14.10.2010
Semalam, akhirnya aku tahu sesuatu yang selama ini menjadi tandatanyaku. Memang aku sangat sedih. Sebagai manusia biasa, setinggi manapun positif aku, aku tetap merasa terpinggir dalam realiti hidup ini. Tapi siapa yang harus aku persalahkan? Hidup ini sudah tersurat untuk aku sedemikian rupa. Mahu atau tidak, aku harus menerima kenyataan ini. Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Sakit hati dan sedih bersarang dalam dada. Kalau boleh aku putarkan masa, aku ingin kembali ke asalku. Kembali di mana aku bermula dan mengatur semula kehidupanku. Kalau boleh, aku tak mahu jumpa sesiapa yang menyakiti hidupku…..tapi, masa tidak boleh diundur semula. Segala yang berlaku tetap menjadi sejarah. Aku cuba mengumpul kekuatanku. Menerima hidup ini seadanya dan bersyukur atas segala nikmatNya. Mungkin banyak hikmah di sebalik semua ini. Aku pasti. Lagipun, hidup ini singkat. Semua orang akan mati…apa yang nak sedihkan sangat?