Archive for the Untuk sihat dan cantik! Category

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 20, 2008 by nazrida

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
• Cepat penat
• Mengah
• Sakit dada
• Denyutan nadi laju
• Lemah di bahagian kaki
• Kurang selera makan
• Batuk
• Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

sumber : KIRIMAN EMAIL DARIPADA SEORANG KAWAN.

lagi tip mudah.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 19, 2008 by nazrida

1. Buah peria – mampu mengurangkan paras glukosa dalam darah.Caranya, peria dibuat jus dan minum dalam 3 -4 kali seminggu. Ianya juga dikatakan mampu membuang toksik dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.

2. Selalulah mendongak ke langit, lihat langit yang cerah – ini akan mengurangkan risiko sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

P/S Maaf, sumber rujukan tak dapat saya kemukakan untuk rujukan saintifk evidence bagi perkara di atas kerana terlupa pulak sumbernya! (Baca dalam majalah/buku lama dulu…)

Buah kiwi mengatasi masalah sukar tidur.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 18, 2008 by nazrida

Sekiranya sukar tidur, cuba makan dua biji buah kiwi. Buah kiwi diketahui mempunyai khasiat yang boleh membuat seseorang cepat tertidur dan mengurangkan masalah terjaga di tengah malam.

SUMBER : READER’S DIGEST

UNTUK WANITA

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 11, 2008 by nazrida

PETUA UNTUK WANITA

 

 

Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang, urat di sekitar kaki menjadi kembang, liang vagina sentiasa basah.

 

Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging, mudah mendapat penyakit tua, tubuh mudah menjadi kendur.

 

Terlalu lama berjalan – merosakkan urat, haid menjadi  tidak teratur.

 

Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid akan menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

 

Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga, menjadi pemalas, mudah murung dan suka berangan-angan. Urat-urat di sekitar rahim menjadi lemah, mengakibatkan kemandulan.

 

Terlalu riang atau gembira – merosakkan usus, mudah dijangkiti penyakit pada liang vagina.

 

Terlalu kerap marah – merosakkan hati dan cepat tua.

 

Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut, haid tidak menentu dan kerap mengalami sentakan kaki dan tangan ketika tidur. Kesihatan rahim juga mudah terjejas.

 

Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

 

Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

 

Terlalu takut – merosakkan ginjal.

 

terlalu kerap terkejut – merosakkan pundit hempedu, selalu pening kepala, haid tidak menentu dan pendarahan yang banyak ketika haid.

 

Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan, mudah menjadi malas, mengantuk dan liang vagina kurang bersih.

 

Terlalu banyak meminum minuman berais – merosakkan otot dan perut. Badan dan payudara menjadi lembik. Mudah diserang penyakit dan tidak awet muda.

 

Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan penyakit jiwa kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

 

P/S :  Bersederhana dalam segala hal adalah jalan yang terbaik.

 

5 sebab kenapa perlu bersenam.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 2, 2008 by nazrida

1. Menguatkan sistem pertahanan badan  -   Ketahanan badan kita untuk melawan penyakit berkurangan seiring dengan peningkatan usia.     Tetapi satu kajian menunjukkan mereka yang berusia yang bersenam sekurang-kurangnya 6 jam dalam seminggu mempunyai daya ketahanan badan yang sama dengan mereka yang berusia 20 tahun!

2.  Mengurangkan risiko mendapat penyakit parkinson sehingga 60% – kajian oleh Universiti Harvard.

3. Melambatkan risiko mendapat kanser prostat – Kajian selama 14 tahun yang dibuat oleh Universiti Harvard mendapati lelaki berusia 65 tahun yang selalu bersenam sekurang-kurangnya 3 jam seminggu menurunkan risiko sehingga 70 %  untuk mendapat kanser prostat.

4. Mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer’s.

5. Menyihatkan jantung. Satu kajian yang dibuat di Amerika ke atas 936 wanita mendapati mereka yang kurang bersenam lebih banyak didapati mengalami penyempitan saluran arteri/angina berbanding mereka yang gemuk (obesiti).

 

 

sakit dada/angina

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 2, 2008 by nazrida

Sakit dada – angina – adalah cara jantung memberi tahu kita bahawa ia kekurangan oksigen.  Cuba ambil langkah-langkah berikut sebelum ia menjadi lebih teruk lagi :

  • Ubah cara hidup – Kurangkan tekanan kerja dengan mengurangkan waktu bekerja dan timbunan kerja. Delegate works di mana boleh.
  • Berhenti merokok – merokok boleh menyempitkan saluran darah, dan ini memaksa jantung bekerja lebih keras lagi.
  • Bersenam secar teratur – Untuk orang yang sihat, disyorkan bersenam untuk 30 minit sehari sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu. Selain dari itu, sekadar berjalan kaki (shopping) atau bersiar-siar di taman juga boleh membantu.
  • Makan makanan yang sesuai – Elakkan telur, daging merah, makanan bergoreng, lelemak, dan elakkan mengambil produk tenusu secara berlebihan.
  • Belajar untuk relaks. Keadaan relaks akan menurunkan tekanan darah.

  

sekadar berkongsi info…

Posted in Untuk sihat dan cantik! on May 29, 2008 by nazrida

Info ni juga aku dapat dari program TV kesukaanku….

SUP TULANG :

Kalau patah tulang atau ada masalah sendi (tulang rawan menipis -osteoarthitis),  makanlah sup tulang kaki lembu/kerbau.

  • Tulang ini hendaklah direbus sebanyak 3 kali.  Kalau pakai slow cooker, rebus 4 jam, lepas tu simpan, hinggalah rebusan kali ke-3. Ini kerana selepas dimasak kali ketiga, kandungan kalsium, kalogen dan rawan daripada tulang tersebut sangat tinggi dan rasanya juga sedap. Khasiat ini lah sebenarnya yang menyihatkan tulang tersebut.
  • Tapi bagi mereka yang ada penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, jantung ke atau penyakit sendi disebabkan penghasilan kalogen yang tinggi oleh badan, dn juga gout, mungkin tak sesuai le.

BUAH KIWI :

  • Buah kiwi berkhasiat untuk memelihara saluran peparu terutama sekali pada musim kering/panas. Kandungan khasiat buah kiwi boleh melembapkan saluran pernafasan kita dan mengelakkan dari gatal yang akan menyebabkan batuk2. Juga ianya sangat baik untuk pesakit asma.

SPROUT :

  • Sayuran yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Mereka yang suka makan sayuran ni mempunyai kulit yang sihat.

GREEN TEA :

  • Membantu membuang toksik dalam badan dan menyihatkan hati.  Ianya juga memberi rasa tenang.

OMEGA-3 :

  • Baik untuk jantung, saluran darah dan otak.   Ibu yang mengandung perlu makan lebih ikan untuk mendapatkan bekalan omega-3. 
  • TAPI bagi mereka yang mengalami angina (masalah bekalan oksigen ke jantung), perlu berhati2 dengan omega-3, sebaiknya mengelak daripada mengambil makanan tambahan (supplement food) daripada omega-3.

P/S : Saya bukanlah expert tentang kesihatan, just want to share some useful information…

sedikit mengenai healthy seks (lelaki)

Posted in Untuk sihat dan cantik! on May 28, 2008 by nazrida

Info ni saya dapat daripada sebuah rancangan TV. Mungkin bermanfaat lebih-lebih lagi kepada lelaki. 

  1. Keinginan seks di kalangan lelaki dan wanita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.  Keinginan seks bagi lelaki akan menurun sebaik mencapai umur 30 tahun.  Jadi untuk meningkatkan keinginan tu, salah satu caranya adalah dengan melakukan hubungan seks sekerap mungkin (3 x seminggu) dan bersenam secara teratur.
  2. Lelaki yang berperut buncit, alat sulitnya akan memendek 1 cm bagi setiap 1kg lemak yang berkumpul di perut. 
  3. Kesakitan bahagian bawah belakang boleh menjejaskan saraf yang mengawal nafsu syahwat.  Lelaki yang sering mengalami sakit belakang dalam jangkamasa yang panjang akan mengalami penurunan nafsu seks.
  4. Stress – lelaki atau wanita yang sering mengalami stress akan menghadapi masalah hilang atau kurang nafsu seks.
  5. Penyakit kencing manis boleh menyebabkan mati pucuk.  Kebanyakan lelaki yang mengalami  mati pucuk adalah berpunca daripada kencing manis.  Malangnya kebanyakan lelaki tak tahu mereka mengidap penyakit kencing manis sehinggalah apabila mengalami mati pucuk barulah penyakit mereka dapat dikesan. Kerana, kebanyakan lelaki tak suka pegi buat medical check-up.
  6. Penyakit yang lain yang boleh menjejaskan seks di kalangan lelaki ialah tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi.
  7. Bersenam secara teratur dan mengambil diet yang seimbang dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Dan ini akan mempengaruhi hubungan intim tersebut.

“SEMOGA BERMANFAAT”

 

 

Berhati-hati mengambil herba.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on May 28, 2008 by nazrida

Herba diketahui meningkatkan kesihatan badan.  Sungguhpun ianya semulajadi, tetapi sebelum mengambil sebarang herba atau produk yang berasaskan herba, kita perlu mengetahui secara mendalam keberkesanan, cara menggunakan yang betul dan kesan sampingan akibat pengambilan herba tersebut.

 

Ø    Dapatkan nasihat daripada doctor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang herba. Usah mendengar nasihat kawan tentang keberkesanan produk kerana badan kita dengan kawan tak sama.

 

Ø    Dapatkan maklumat daripada pihak yang bertauliah seperti pakar herba atau ahli farmasi. Terutama sekali bagi mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit tertentu seperti sakit jantung, kencing manis dan  darah tinggi, ibu yang sedang mengandung dan menyusukan anak, juga mereka yang di bawah 18 tahun.

 

Ø   Beritahu doktor anda sekiranya anda sedang mengambil herba. Juga bagi mereka yang hendak menjalani pembedahan hendaklah menghentikan pengambilan sebarang herba 2-3 minggu sebelum pembedahan, begitu juga selepas pembedahan.   Contoh : bawang putih, halia, gingko biloba, buah mengkudu – untuk mengelakkan berlaku sebarang interaksi yang berbahaya antara supplement tersebut dengan ubat-ubatan yang mengakibatkan gangguan ke atas kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pendarahan dalaman semasa pembedahan.

 

Ø   Pengambilan herba hendaklah tidak melebihi 6 minggu. Selepas itu sekiranya keadaan badan telah sihat, hentikan pengambilan untuk sementara waktu.

 

Ø    Harus diingat, herba boleh mengganggu keberkesanan ubat-ubatan. Contoh : aspirin, gingko biloba, vitamin E, Coumadin – mencairkan darah. Pengambilan produk ini secara bersama dikhuatiri akan mengakibatkan pendarahan dalaman.

 

Ø     Sesetengah herba tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai sejarah penyakit atau mengalami penyakit batu karang, penyakit hati dan sebarang masalah buah pinggang, masalah gastric.

 

Ø     Sesetangah herba juga tidak digalakkan untuk diambil oleh mereka yang sedang dalam ubat-ubatan untuk mencairkan darah.

 

Ø     Jangan ambil herba untuk jangkamasa yang panjang.

 

Ø    Sebagaimana penggunaan ubat-ubatan alopathy, pengambilan herba sebaiknya di bawah pemantauan mereka  yang pakar/bertauliah.

 

Ø    Sekiranya mengalami sakit perut atau cirit birit selepas mengambil herba, hentikan penggunaan dengan segera.

 

Ø   Jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.

 

 

Ø    HENTIKAN penggunaan herba sekiranya terdapat symptom seperti :

 

-         Mual

-         Demam

-         Penat yang melampau

-        Tanda-tanda penyakit jaundice seperti air kencing berwarna

      gelap,   bahagian putih mata bertukar kekuningan.

 

 

 

 

makan sihat, elakkan darah beku

Posted in Untuk sihat dan cantik! on May 18, 2008 by nazrida

Makanan yang kita ambil kemungkinan boleh mengelakkan darah beku dalam saluran darah terutama di bahagian kaki. Faktor yang menyebabkan terbentuknya darah beku termasuklah duduk dalam tempoh yang lama (contohnya dalam kapalterbang), berada dalam keadaan tidak aktif dalam tempoh yang lama – baring, duduk depan komputer 2-3 jam. Untuk mengurangkan risiko ini, cuba makan lebih sayuran, buah-buahan dan ikan. Kurangkan makanan segera seperti mee segera, keropok.