bagaimana merawat kekecewaan hati

Patah hati atau kekecewaan adalah satu pengalaman duka yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.  Bagi mereka yang positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan sebaris lagu yang biasa didengar atau pun satu bab dalam sebuah buku cerita yang mereka baca.  Benarkah ada dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati?”.  Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan atau berakhirnya sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami.

Cinta sememangnya kejam, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau membelah hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti…

Jika anda membaca artikel ini untuk mencari sebuah ketenangan daripada kehancuran mahupun kekecewaan, yakinlah bahawa setinggi manapun gunung kekecewaan itu, selaut mana pun dalamnya kesedihan itu, anda mampu mengatasinya!  Banyak orang telah melalui kesedihan dan kekecewaan….dan mampu mengatasinya.

Jadi, bagaimana mengatasi kekecewaan atau patah hati?

Pertama sekali, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir! . Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan sidia kembali kepada anda, kecuali sidia merasa simpati terhadap anda – jadi apa yang ada lakukan hanyalah menangguhkan perpisahan itu dan menambahkan risiko anda untuk lebih merasa kecewa di kemudian hari. Oleh itu, cubalah untuk teruskan saja hidup anda tanpa sidia!

Cuba fokus keada tujuan hidup anda.  Dapatkan kestabilan emosi.  Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa anda dipenuhi dengan melayan perasaan sedih.  Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada sidia…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan anda lebih cepat melupakan sidia!

 

Usah menaruh harapan. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati anda. Usah percaya apabila sidia berjanji akan menghubungi anda kerana itu biasanya hanya mainan kata-kata. Usah menyeksa diri sendiri. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati anda sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu.

Sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik … cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah anda. Anda akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan anda.

Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru.

Menangislah walaupun anda seorang lelaki…jangan malu untuk menangis.  Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati anda. Anda akan merasa lega selepas itu.

Ingatlah, walau sebesar manapun kesedihan anda,…anda pasti dapat melaluinya…….dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan saja yang menentukan kehidupan kita sebagaimana yang Dia kehendaki….

2 Responses to “bagaimana merawat kekecewaan hati”

  1. saya dah cuba 4 tahun utk lupakan cinta pertama pada pandangan pertama.ada best solution ke??dah byk cara sy cuba namun jalan bubtu.lg sy sukar utk terima lelaki lain dlm hidup sy.

  2. Siti, terimalah perpisahan sebagai suatu takdir dalam hidup awak. Kalau sukar untuk melupakan, tak usah paksa diri untuk lupakan, hiduplah dengan kenangan itu. Orang kata, time heals everything!… mungkin siti belum jumpa seseorang yang benar2 pengganti si dia. Memang sukar untuk melupakan orang yang pertama kali bertahta di hati, tapi takkan lah sepanjang hidup ni kita nak habiskan masa mengenangkan orang yang bukan lagi milik kita…..lebih baik siti nikmati hidup ini dengan gembira, insyaallah, suatu hari siti akan bertemu ketenangan hati…..

Leave a Reply