masalah rambut gugur
..rambut gugur disebabkan banyak faktor. Antaranya ialah stress, ketakseimbangan hormon, malnutrisi, masalah kulit kepala berminyak dan keturunan. Keguguran rambut lebih banyak dihadapi oleh lelaki berbanding wanita. Salah satu faktor yang tidak dapat dielakkan ialah keturunan/genetik. keguguran rambut seorang ayah akan diwarisi oleh anaknya terutama sekali anak lelaki.
Mendapatkan rawatan profesional merupakan jalan yang terbaik. Ini adalah kerana langkah melambatkan keguguran rambut adalah sangat kritikal dan perlu dilakukan dengan segera supaya rambut tidak terus gugur. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini, perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk melambatkan kehilangan rambut di samping menyuburkan kembali rambut anda! :
1. makan makanan seimbang – kekurangan nutrisi akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.
2. Basuh rambut lebih kerap untuk membersihkan kulit kepala. Kulit kepala berminyak dan kotor akan menyumbat liang atau akar rerambut.
3. Gunakan sikat rambut yang diperbuat dari kayu berbanding plastik (batang sikat tersebut daripada kayu)
4. tangani stress dengan baik.
5. Ambil kekacang lebih banyak kerana kekacang mempunyai khasiat yang menghalang keguguran rambut. Kacang soya dan kacang hitam adalah yang terbaik.
6. perap kepala dengan santan yang dicampur dengan perahan limau nipis atau pun bunga raya untuk melebatkan rambut.