Archive for the The great meal Category

tip mudah

Posted in The great meal on May 15, 2008 by nazrida

Tiga biji buah aprikot yang dikeringkan mengandungi zat besi yang sama dengan sebiji pil vitamin zat besi. APrikot juga tidak membuatkan anda sembelit.

Buah kiwi – memelihara kesihatan paru-paru terutama pada musim kering.  Khasiat dalam buah kiwi dikatakan mampu  melembapkan saluran paru-paru dan mengelakkan daripada gatal/batuk.

makan epal sebiji setiap kali sebelum makan mampu menurunkan berat badan. Epal membuatkan kita rasa kenyang dan mengandungi serat yang membantu membuang lemak daripada usus.  Sehari amalkan 3 biji epal, badan pasti akan cepat kurus. (Tip ini aku dah cuba, memang berkesan terutama semasa musim raya!)

Pucuk papaya – minum air rebusan pucuk papaya untuk mengekalkan badan yang langsing dan bentuk badan yang cantik. Ataupun jadikan pucuk papaya ulam harian.

 

omega-3

Posted in The great meal on May 14, 2008 by nazrida

Omega-3 adalah asid lemak yang sangat penting untuk badan. Memandangkan badan kita tak dapat nak membuat asid lemak ini sendiri,  jadi kita terpaksa la mendapatkannya daripada diet harian kita.

 Omega-3 bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit jantung,  tetapi juga dapat mengurangkan kesakitan akibat sakit sendi (rheumatoid-arthritis) dan endometriosis.

 Omega-3 juga dapat mengawal kemurungan dan mengurangkan risiko penyakit barah buah dada.  Telah dibuktikan melalui satu kajian bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 23 kg (50 paun) makanan laut (sea food) dalam setahun,  mengurangkan risiko mengidap bipolar disorder.

 SUMBER OMEGA-3

 Ø      Semua jenis ikan  tetapi yang paling baik ialah salmon, mackerel, ikan bilis, sardines, herring, tuna.

Ø      Canola oil – canola oil mempunyai kandungan omega-3 yang lebih banyak berbanding olive oil.  Dan ianya juga mengandungi vitamin E yang mengurangkan risiko sakit jantung.

Ø      Kacang walnut  – Di samping kaya dengan omega-3, juga mengandungi protin dan fiber.

Ø      Telur Omega-3.  Banyak kat supermarket sekarang ni.

Ø      Makanan tambahan Omega-3 banyak dijual di farmasi.

 

 

green tea

Posted in The great meal on May 14, 2008 by nazrida

minum green tea satu gelas sehari akan membantu hati membuang toksik dari badan kita! Green tea juga kaya dengan antioksidan yang memelihara kesihatan sel-sel dalam badan juga melambatkan penuaan.  Mengamalkan green tea mampu mengawal tekanan darah tinggi!