Archive for June, 2009

masalah rambut gugur

Posted in Uncategorized on June 30, 2009 by nazrida

..rambut gugur disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah stress, ketakseimbangan hormon, malnutrisi, masalah kulit kepala berminyak dan keturunan.  Keguguran rambut lebih banyak dihadapi oleh lelaki berbanding wanita. Salah satu faktor yang tidak dapat dielakkan ialah keturunan/genetik.  keguguran rambut seorang ayah akan diwarisi oleh anaknya terutama sekali anak lelaki.

Mendapatkan rawatan profesional merupakan jalan yang terbaik. Ini adalah kerana langkah melambatkan keguguran rambut adalah sangat kritikal dan perlu dilakukan dengan segera supaya rambut tidak terus gugur. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini,  perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk melambatkan kehilangan rambut di samping menyuburkan kembali rambut anda! :

1. makan makanan seimbang – kekurangan nutrisi akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.

2. Basuh rambut lebih kerap untuk membersihkan kulit kepala. Kulit kepala berminyak dan kotor akan menyumbat liang atau akar rerambut.

3. Gunakan sikat rambut yang diperbuat dari kayu berbanding plastik (batang sikat tersebut daripada kayu)

4. tangani stress dengan baik.

5. Ambil kekacang lebih banyak kerana kekacang mempunyai khasiat yang menghalang keguguran rambut. Kacang soya dan kacang hitam adalah yang terbaik.

6. perap kepala dengan santan yang dicampur dengan perahan limau nipis atau pun bunga raya untuk melebatkan rambut.

sekadar catatan biasa

Posted in Uncategorized on June 30, 2009 by nazrida

Hari ni aku nak masak makanan kegemaran suamiku. Kari kepala ikan. Aku sengaja ambil cuti beberapa hari untuk menghabiskan masa bersama keluarga. Sudah lama aku terlalu menumpukan perhatian kepada karier sendiri…kasihan anak-anak dan suami yang sering ditinggalkan. Ahh…cepatnya masa berlalu. Anak sulungku bakal menjejakkan kaki ke menara gading. Sedar tak sedar aku sendiri menghampiri angka 40 tahun! Dua  aku tahun lagi aku akan berusia 40. Menoleh sejenak ke belakang, terasa terlalu banyak perkara yang aku lalui, kesedihan, kebahagiaan, kekecewaan dan kesilapan demi kesilapan aku lakukan.  Aku tak mampu menjadi ibu dan isteri yang baik….syukur kepada Tuhan yang selama ini sentiasa melindungi suami dan anak-anakku. Malah aku sememang tak mampu untuk membilang begitu banyak kurniaan Tuhan kepadaku. Terlalu banyak. Sungguhpun aku banyak berbuat dosa, namun Tuhan sentiasa memberi kebahagiaan kepada keluargaku….. anak-anakku sentiasa mendapat tempat teratas di dalam pelajaran masing-masing, menjadi contoh di kalangan murid-murid serta masih terlindung dari segala perkara yang tidak bermanfaat. Suamiku seorang yang bertanggungjawab, tidak pernah mengasariku, amat penyayang dan disenangi rakan setugas. Perjalanan hidupku sentiasa tenang…..hingga aku terfikir, apakah kebaikan yang telah aku lakukan sehingga aku dikurniakan kehidupan yang aman sebegini?  Kerana aku sendiri telah lama hanyut dengan kesibukan duniawi, hanya doa yang sentiasa kupanjatkan agar anak-anakku sentiasa dilindungi, menjadi insan yang cemerlang dan contoh yang baik di kalangan masyarakat.  Aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan dan berbuat dosa….Pada usia menghampiri 40, aku mula berfikir tentang kematian yang semakin hampir.  Andaikan aku akan mati pada usia 60 tahun, bermaksud aku hanya ada masa selama 20 tahun saja lagi di dunia ini.  Sedangkan setahun pun rasa seminggu apatah lagi 20 tahun. Pejam celik tak terasa 20 tahun itu….aku sering memikirkan bagaimana keadaanku saat ajal menjemput….apakah aku akan sengsara, apakah aku akan sempat mengucap kalimah syahadah….mudah-mudahan Tuhan mematikan aku di dalam keadaan aku bertaubat dan beriman kepadaNya.  Entahlah….aku sering terjaga pada tengah malam dan berfikir tentang umur yang semakin hari semakin pendek sedangkan amalan untuk bekalanku ke sana belum lagi mencukupi…..Rabbana watawaffana ma’al abrar. Amin. 

 

bagaimana merawat kekecewaan hati

Posted in Uncategorized on June 22, 2009 by nazrida

Patah hati atau kekecewaan adalah satu pengalaman duka yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.  Bagi mereka yang positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan sebaris lagu yang biasa didengar atau pun satu bab dalam sebuah buku cerita yang mereka baca.  Benarkah ada dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati?”.  Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan atau berakhirnya sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami.

Cinta sememangnya kejam, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau membelah hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti…

Jika anda membaca artikel ini untuk mencari sebuah ketenangan daripada kehancuran mahupun kekecewaan, yakinlah bahawa setinggi manapun gunung kekecewaan itu, selaut mana pun dalamnya kesedihan itu, anda mampu mengatasinya!  Banyak orang telah melalui kesedihan dan kekecewaan….dan mampu mengatasinya.

Jadi, bagaimana mengatasi kekecewaan atau patah hati?

Pertama sekali, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir! . Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan sidia kembali kepada anda, kecuali sidia merasa simpati terhadap anda – jadi apa yang ada lakukan hanyalah menangguhkan perpisahan itu dan menambahkan risiko anda untuk lebih merasa kecewa di kemudian hari. Oleh itu, cubalah untuk teruskan saja hidup anda tanpa sidia!

Cuba fokus keada tujuan hidup anda.  Dapatkan kestabilan emosi.  Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa anda dipenuhi dengan melayan perasaan sedih.  Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada sidia…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan anda lebih cepat melupakan sidia!

 

Usah menaruh harapan. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati anda. Usah percaya apabila sidia berjanji akan menghubungi anda kerana itu biasanya hanya mainan kata-kata. Usah menyeksa diri sendiri. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati anda sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu.

Sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik … cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah anda. Anda akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan anda.

Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru.

Menangislah walaupun anda seorang lelaki…jangan malu untuk menangis.  Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati anda. Anda akan merasa lega selepas itu.

Ingatlah, walau sebesar manapun kesedihan anda,…anda pasti dapat melaluinya…….dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan saja yang menentukan kehidupan kita sebagaimana yang Dia kehendaki….

kekal sihat sepanjang masa

Posted in Uncategorized on June 4, 2009 by nazrida

Badan yang sihat adalah anugerah yang tidak ternilai. Banyak petua yang boleh kita lakukan untuk mengekalkan kesihataan badan. Antaranya bersenam, mengambil makanan yang seimbang, berfikiran positif….etc

Bersenam – mulakan dengan berjalan kaki selama 15 minit setiap hari, dan buat senaman regangan untuk mengelakkan otot mengendur.  Mereka yang selalu bersenam akan kelihatan awet muda kerana mempunyai otot yang pejal. Salur darah juga akan menjadi fleksibel dan dapat mengelakkan stroke. Perjalanan darah yang lancar akan membolehkan nutrien dan oksigen diangkut ke seluruh tubuh untuk fungsi fisiologi tubuh yang lebih sempurna. Dengan itu, setiap sel tubuh dapat berfungsi dengan baik dan ini akan meningkatkan sistem imun tubuh badan kita.

Kurangkan garam dan gula – garam menyebabkan badan kita menakung air. Manakala gula selain daripada mengakibatkan kencing manis,  juga menyebabkan perut buncit!  Kalau nak hilangkan perut yang buncit, cuba minum jus peria atau pun makan pucuk betik sebagai ulam.

Amalkan pengambilan berbagai jenis sayur semasa makan. paling baik, makan sayuran yang berbagai warna. Tapi bagi mereka yang mengalami kidney stone, kurangkan pengambilan bayam (spinach).

Amalkan pemakanan seimbang – karbohidrat, protin, vitamin dan mineral. Nutrien penting untuk tubuh badan kita. Oleh itu jangan berdiet dengan mengelakkan sebarang makanan tetapi makanlah dengan jumlah yang sedikit.

Miniumlah air 8 gelas sehari (sekurang-kurangnya).

Akhir sekali, berfikir positif. Usah bebankan fikiran dengan perkara yang diluar kawalan kita….semoga bermanfaat!

THE MOST PRECIOUS GOLD IN THIS WORLD IS “NOW”

khasiat sayuran

Posted in Uncategorized on June 3, 2009 by nazrida

umum mengetahui bahawa sayuran memang berkhasiat untu kesihatan badan tetapi tahukah anda bahawa dengan mengamalkan meminum “vegetables soup” setiap hari akan membantu mengatasi masalah kesihatan? Caranya, cincang halus 1/4 bawang besar, 1/4 lobak merah, sedikit labu kuning dan sedikit kobis. Lepas tu rebus dengan api yang kuat selama 5 minit dan renihkan dengan api perlahan selama 20 minit. Tapis dan minumlah air rebusan sayuran tersebut setiap hari, ianya bukan sahaja membekalkan khasiat yang lengkap untuk tubuh badan tetapi juga mampu mengurangkan berat badan yang berlebihan, menghaluskan dan mencantikkan kulit serta menghindarkan daripada penyakit degeneratif seperti katarak. bagi orang lelaki pula, ianya mampu menghindarkan penyakit kanser prostat. Info ini adalah sumbangan dari seorang kawan…terimakasih, dan selamat mencuba!