Archive for the Sekadar renungan Category

Pesanan untuk anak.

Posted in Sekadar renungan on June 11, 2008 by nazrida

Pesanan daripada Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya.

  1. Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karan di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN, layarnya ialah TAWAKKAL kepada Allah.
  2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah.  Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,  dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
  3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan diri dari maksiat.
  4. Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marah ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  5. Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhaka kepada Allah.   Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa),  tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
  7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang airmukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamun hal-hal yang tidak benar.  Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,  tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang bodoh sebagai utusanmu. Maka bila tidak ada lagi seorang pun yang layak, hendaknya dirimu sajalan yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung.
  11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau pesta perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ianya mengingatkan engkau kepada perkampungan akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,  kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu memberi kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyarawahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selau mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,  maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.  Bilamana kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.  Bila tidak demikian,  maka berhati-hatilah.
  17. Selalulah baik bertutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,  dengan demikian engkau akan disukai ramai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku, bila engkau berteman,  tempatkanlah dirimu padanya, sebagai seseorang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.  Namun biarkan lah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan celaka.
  20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.   Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan, janganlah engkau mensia-siakan hartamu.
  23. Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi. Sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor pasti akan menyesal.
  24. Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.  Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagai tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,  dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat.  Jangan engkau buang dunia kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang menjadi beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.  Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

 

 

Berusaha untuk Bahagia

Posted in Sekadar renungan on May 26, 2008 by nazrida

Hidup ini singkat. Selagi jantung masih berdenyut, selama mata masih terbuka, cubalah untuk bahagia…..

 

 

  1. Cuba untuk lebih aktif dan sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah dan menggembirakan.  Lebih baik jika aktiviti tersebut dilakukan bersama kawan-kawan.

 

  1. Luaskan pergaulan dengan bergiat aktif dalam persatuan atau kelab yang tidak formal.

 

  1. Bersikap lebih produktif di tempat kerja.  Hati akan merasa puas sekiranya dapat melakukan sesuatu kerja dengan baik.

 

  1. Urus masa dengan baik.

 

  1. Buangkan kerisauan dalam hati.  Cuba senaraikan apa yang membuat kita risau setiap hari. Buat senarai untuk beberapa minggu untuk melihat corak kerisauan kita. Sebenarnya, banyak perkara yang membuat kita risau tidak benar-benar terjadi. Dan kebanyakan kerisauan itu adalah ke atas perkara di luar kawalan kita.

 

  1. Usah letak harapan atau impian yang tinggi terlalu tinggi dalam hidup kita. Bersyukur atas apa yang ada tentu lebih membuat kita gembira.  

 

  1. Usah tunggu sesuatu yang kita harapkan untuk berlaku barulah kita akan berbahagia, “Happiness is a way of travel, not a place to arrive – the present, not the unknown future”.

 

  1. Berfikirlah secara positif dan bersifat optimistic.  It’s not what you have, it’s how you look at it!

 

  1. Nikmati masa yang ada sekarang, usah kenangkan yang lepas dan usahkan risaukan hari yang mendatang.

 

  1. Sayangi diri sendiri – cuba cari kekuatan diri dan terima kelemahan diri.

 

  1. Jadilah diri sendiri.

 

  1. Buangkan perasaan/fikiran negative – seperti kemurungan.  Buangkan rasa marah dan dendam.  Sukar untuk bahagia sekiranya masalah ini tidak diatasi.

 

  1. Eratkan tali persaudaraan atau persahabatan – cari kawan rapat samada dari keluarga sendiri, pasangan atau di kalangan kawan2.

 

  1. Berbuat baik kepada semua orang, bantu orang yang memerlukan.

“TUHAN BERI KITA KEHIDUPAN,  TERPULANG KEPADA KITA UNTUK BAHAGIA ATAU DERITA”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

mimpi boleh dipercaya?

Posted in Sekadar renungan on May 22, 2008 by nazrida

Tak tahu la mimpi ni boleh percaya atau tidak. Ada juga mimpi yang sentiasa berulang-ulang, selalu mimpi perkara yang sama, biar bertahun pun sering termimpi yang sama.

Saya heran, saya selalu mimpikan seroang kawan seasrama masa sekolah menengah. Saya selalu mimpi dia sejak habis sekolah menengah hinggalah sekarang.  Yang  tak bestnya, tiap kali mimpi kawan tu, beberapa hari kemudian saya akan sakit. Seolah-olah itu adalah petanda ada sesuatu yang tak baik berlaku pada saya. Mulanya saya tak perasan. Tapi bila dah berulangkali berlaku, barulah saya rasa macam ada kebetulan. Kawan tu tak rapat dengan saya. Satu kelas dan satu bilik di asrama. Tapi jarang bercerita. Hanya bertegur sapa sekali sekala. Kalau dalam mimpi tu, saya sangat rapat dengan dia,  tak lama saya atau anak akan sakit teruk. Kalau setakat ternampak dia dari jauh, hanya sakit sikit saja. Dan dalam mimpi tu, saya jumpa dia dari dia bujang hinggalah dia ada anak 4! Yang peliknya, saya takpernah berhubung dengan budak tu sejak habis sekolah!! Tapi sejak anak ketiga lahir pada tahun 1998, saya tak pernah mimpi dia lagi, dan yang herannya dalam mimpi tu kawan tu ade cakap dia tak akan jumpa saya lagi!! ..saya mimpi dia ni ade la dalam 10 tahun! Tapi baru2 ni ada lagi saya mimpi dia sekali, sebelum anak saya sakit….. ade-ade aje kan?

Emak saya kata pulak, kalau pmpuan mimpi pakaian atau kasut/sandal hilang atau pinjamkan kepada orang lain, bermaksud suami akan kena ‘pinjam’.  Dua orang terdekat yang saya kenal pernah mimpi begini dan cerita pada emak. Betul juga, suami masing2 main kayu tiga! Tapi kalau suami yang mimpi begitu, bermaksud isteri pulak yang akan diganggu orang! he he…

Kalau mimpi binatang berbisa seperti ular atau labah2, bermaksud ada orang hendak buat sesuatu yang tak baik pada kita. Kalau mimpi anjing pulak, orang yang rapat dengan kita hendak mengkhianati kita.

Kalau mimpi air bah (banjir), fitnah akan terjadi dalam hidup kita.

Mimpi naik ke tempat tinggi, terbang atau naik kapal terbang, mengisyaratkan kita akan mendapat kebaikan.

Kalau mimpi ketawa terbahak-bahak, mengisyaratkan kita akan bersedih dalam waktu yang terdekat.

Kalau mimpi telanjang, atau pakaian tak lengkap, bermaksud kita hendak menceritakan hal peribadi pada orang lain dalam masa yang terdekat, dan juga memberi pengertian bahawa amal ibadat kita semakin berkurangan…

Tak tahu la betul ke tidak. Sesetengah mimpi memang pernah saya alami dan dalam realiti pun ianya memang berlaku mungkin secara kebetulan atau tidak, tak tahu la.

Apa-apa pun, bila mimpi yang tak baik, hendaklah bersedekah kerana musibah/bala tak akan dapat melangkaui sedekah.

(Mungkin jugak tidur lupa baca doa dan lupa basuh kaki…he he)

 

 

 

doa untuk mendapat anak soleh

Posted in Sekadar renungan on May 21, 2008 by nazrida

Untuk mendapat anak soleh, harus bermula seawal ketika hubungan suami isteri.  Ada doa yang khas harus dibaca oleh suami isteri sebelum bersama dengan tujuan agar benih yang disemai adalah yang terbaik dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt. 

Juga, suami atau isteri harus sentiasa berdoa, biarpun ketika isteri masih belum mengandung lagi.  Dalam hal ini, ada sebuah doa yang diamalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. iaitu :

“Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyyaatinaa quraata ‘ayuni waj’alna lilmuttaqiynaa imaaman ” Maksudnya, “Hai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami agar anak-anak dan isteri kami menjadi penyejuk hati kami dan jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” 

Anak-anak atau isteri yang yang menjadi penyejuk hati hanya boleh berlaku apabila mereka sentiasa mendahulukan Allah daripada segala sesuatu dan tidak melalui kehidupan yang fasik (durhaka) dan dosa.

Sudah pasti selepas anak itu lahir, bukan bergantung pada doa sahaja tetapi hendaklah mendidik dengan baik dan memperlihatkan akhlak yang cemerlang kepada anak tersebut.

P/S  : Bukan senang nak jadi ibu/bapa……

menangani kemurungan

Posted in Sekadar renungan on May 20, 2008 by nazrida

Sebenarnya aku juga pernah mengalami kemurungan, tapi hanya mild depression. Mungkin aku mewarisinya dari emak yang pernah mengalaminya ketika kematian adik bongsu dulu. Ketika itu aku masih muda lagi, lebihkurang 24-25 tahun. Aku akui, perubahan hidup yang mendadak dan kegagalan mengendalikan tekanan dengan baik merupakan punca utama aku mengalami depresi.

Masa tu, aku tak tahu lagi ianya adalah masalah kesihatan yang perlu rawatan. Sebab belum ada diterangkan secara meluas mengenainya.

Sedari aku berumur 12 tahun, aku sudah tinggal di asrama. Kemudian, sekolah menengah juga tinggal di asrama, hanya sekali sekala pulang bertemu keluarga. Habis sekolah menengah, aku melanjutkan pelajaran di peringkat diploma selama 3 tahun. Kemudian, bila aku grade, terus dapat kerja di sebuah jabatan kerajaan. Tinggal bersendirian kerana tempat kerjaku jauh dari keluarga. Rasanya, banyak masa hidupku dihabiskan dengan kawan-kawan sehingga aku tidak rapat dengan emak mahupun adik beradik yang lain. Segala masalah aku selesaikan dengan caraku sendiri. Tidak pernah mengadu dengan keluarga, lebih-lebih lagi hal peribadi.

Enam bulan lepas kerja aku kawin dan tinggal bersama keluarga suami. Aku rasa, di sinilah bermula tekanan demi tekanan hidup aku lalui. Ye la, aku tak pernah tinggal dengan keluarga, tetiba terpaksa tinggal dengan keluarga baru….lagi pula, masa tu aku muda lagi, tak pandai mengambil hati orang, banyak benda yang aku tak reti, jadi hubungan antara aku dengan ipar duai serta ibu mertua sering saja tegang. Ada saja yang tak kena. Dari soal makan hingga soal kewangan. Segala-galanya! Susah aku nak sesuaikan diri, lebih-lebih lagi banyak perbezaan dari segi adat resam. Dan aku pula terpaksa memendam segala rasa tak puas hati, rasa marah, tak ada siapa tempat mengadu.

Setelah mendapat anak pertama, lagi banyak benda yang aku tak tahu dan kena belajar. Aku ni tak pernah pegang anak kecik (tak pernah jaga anak), jadi bila sendiri dah beranak, terkejar-kejar jugak aku! Ditambah dengan bebanan tugas di pejabat. Masa tu memang tension habis. Mujur lah aku dapat pindah rumah baru selepas setahun tinggal di rumah keluarga suami.

Keadaan menjadi teruk selepas mendapat anak kedua. Dengan pembantu rumah yang sekejap ada sekejap tak ada, aku terkejar2 sorang diri nak buat itu nak buat ini. Membuatkan aku bertambah tertekan. Bila selalu dalam keadaan tertekan, aku sering merasa bimbang, resah dan jantung berdebar2 tak tentu pasal. Kadang2 mengalami panick attack. Lama-kelamaan aku menjadi murung. Rasa tak ada mood. Hilang selera makan. Badan jadi kurus. Degupan jantung pun selalu laju, kadang2 mencecah 100/minit walaupun dalam keadaan rehat!
Mujur Tuhan cepat sedarkan aku. Suatu hari semasa menunggu giliran di klinik membawa anakku untuk rawatan, aku terbaca mengenai depression dalam sebuah journal kesihatan. Dari situ, aku tahu apa itu depression, kesannya kepada tubuh badan dan cara untuk menanganinya.

Depresi yang berpanjangan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, jantung, yang mana akhirnya juga akan mendapat masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Juga, jika keadaan dibiar berterusan, kemungkinan membunuh diri atau mendapat sakit mental!!

Aku tak mahu jadi begitu!!… Aku terus bertekad untuk keluar dari masalah emosi ini. Aku mulakan dengan senaman secara teratur setiap hari. Aku mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil. vitamin B kompleks Vitamin B Kompleks membuatkan kita segar dan tenang. Juga apabila berada dalam keadaan tertekan atau nervous, aku ambil makanan kesihatan passion flower. Ianya membuat aku merasa relaks. Sembahyang lima waktu aku tak lagi tinggalkan (memang sebelum tu aku selalu escape). Tiap kali aku berdoa agar aku diberikan ketenangan fikiran dan kebahagiaan hidup. Aku tanamkan keyakinan bahawa kalau aku meminta dengan sepenuh hati, mustahil Tuhan tidak tunaikan. Dalam masa yang sama aku ubah persepsi ku terhadap orang lain, terutama terhadap ipar duai dan ibu mentua ku. Aku ubah diriku sendiri untuk menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidupku. Di samping itu, aku berusaha membantu orang lain yang memerlukan pertolongan kerana aku merasa lapang dada bila melakukannya…

Alhamdulillah, setelah dua tahun melalui keadaan yang perit itu, aku akhirnya menemui hidupku semula. Aku yakin, Tuhan memang mahu aku melalui keadaan perit itu kerana mahu aku merubah dan memperbaiki diriku sendiri. Juga mahu aku menghargai setiap yang aku ada, menikmati segala yang dikurniakan untuk aku…sejak itu, hubunganku dengan keluarga suami semakin bertambah baik!

Hanya mereka yang pernah mengalami kemurungan akan tahu betapa hidup ini perlu dinikmati dan disyukuri.

Moral daripada kisah ini :
 Usah pendam masalah, cari kawan untuk berkongsi masalah
 Usah tinggal dengan keluarga suami/isteri lepas kahwin! – untuk elakkan perselisihan faham, juga untuk kebaikan bersama!
 Jadikan suami teman baik dalam semua keadaan
 Sayangi anak2
 Bantu orang lain
 Ubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik
 Sentiasa memaafkan orang lain dan usah berdendam
 Berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan.

“SAYANGI DIRI SENDIRI”

SMS/EMAIL berantai?

Posted in Sekadar renungan on May 20, 2008 by nazrida

Kadang kala saya ada menerima kiriman email yang bahasanya cantik2, atau potongan ayat-ayat suci Al-Quran, atau petikan-petikan hadis.  Dan di akhir email tersebut,  ada ditulis “Kirimkan atau forward  kepada 10 orang (atau beberapa orang), jika tidak anda akan mengalami nasib buruk selama beberapa tahun (atau berlaku perkara yang tidak diingini).  Saya lihat, email tersebut sudah around the world beberapa kali agaknya.

 

Apabila saya menerima email tersebut dengan akhiran perkataan yang sedemikian,  saya hanya delete kan saja tanpa mengirimkannya kepada orang lain.  Kerana saya percaya, nasib seseorang tidak ditentukan oleh email tersebut. Saya berpegang kepada sepotong ayat “Lau ha la wala Quwwata ila bilahil ‘ aliyil ‘azim” (Tidak ada kekuatan selain dengan pertolongan Allah). Juga, kadang sedih bila ayat suci Al-Quran dikirimkan sedemikian dengan anggapan bahawa jika tidak mengirimkan kepada orang lain akan ditimpa kecelakaan.  Seolah-olah cukup  dengan memforwardkan email tersebut sudah dapat menyelamatkan diri dari sebarang musibah. Sedangkan untuk terlindung daripada sebarang musibah kita pun perlu berdoa dan memohon kepada Allah sepanjang masa. Saya tidak menganggap saya orang yang baik yang akan sentiasa dilindungi Allah. Saya juga penuh kelemahan. Tetapi sebagai seorang Islam, saya wajib percaya bahawa hanya Allah sahaja tempat berlindung yang sebaik-baiknya.

 

Baru-baru ini, heboh kawan2 menerima SMS yang berbunyi “Kalau menerima panggilan nombor XXXXX yang berwarna merah,  jangan jawab panggilan ini. Kerana sekumpulan orang sedang mencuba untuk menggunakan ilmu sihir melalui jaringan maya. Beberapa orang disahkan mati sejurus selepas menerima panggilan tersebut” Saya juga ada menerima SMS yang sama, termasuk anak saya juga. Anak saya bertanya samada perkara tersebut betul atau tidak. Biarpun perkara tersebut tak tahu betul atau tidak, tapi saya cakap kat anak “Hidup mati kita ditentukan oleh Allah.  Kalau Allah nak kita hidup hingga 80 tahun, biar pun jatuh dari kapalterbang tak kan mati, kita tetap akan hidup sehingga umur yang ditetapkan. Tapi kalau dah memang kebetulan masa menjawab talipon tu kita dah sampai ajal, tetap mati juga!” Itu jawapan ku kepada anak-anak (biarpun dalam hati risau jugak!…he he). 

 

Kekadang kita juga menerima email mengenai gambar-gambar panas orang lain, biasanya artis melayu.  Melihat kepada alamat2 email, email tersebut sudah singgah ke merata tempat.  Apabila saya menerima email sedemikian,  saya akan terus delete. Bagi saya,  tak ada guna mengirimkan lagi kepada orang lain.   Setiap orang pasti pernah melakukan kebodohan paling tidak sekali dalam hidupnya. Jadi, siapalah saya untuk memalukan orang lain. Saya juga manusia yang lemah…saya hanya berharap, bila saya menutup aib orang lain, di akhirat kelak Tuhan akan menutup aib saya.

 

Apa pun, ini hanya pandangan peribadi saya. Setiap orang mempunyai hak untuk beranggapan apa saja…..

 

hindari sikap takbur

Posted in Sekadar renungan on May 14, 2008 by nazrida

Hindarilah sifat takbur kerana sifat itu amat dibenci oleh Allah Swt. Apakah sifat takbur itu?

Antaranya, orang yang menganggap rendah orang lain kerana ia merasa pandai atau lebih cerdik, atau lebih berketrampilan, itu adalah takbur. Kerana orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan adalah sumber segala akal dan ilmu. Tuhan dengan sekelip mata mampu membuatkan orang itu gila, dan memberi ilmu, akal dan keterampilan kepada orang yang dianggap rendah tadi.

Demikian juga orang yang mempunyai rasa bangga akan harta, kedudukan dan pangkatnya lalu memandang rendah kepada orang lain. Itu juga satu sifat takbur. Kerana orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan Yang Maha Kuasa dalam sekelip mata boleh menurunkan musibah kepada orang itu sehingga orang itu menjadi orang yang terendah di antara yang paling rendah!

Begitu juga orang yang menyombongkan diri kerana kecantikan, kekuatan dan kemampuannya sehingga memperkecilkan orang lain, dan menyebut nama orang lain dengan panggilan yang merendahkan. Sedangkan orang itu tidak menyedari bahawa Tuhan dapat menimpakan keaiban-keaiban jasmani kepadanya sehingga dengan sekelip mata penampilannya lebih buruk dari orang yang telah diperkecilkannya!

 

Bagaimana menghadapi orang yang berfikiran negatif?

Posted in Sekadar renungan on May 14, 2008 by nazrida

1. Biarkan Mereka Bercakap.
Diamkan diri dan biarkan saja mereka bercakap, bercakap dan terus bercakap. Orang berfikiran negatif dikuasai oleh ego dan emosi tak puas hati.

Mereka akan lebih melenting bila orang lain membangkang idea, saranan dan kata-kata mereka. Cara terbaik, Anda diam saja. Cuma perlu senyum saja dengar kata-kata mereka.

2. Bina Benteng Minda.
Mendengar kata-kata negatif saja sudah cukup untuk ‘ meracuni ‘ minda Anda. Nak maintan fikiran positif yang Anda dah bina, perlu sediakan benteng minda.

Sepeti komputer, sediakan ‘ firewall ‘ dalam minda Anda untuk menahan serangan kata-kata negatif.

Dalam erti kata lain, perlu banyak bersabar. Banyakkan istighfar kerana dengan rajin beristighfar, dapat membuang unsur fikiran negatif lalu meneutralkan gelombang negatif yang terbit dari minda setelah mendengar kata-kata negatif tadi.

Perkataan dalam ayat yang kita dengar boleh menerbitkan gelombang minda berlainan. Sebaik saja minda Anda menangkap perkataan negatif, serta merta emosi Anda juga turut berubah menjadi negatif kerana energi gelombang yang terbit dari minda adalah negatif.

So, tukarkan ia menjadi positif dengan banyak beristighfar. Biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari Anda, sejauh yang mungkin, sedalam yang mungkin.

Menyerah atau menyokong kata-kata negatif akan menghancurkan diri Anda sendiri, sebab ia akan menarik situasi negatif, fikiran negatif orang lain dan benda-benda negatif. Kesannya, ada saja yang terjadi tanpa kemahuan Anda.

Misalnya, masalah kewangan yang muncul tiba-tiba, kereta rosak tiba-tiba, masalah di tempat kerja, kunci Anda hilang, hanphone hilang dan masalah lain yang sememangnya tidak di duga. Ingat lagi tak hukum sebab dan akibat?

Ni komen dari kak e : terimakasih kak e..( juga sayang nak kasik tinggal kat ‘rumah lama’..tp tk reti nak pindah camana, so, aku copy n paste aje la…he he)

kak e, on May 12th, 2008 at 12:40 pm Said:

Salam… suka baca n3 di sini, banyak pengajaran yang boleh diambil dan saling terus mengingatkan Thanks