembali dan balik kepada ‘asal’, dia akan menghargai usaha jie dan dia sendiri mungkin akan menyesali perbuatannya dulu.

    Sebab jie, dia dah sayang dengan orang tu, jadi tentu dia sayang nak buang dan perasaan sayang tu membuat dia ingin melindungi apa yang disayangnya. itu normal bagi orang yang sihat….manusia biasa katakan….

    Berikan dia sedikit masa lagi. Biarlah dia sejuk sendiri…..usah jie ungkit atau sebut2 biar sedikit pun ttg pmpuan tu…

  45. nazrida Says:

    yang penting jie dah buat apa yang perlu jie lakukan. Tak kan nak diamkan aje dan biarkan kebahagiaan kita musnah,kan? Jie pun ada hak untuk mempertahankannya!

    Samada hubby jie suka atau tak, terpulang kepada dia. yang penting, perbuatannya itu memang tak betul jadi jie berhak membawa dia balik ke pangkuan jie.

    kak ida percaya suatu hari nanti dia akan sedar dan menghargai jie. Usah sedih2 jie, nanti perasaan sedih tu melarat jadi murung, lagi la teruk jadinya!

    Sekarang jie kena atur semula hidup dan kerja jie seperti sediakala. Memang bila ade something yang berlaku dalam hidup kita, perjalanan hidup jadi tak lancar…. ape pun, jie yakin pada diri sendiri.

  46. kak gee kuat smngat nyerk,
    btul tu laki kne bagi dia cool down dlu, nanti pas dia dah cool down, msti dia pkir balik and msti ader rase bersalah and guilty tu timbul..
    tme tu la dia akan sedar all mistakes dia and kmbali kpd pangkuan kak gee jgak and everyone lives happily ever after hehe

    aiya tkt plak sihir ni btul.. nanti kene ape2 kat saye ker hehe..

  47. nazrida Says:

    Quintas, tk yah takut lerr….. Tuhan tu lebih berkuasa dari segala sesuatu. Doa je la mintak lindungi dari ape-ape kejahatan orang kat kita…..insyaalllah dik.

  48. azitamusa Says:

    Salam Kak ida.
    Alhamdulillah hari2 jie rasa makin tenang. Memang ada setan mengusik hati ini buat tapi jie akan baca ayat 3 kul selalu. Bila baca surah alnas tu … hati jadi tenang kembali. Bukan tak de suami buat jie marah. ala yang biasa2. Tapi jie dah tak heran. Bila nak marah cepat2 baca alnas. Tenangnya rasa

  49. azitamusa Says:

    Kak ida, jie tengah online YM. Meh la chat

  50. nazrida Says:

    jie online ke? kak ida try tp tk dapat le, line tak berapa bagus…sat kak ida cuba lagi…

    wahhh…ceria nampaknye jie, bagus lah gitu!

  51. azitamusa Says:

    Alhamdulillah kak ida…. malas nak pikir benda remeh. Dalam numerology ada sebut jie terlalu sensitive. Tapi ada kebaikanya. Jie amat sensitive pada perasaan orang…. hehehe dalam buku numerology sebut jie macam ada antena dapat sense fikiran dan perasaan orang. Kelakar. Tapi bila pikir balik ada betul jugak.
    But bila jie tertekan, jie amat sedih sangat, jie akan cover dengan kelakar but kalu dah max, sampai tak boleh cover. kekadang jadi sarcastic remarks…. aisey bahaya. Itu yang suami merajuk tu. Sebab jie tak pernah sebut pekara2 yang melukakan dia. Selalunya jie jaga. Masa tertekan tu…. macam2 jie sebut…. kesian kat dia. But then kalu tak sebut, dia takkan tahu yang selama ini jie banyak menanggis sebab dia…. ada hikmah disebaliknya. Harap2 suami faham

  52. nazrida Says:

    jie, kak ida pun sama, kalau tengah bergaduh, kak ida akan sebut mcm2, terutama benda yang menyakitkan hati dia, dan kak ida ni tak lah lemah lembut macam jie. Kalau gaduh, kak ida mesti nak menang, kalau tak sakit hati kak ida sampai bawak ke tempat tidur! Itu keburukan kak ida!

    Tapi kebaikannya, time gaduh tu la masa kita nak lepaskan segala yang terbuku di dada dan segala yang tak suka, kalau simpan sebenarnya kita nanti mudah sakit jantung!

    kak ida kalau dah lepaskan segalanya, baru rasa lega di hati! Dah tu pandai2 le mintak maaf..he he….

    Agaknya sampai bila la suami kak ida tahan ni yekk…

  53. azitamusa Says:

    sampai akhir jodoh la kak ida

  54. nazrida Says:

    kesian lak laki kak ida, dia tu suka orang yang lemah lembut…! he he

  55. azitamusa Says:

    Semua pompuan lemah lembut. Cuma kekadang terkurang jer. But then ada lelaki yang lemah lembut he he he :)

  56. nazrida Says:

    kekadang pernah bergaduh sampai kak ida rasa macam sampai setakat itu saje la jodoh…kak ida ni pasrah aje, tapi bila dah sejuk rasa menyesal melawan hubby….tapi laki ni pun satu, kalau kita tak cakap tak pulak tahu kita sakit hati kan? Kalau takde bergaduh, tak tahu pulak ada yang tak kena dalam rumahtangga…

    Dulu kak ida main simpan dalam hati, akhirnya kak ida yang sengsara seorang diri…sekarang kak ida tak boleh simpan lagi, main lepas je cakap!

  57. azitamusa Says:

    Kak ida ada gi blog jie? Jie ada bagi ppt file pasal friend heals. Kisah tentang perhubungan wanita dgn wanita boleh membantu wanita yang sedang tertekan or bersedih. Bila jie imbas kembali kehidupan jie, betulah. Dulu Jie kurang bermesra dgn kawan pompuan seperti sekarang sebab terlalu memikir tanggungjawab pada suami dan anak2. Sampai kurang appreciate diri. Sahabat yang banyak mengajar jie kurangkan stress. Sahabat pompuan la.

  58. azitamusa Says:

    Lepas cakap tu boleh but kena sensitive pada perasaan suami. Itu yang jie belajar dari pengalaman. Yang penting communicate.

  59. azitamusa Says:

    Dia nak terima apa komen kita , then kita tawakal pada Allah. Kita doa selalu…..
    Hati dia milik Allah. Kita doa jer laaa. Insya Allah dia akan dapat hidayah or petunjuk dari Allah.

  60. nazrida Says:

    ade, tapi belum tgk pasal friends heal tu…

    jie, sama le jie ngan kak ida, dulu kak ida jarang bergaul dengan kawan2 lepas habis kerja, kat pejabat je, tu pun terhad sangat sebab banyak kerja.

    Kak ida selalu tumpukan pada anak2 dan suami. Akhirnya kak ida selalu tertekan. Diri sendiri pun tak selalu terurus. Tapi sejak 3 tahun lalu je kak ida peruntukkan masa untuk kak ida sendiri……baru la rasanya kak ida menikmati hidup sepenuhnya! Sekarang kak ida selalu manjakan diri sendiri dulu……mungkin jugak anak dah besar.

  61. azitamusa Says:

    Patutlah kak ida banyak bagi nasihat kat jie. Nasihat untuk jie hargai diri jie…. appreciate diri….manjakan diri….dsbnya. Jie suka dengar. Thanks

  62. azitamusa Says:

    Jie tak sabar tunggu anak besar la kak… nak lebih manjakan diri dan suami :)

  63. nazrida Says:

    jie nampak banyak pengalaman la….kak ida kena belajar dari jie ni camana nak berlembut dengan hubby! he he

  64. nazrida Says:

    ye jie, kalau tak manjakan diri sendiri, rugi betul tu! Nanti lagi la kita cepat tua!

    Kak ida sekarang selalu g beauty saloon, biasanya 2 minggu sekali, buat body scrub, body massage, facial,..seronok rasanya, dulu nak pegi pun terpaksa fikirkan susu anak lagi, sekolah anak lagi…ye la, kak ida kesian kat hubby, kena tolong jugak bayar bil2, tapi sampai bila? hubby ni kalau kita manjakan dia pulak yang terlebih hingga kekadang terlupa tanggungjawab!

    Memang le kita tak akan cantik sepanjang masa, akan bekedut jugak tapi keseronokan tu terasa bila badan kita dibelai, diurut….waaa…kak ida tak sabar nak pegi lagi sabtu ni! he he …

    jie pegi la mesti best!

  65. azitamusa Says:

    Betul la kak ida, jie akan pegi la. Dulu jie pikir kesian kat hubby, financial a bit terikat. But then sampai bila yek. Apala salahnya dalam seratus dua utk kita layan body kita kan…. tapi jie tak pernah pegi sebenarnya…… malu nak cakap

  66. azitamusa Says:

    Kak ida,
    Jie tak la lemah lembut. Kasar jugak. tapi jie suka manjakan suami. Dari dulu lagi. Memang perangai jie. Bukan suami jer… kekadang kawan2 jugak. Dah jadi perangai ……. but then kekadang bila rasa diri tak di appreciate, rasa sedih sesangat…..

  67. nazrida Says:

    jie pegi aje, jangan malu2…dulu kak ida mula2 pg pun malu jugak, tahu je la tak pernah buat! Tak la mahal sangat kalau tak ambik course untuk kulit. Kalau kulit jie takde masalah, tak payah ambik course, pegi cuci aje. Kak ida ambik course sebab kulit agak kering dan pori2 terbuka. Sbb dulu kak ida berjerawat. Tapi tak la mahal, satu kali facial ade la RM140++. Tapi kalau ambik course, murah sikit la sebab bayar dua kali, dan free satu kali cuci! nanti beautician akan syorkan mana yang sesuai.

    Kadang tu kak ida suka lentik bulu mata lagi!

  68. nazrida Says:

    sebenarnya kan, bila buat benda2 begini akan menambahkan self confident dalam diri kita. Lagi satu, bukan setakat untuk kulit sahaja, masa facial tu, bila muka dan badan kita diurut, masa tu la rasa relax sangat….bila balik rumah, terasa macam baru!

  69. nazrida Says:

    jie, kak ida tak pernah sebenarnya memanjakan hubby! Tapi bila banyak baca komen2 kat blog intim tu, kak ida ada kalanya terkena batang hidung sendiri! he he… sebenarnya bila kak ida hantar komen, kak ida menasihati diri sendiri jugak!
    Tapi syukur la, sejak kak ida kenal kawan2 cyber ni, kak ida pun mula ada perubahan, terutama sikap terhadap hubby! Dan kak ida nak sangat lembut macam jie sebenarnya! Cuma hubby kata kak ida ni kebudak2an!

  70. nazrida Says:

    oppsss…bukan RM140++, RM140.00! he he

  71. azitamusa Says:

    Apa maksud kak ida course tu…. kurang paham lak….
    Kak ida recemend gi salon mana?
    Any beuty salon okay ka?

  72. azitamusa Says:

    Nak buat facial and body scrub agak2 berapa?

  73. azitamusa Says:

    Tapi kak ida suami jie cakap jie ni kasar dan garang :)

    Saje dia kot cakap gitu….. faham sangat dah. Dia tak suka memuji jie depan mata. Dia ekk macam machoo….eksyen memanjang. Tapi jie dapat tau dia suka puji jie depan kawan2 dia. Termasukla pompuan tu. Itu yg jeles gila pompuan tu. Kelakar lak pikir dan kesian pun ada. Jie dapat tau pompuan tu tak de kawan pompuan. Kesian kesian…. he he he

  74. nazrida Says:

    course tu satu sessi facial treatment. Dalam satu sessi tu ada 7-10 kali facial. Biasanya kita dapat satu free cuci muka selepas habis treatment tu.

    Kalau setakat nak cuci muka, any beauty saloon boleh sbb kita hanya pakai produk pencuci, masker, etc waktu tu aje. Kat rumah pakai la skin care kita sendiri.

    Biasanya kak ida buat body scrub sekali dengan massage – lebih kurang RM145-170. Lain tempat lain kot charges dia.

    Kalau setakat facial dalam seratus lebih.

    Jie boleh survey dulu tempat yang jie nak buat, kekadang ada promosi, murah skit, macam may fair. Dermalogica atau clinique pun bagus, reasonable la price dia dengan produk tu. Kak ida pernah try dermalogica.

  75. nazrida Says:

    bagusnye hubby jie puji jie depan kawan2….kak ida ni rasanya takde yang nak dipuji..he he

  76. azitamusa Says:

    Meh jie puji kak ida nak…
    Kak ida baik
    Kak ida pandai dalam penjagaan badan sure badan ramping
    Kak ida pandai jaga diri… independent
    banyak la tak terucap… hehe he

  77. nazrida Says:

    keh keh keh……

  78. nazrida Says:

    pandai tu takde, sume pmpuan begitu! Cuma ada yang takde masa, ada yang sibuk… tang jaga diri tu, kak ida pun pandai terbabas jugak la!

  79. azitamusa Says:

    Tak semua pompuan la kak. Jie tak pandai :)

  80. nazrida Says:

    mungkin takde masa jie nak buat sume sebab anak masih kecik, tanya la sume mak2 waktu anak kecik mesti banyak masa lebih kepada anak. Lebih2 lagi kita keje, pulang rumah dah sibuk ngan anak, masak, laki…bila suma dah tidur baru la kita dapat tidur….jadi mana la ada masa nak jaga badan.

    Dulu pun kak ida ala kadar aje urus diri. Asalkan tak selekeh…

    Tapi bila anak dah tak menyusu malam lagi, tidur pun sedap baru la kak ida mula tengok balik badan ni mana2 yang perlu repair..he he

    Begitu la jadi ibu kan, banyak pengorbanan…bukan saja masa, tapi kecantikan sendiri pun terpaksa terabai untuk sementara waktu demi anak-anak.

  81. azitamusa Says:

    Kak ida,
    Dulu masa jie ada 3 anak, best rasa. Tidor lena sebab anak dah tak menyusu. Lepas tu dia sendiri nak tido dgn abang dia. Masa tu yang last umur 3/4 tahun. Lega sangat. Banyak masa dengan suami masa tu. Tapi masa tu jie lebihkan suami la. Semua benda kena tanya dia dulu. Sampai jie nak beli baju jie pun tanya dia dulu ok tak warna dan harga. Baik sangat yek jie….
    Masa tu la ada satu mamat minat kat jie… he he he. Tak sangka laku lagi masa tu….
    Lepas tu la suami mintak jie pregnant lagi satu. Katanya anak last tu manja sangat. Memang dia manja sampai sekarang.
    Tak sangka lekat satu pastu next year lekat lagi. Kira subur la….. cepat lekat kalu tak pakai apa2…bahaya!
    Now bila jie tanya dia… nak saya pregnant lagi? Kita tak de anak pompuan….. dia geleng kepala he he he :)
    Tak payah la jie tanya kenapa….. jie tahu sebabnya….. tak de perhatian kat dia…… suami jie memang manja!

  82. azitamusa Says:

    Jie pun manja!

  83. nazrida Says:

    hubby kak ida nak kak ida pregnant lagi, dia nak anak pmpuan, tapi kak ida dah takut nak mengandung lagi. Lagi pulak doktor pakar cakap cukup le 3 orang tu, kak ida kena vericose vein, urat yang besar2 sume timbul waktu mengandung hingga bengkak2 kaki…..doktor kata kalau urat tu pecah, bahaya, takut ada darah beku. Memang betul, lepas anak ke dua, urat pecah dua tempat, kak ida tak boleh jalan hampir seminggu! Sakit sangat kaki.

    Lepas tu anak ke-3, kak ida kena hypertension masa pregnant, kena mild stroke lagi. Ntah camana darah boleh naik sedangkan dua hari sebelum tu kak ida pegi review doktor kata sihat. Kepala kak ida rasa nak pecah, muka sebelah ngan tangan kanan tak berapa nak rasa. Mata sebelah pun mcm tak berapa nampak masa kena tu, nampak hitam aje! Dah tu kencing pun ade darah, kaki bengkak, Takut sangat kak ida, sebab tu tak nak pregnant lagi. Masa tu umur 28 tahun!

    Sebab tu jugak jie kak ida kena jaga makan, jaga badan…sebenarnya jaga kesihatan. Habis bersalin darah kembali normal tapi doktor nasihatkan kena jaga kesihatan. Alhamdulillah hingga sekarang ni okay je.

  84. azitamusa Says:

    Patut lah…..
    Sebenarnya elok jaga dari mudakan kak. Jie nak start jaga badan la….nak sentiasa sihat dan cergas.
    Jie dah plan dgn suami akan gi walking kat FRIM eveery weekend. Kalau dia nak cycling, dia ikut track cycling dan jie ikut track walking but jumpa end of road. Pastu boleh sama2 sarapan.
    Boleh bawak anak2…..
    Nak rapatkan balik kami sekeluarga…..

    Tang pemakanan pun perlu yek kak…….
    Jie rasa sihat la ni bila jie jaga makan. Now suami pun jie jaga…. kesian lak tengok dia. But dia perlu sebab ada slip disc tu. Kalau buncit, parah.

  85. nazrida Says:

    seronoknya kak ida dengar jie dah okay sekarang ni…

    kak ida pun sejak dulu dah jaga makan, sejak anak ke-3 lahir tu, kak ida amalkan makanan ulam2an, sayur2 + buah, kurangkan daging dan bergoreng. Rasa sihat badan dan ringan je selalu…

    Kekadang kalau hubby ada free, kak ida bawak dia main boling ngan anak2…

    Sekali sekala Kak ida ikut kawan2 main futsal kalau ade game.

    Tapi rasa lebih gembira sekiranya bersiar2 kat taman ngan family!

    Bila dah tenang begini baru le nampak, ujian tu perlu untuk memperbaiki keadaan…terasa diri semakin kuat.

  86. azitamusa Says:

    betul la kak ida
    Jie rasa tenang sekali dan aman.
    Ia mematangkan jie. But jie still kekadang susah nak terus terang dgn suami kalu jie tak puas hati. Takut dia terasa…..

  87. azitamusa Says:

    Semalam tah jie terasa nak cakap dgn suami… jie tulis dalam YM dia. Ingat dia tak baca… sebab jie tahu dia tak baca…. tah kenapa tadi dia call tanya kenapa awak tulis macam tu. Tak boleh cakap dgn saya ker?
    malu lak jie rasa….. jie tulis yang jie sayang dan rindu kat dia. Dan jie tulis malas nak kisah pasal pompuan tu. Lantak la ko dengan dosa kat Allah.
    Tak sangka dia baca…. alamak… jie malu sendiri

  88. nazrida Says:

    takpe jie, nanti dia akan terbiasa dengan tu….kekadang kak ida pun sama buat cam tu…he he

    Tapi kalau ada yang tak puas hati kena luah jugak sebab nanti kita tertekan.

  89. azitamusa Says:

    jie sms tadi tanya dia marah ker. Dia jawab tak la… don’t worried. Suka la kak ida. We can both talk. Kalau sebelum tu…. rasanya gaduh memanjang

  90. nazrida Says:

    rasanye jie macam bercinta balik tu! he he

  91. azitamusa Says:

    kekadang rasa macam tu….. tiba2 jie rasa bit tertekan today…. sebab minyak naik kot @ jie terpikir apa yang berlaku….. pagi tadi masa drive nak ke lrt, jie banyak pikir. Pikir peristiwa2 yang dah berlaku. Tapi kali ni emosionalnya kurang but jie rasa sedih dan pikir apa sebenarnya Allah beri jie ujian ini? Suami, kerjaya suami, diri jie, kerjaya jie, anak2, tekanan kehidupan, ketidak puasan hati masing2 dan juga kehadiran pompuan tu…. tapi kali ini jie lebih pikir rasional. Emosionalnya seperti tiada kak ida but lebih rasional. Jie pikir kenapa jie bertindak luar batasan dengan suami masa bergaduh hari tu….. sampai dia masuk hospital, ya Allah…..

  92. nazrida Says:

    sebenarnya, bila ada sesuatu yang berlaku di luar rumahtangga kita, yang mungkin akan dapat menjejaskan kehidupan kita, barulah akan timbul rasa sense of belonging yang lebih kuat yang membuatkan suami/isteri akan bekerjasama utk mempertahankan kehidupan..contoh : minyak naik! Husband akan terpikir camana nak survive dgn anak yang ramai. Kita pulak terpikir camana nak berjimat cermat. Masa tu baru terasa kita saling memerlukan antara satu sama lain…..

  93. azitamusa Says:

    Betulah kak ida….. ada rasa complement each other pulak….. jie kena strong!

  94. kiranto Says:

    NAZ n jie

    perhaps i could paste this terbaca and
    banyak sangat kalau nak di copy n paste.

    So i just pun here the html add –

    http://tafsirmimpi.wordpress.com/category/tafsiran-mimpi/
    :-)

  95. nazrida Says:

    thanks kiranto…he he….byk mimpi naz kebelakangan ni, mimpi yang hampir serupa……

  96. hehehe NAZ

    asalakan NAZ bermimipi semasa tidur ok
    jangan mimpi bila mata celik lagi

  97. azitamusa Says:

    Salam Kiranto,
    Jie dah pergi ke blog tasfir mimpi. So far ada yang terkena…..

  98. nazrida Says:

    apehal kak ida asyik termimpi pinjam baju tidur orang je ni? warna pink….aisey….

  99. aslamualaikum jie and naz

    hahaha tu lah pasal terlampau panjang list nya
    kiranto tak berani paste tentang mimpi2 tu..cuma taruk link dia
    hehehe..

    oittt jie..terkena batang idung lagi ka? iseh man
    makin cacat idung tu nanti ..peace peace

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: