DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 20, 2008 by nazrida

DUDUK LAMA DEPAN KOMPUTER BOLEH BAWA MAUT

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesehatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha danb betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin di mana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom
• Cepat penat
• Mengah
• Sakit dada
• Denyutan nadi laju
• Lemah di bahagian kaki
• Kurang selera makan
• Batuk
• Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cegahan

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya)

sumber : KIRIMAN EMAIL DARIPADA SEORANG KAWAN.

lagi tip mudah.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 19, 2008 by nazrida

1. Buah peria – mampu mengurangkan paras glukosa dalam darah.Caranya, peria dibuat jus dan minum dalam 3 -4 kali seminggu. Ianya juga dikatakan mampu membuang toksik dalam badan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan selera makan.

2. Selalulah mendongak ke langit, lihat langit yang cerah – ini akan mengurangkan risiko sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung.

P/S Maaf, sumber rujukan tak dapat saya kemukakan untuk rujukan saintifk evidence bagi perkara di atas kerana terlupa pulak sumbernya! (Baca dalam majalah/buku lama dulu…)

Buah kiwi mengatasi masalah sukar tidur.

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 18, 2008 by nazrida

Sekiranya sukar tidur, cuba makan dua biji buah kiwi. Buah kiwi diketahui mempunyai khasiat yang boleh membuat seseorang cepat tertidur dan mengurangkan masalah terjaga di tengah malam.

SUMBER : READER’S DIGEST

Persahabatan memberi impak ke atas jangka hayat seseorang

Posted in Uncategorized on June 17, 2008 by nazrida

Umum telah mengetahui bahawa sesuatu perhubungan seperti perkahwinan memberi kesan kepada jangka hayat seseorang. Lelaki yang berkahwin mempunyai umur yang lebih panjang berbanding mereka yang hidup membujang. Satu kajian di Australia menunjukkan bukan sahaja hubungan perkahwinan mempengaruhi jangka hayat seseorang tetapi juga persahabatan memberi kesan yang sama.

Kajian yang dibuat ke atas 1477 warga tua berusia 70 tahun ke atas mendapati mereka yang mempunyai ramai kawan lebih panjang umur daripada mereka yang kurang bergaul. Pasukan saintis tersebut membuat andaian bahawa kemungkinan ini adalah disebabkan kawan-kawan boleh mempengaruhi cara hidup dan tahap kesihatan seseorang di samping membina jati diri serta mood yang baik. Ini sekaligus memberi kesan positif kepada psikologi seseorang.

SUMBER : READER’S DIGEST

Seorang wanita

Posted in Uncategorized on June 16, 2008 by nazrida

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?”

“Karena aku seorang wanita”, kata sang ibu kepadanya.

“Aku tidak mengerti”, kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti”

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis tanpa alasan”, hanya itu yang dapat dikatakan oleh
ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetapi ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?”

Tuhan berkata:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh ”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu .”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan. Ini adalah
khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan.”

“Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”
“Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada.”

to live a life (e-mail dari seorang kawan)

Posted in Uncategorized on June 12, 2008 by nazrida

1. Take a 10-30 minute walk every day. And while you walk, smile.
It is the ultimate anti-depressant.

2. Sit in silence for at least 10 minutes each day. Buy a lock if you have to.

3. Buy a DVR and tape your late night shows and get more sleep.

4. When you wake up in the morning complete the following statement,
‘My purpose is to __________ today.’

5. Live with the 3 E’s — Energy, Enthusiasm, and Empathy.

6. Play more games and read more books than you did in 2007.

7. Make time for prayer. Seek God with all you’ve got.

8. Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.

9. Dream more while you are awake.

10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is
manufactured in plants.

11. Drink green tea and plenty of water.. Eat blueberries, wild Alaskan salmon, broccoli, almonds & walnuts.

12. Try to make at least three people smile each day.

13. Clear clutter from your house, your car, your desk and let new and flowing energy into your life.

14. Don’t waste your precious energy on gossip, energy vampires, issues of the past, negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.

15. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.

16. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a college kid with a maxed out charge card.

17. Smile and laugh more.

18. Life isn’t fair, but it’s still good.

19. Life is too short to waste time hating anyone.

20. Don’t take yourself so seriously. No one else does.

21. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

22. Make peace with your past so it won’t spoil the present.

23. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.

24. No one is in charge of your happiness except you.

25. Frame every so-called disaster with these words:
‘In five years, will this matter?’

26. Forgive everyone for everything.

27. What other people think of you is none of your business.

28. GOD heals almost everything.

29. However good or bad a situation is, it will change.

30. Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.

31. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful.

32. Envy is a waste of time. You already have all you need.

33. The best is yet to come.

34. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

35. Do the right thing!

36. Call your family often. (Or email them to death!!!)
Hey I’m thinking of ya!

37. Each night before you go to bed complete the following statements:
* I am thankful for __________.
* Today I accomplished _________.

38. Remember that you are too blessed to be stressed.

39. Enjoy the ride. Remember this is not Disney World and you certainly don’t want a fast pass. You only have one ride through life so make the most of it and enjoy the ride.

Pesanan untuk anak.

Posted in Sekadar renungan on June 11, 2008 by nazrida

Pesanan daripada Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya.

  1. Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karan di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN, layarnya ialah TAWAKKAL kepada Allah.
  2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah.  Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,  dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
  3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan diri dari maksiat.
  4. Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marah ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  5. Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhaka kepada Allah.   Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa),  tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
  7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang airmukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamun hal-hal yang tidak benar.  Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,  tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang bodoh sebagai utusanmu. Maka bila tidak ada lagi seorang pun yang layak, hendaknya dirimu sajalan yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung.
  11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau pesta perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ianya mengingatkan engkau kepada perkampungan akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,  kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu memberi kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyarawahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selau mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,  maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.  Bilamana kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.  Bila tidak demikian,  maka berhati-hatilah.
  17. Selalulah baik bertutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,  dengan demikian engkau akan disukai ramai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku, bila engkau berteman,  tempatkanlah dirimu padanya, sebagai seseorang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.  Namun biarkan lah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan celaka.
  20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.   Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan, janganlah engkau mensia-siakan hartamu.
  23. Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi. Sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor pasti akan menyesal.
  24. Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.  Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagai tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,  dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat.  Jangan engkau buang dunia kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang menjadi beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.  Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

 

 

UNTUK WANITA

Posted in Untuk sihat dan cantik! on June 11, 2008 by nazrida

PETUA UNTUK WANITA

 

 

Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang, urat di sekitar kaki menjadi kembang, liang vagina sentiasa basah.

 

Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging, mudah mendapat penyakit tua, tubuh mudah menjadi kendur.

 

Terlalu lama berjalan – merosakkan urat, haid menjadi  tidak teratur.

 

Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah haid akan menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

 

Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga, menjadi pemalas, mudah murung dan suka berangan-angan. Urat-urat di sekitar rahim menjadi lemah, mengakibatkan kemandulan.

 

Terlalu riang atau gembira – merosakkan usus, mudah dijangkiti penyakit pada liang vagina.

 

Terlalu kerap marah – merosakkan hati dan cepat tua.

 

Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut, haid tidak menentu dan kerap mengalami sentakan kaki dan tangan ketika tidur. Kesihatan rahim juga mudah terjejas.

 

Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

 

Terlalu merana – merosakkan paru-paru.

 

Terlalu takut – merosakkan ginjal.

 

terlalu kerap terkejut – merosakkan pundit hempedu, selalu pening kepala, haid tidak menentu dan pendarahan yang banyak ketika haid.

 

Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan, mudah menjadi malas, mengantuk dan liang vagina kurang bersih.

 

Terlalu banyak meminum minuman berais – merosakkan otot dan perut. Badan dan payudara menjadi lembik. Mudah diserang penyakit dan tidak awet muda.

 

Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan penyakit jiwa kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti yang berfaedah.

 

P/S :  Bersederhana dalam segala hal adalah jalan yang terbaik.

 

amazing calcultion..sumbangan seorang kawan

Posted in Uncategorized on June 10, 2008 by nazrida

ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
 
OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
 
SHOPPING MATH
A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn’t need.
 
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
 
HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
 
LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.
 
PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn’t.
A man marries a woman expecting that she won’t change, and she does.
 
DISCUSSION T! ECHNIQUE
A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument. 
  
  
 

 

 

Laughter…the best medicine.

Posted in Uncategorized on June 10, 2008 by nazrida

Jom kita hiburkan hati dan relaks kan fikiran dengan cerita-cerita lucu yang saya copy paste dari blog lain (maaf, lupa dah nama blog tu..), dan ada juga kiriman email daripada kawan-kawan.

1. AYAM DAN JAGUNG

   Ada seorang pemuda yang sangat takutkan ayam kerana menyangka dirinya jagung. Apabila ternampak ayam, pemuda tersebut akan lari lintang pukang. Oleh kerana  tak tertahan dengan karenahnya, keluarga si pemuda pun sepakat untuk menghantarnya ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa lama berada di rumah sakit jiwa tersebut, pemuda itu didapati sudah sembuh dan bersedia untuk dipulangkan ke pangkuan keluarganya. Jadi doktor yang merawatnya memanggil si pemuda tersebut :

Doktor : Sekarang, kamu sudah sembuh,kan?

Pemuda : Ya, doktor.

Doktor : Jadi kamu tahulah kamu ni manusia dan bukannya jagung?

Pemuda : Ya, doktor. Saya ni manusia, bukan jagung.

Doktor : Bagus. Kalau begitu kamu boleh pulang kepada keluarga kamu.

Pemuda : Tapi saya ada satu pertanyaan, doktor.

Doktor : Ya, apa dia?

Pemuda : Ayam tu tahu ke saya dah bertukar jadi manusia dan bukannya jagung lagi?

he…he…he

2. AYAM DAN LEMBU

Suatu hari si ayam bercerita masalahnya kepada lembu.

Ayam : Lembu, manusia ni teruklah. Kedekut. Aku baru makan padi dia beberapa biji aje aku dah dihalaunya! Tak berperkemanusiaan betul lah manusia ni!

Lembu : Okay le tu ayam! Aku ni lagi teruk.

Ayam : Eh, nape pulak lembu?

Lembu : Ye lah, tetek aku ni hari-hari diramas-ramas, dipicit-picit, dihisap-hisap tapi kawinnya tak jugakkk!!!

Ayam : ekkkkk?????

3. DUA ORANG GILA 1.

 Dua orang pesakit jiwa sedang bermain lampu suluh.

Orang gila 1 : Eh, cuba ko tengok cahaya lampu suluh ni, boleh sampai ke syiling, kan?

Orang gila 2 : Ye lah!

Orang gila 1 : Cuba ko panjat cahaya ni, tengok boleh tak ko sampai ke syiling tu!

Orang gila 2 : Ko gila ke? mana boleh panjat cahaya!

Orang gila 1 : Kenapa pulak?

Orang gila 2 : Kalau aku panjat nanti ko matikan lampu suluh ni, jatuh la aku! Ko ingat aku gila ke?

4. ORANG GILA 2 :

Dua orang pesakit jiwa sedang berbuat sesuatu dalam sebuah bilik. Seorang tu sperti sedang menggergaji sesuatu dengan tangannya. Yang seorang lagi, bergantung kat kipas syiling. Seorang petugas yang kebetulan lalu kat situ menegur mereka berdua.

Petugas : Apa kau buat tu?

Orang gila 1 : Ko buta ke? Tak nampak ke aku sedang menggergaji papan ni?

Petugas : OO…jadi apa kawan ko sorang tu buat kat syiling tu?

Orang gila 1: Tah, dah gila agaknya dia tu! Dia sangka dia tu lampu sebab tu dia bergantung kat syiling!

Petugas : Kalau macam tu, ko suruh le dia turun.

Orang gila 1 : Mana boleh. Kalau dia turun, tak dapat la aku siapkan kerja aku ni, tak ada lampu!

5. SIAPA YANG CURANG?

Ketika mamat sedang membaca suratkhabar, handphonenya berbunyi. Mamat menyambut teponnya dan terdengar di hujung sana suara kekasih hatinya ” Abanggg….datang rumah minah ye malam ni, suami minah tak ade” Wahh…bukan main suka si mamat. “Okay minah, abang datang ya…” Kata si minah lagi “Tapi bang, mesti cukur misai tu ye…”. “Alah, tak boleh lah yang, isteri abang tak kasik abang cukur misai ni, dia sukakan misai abang nih, hensem!” cehh..perasan pulak si mamat ni. Dengan  manja si minah berkata lagi ” Okay abang, kalau tak cukur, tak boleh datang!!”. Apalagi si mamat pun menggelabah ” ye ye minah, abang cukur..abang cukur….abang cukur ye” Si mamat pun kelam kabut mencukur misainya dan bergegas keluar rumah untuk berjumpa si minah kekasih hatinya. 

         Lebihkurang jam 3 pagi, si mamat ni pun pulang la ke rumah, terhenjut-henjut jalan takut isterinya terbangun! Si mamat ni perlahan-lahan tidur di sebelah isterinya yang sedang berdengkur tu. Tetiba tangan isteri nya meraba-raba muka si mamat. Isterinya tersentak bangun dan berkata ” Ayangg…kenapa ayang tak pulang lagi ni??? cepat pulang ayang, suami joyah nak datang dah ni!”

he he …siapa yang curang??

6. PESAKIT DAN DOKTOR

Seorang lelaki tua berjumpa dengan seorang doktor kerana mengadu mata kanannya selalu sakit setiap kali minum kopi.

Pakcik : DOktor, saya ada masalah la doktor.

Doktor : Ya pakcik, cuba ceritakan apa sakit pakcik tu?

Pakcik : Tiap kali saya minum kopi, mata kanan saya terasa sakit seperti ada sesuatu yang menyucuk kat mata ni.

Doktor : Ooo…tu senang saja pakcik. Tiap kali pakcik minum kopi tu, keluarkan dulu sudu dari gelas tu.

Pakcik : oo…begitu ya doktor, terimakasih.

7. KISAH DUA LELAKI

Dua orang lelaki yang baru sahaja meninggal dunia sedang menunggu di depan pintu syurga untuk dipanggil masuk. Sementara menunggu, kedua-duanya pun berbual-bual.

Lelaki 1 : Kau mati kerana apa? cuba kau cerita?

Lelaki 2 : Aku mati sakit jantung!

Lelaki 1 : Ooo…eeee tentu sakit rasanya mati sakit jantung ye!

Lelaki 2 : a ah…kau pulak macam biru aje badan kau ni, kau mati kesejukan ke?

Lelaki 1 : Ye lah, aku ni mati kesejukan!

Lelaki 2 : ee…kesiannya kau ya.

Lelaki 1 : Ya. Eh, cuba kau cerita camana kau boleh mati sakit jantung tu?

Lelaki 2 : Begini ceritanya. Aku dapat tahu isteri aku curang. Jadi aku kelam kabut pulang rumah, nak periksa. Sampai di rumah, aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Isteri aku pula pakai baju tidur. Jadi aku pasti mesti ada lelaki lain dalam rumah aku. AKu pun keluar masuk bilik cari orang tu. Waktu aku nak naik tangga untuk ke bilik tidur, tetiba dada aku sakit dan aku tak boleh bernafas. Sekali aku sedar, rupanya aku dah mati!

Lelaki 1 : Laaa….kenapa kau  tak cari kat peti sejuk? Kalau kau cari kat situ, tak lah aku mati kesejukan!

8. KISAH DREBAR BAS MINI DAN SEORANG USTAZ.

Seorang drebar bas mini dan seorang ustaz baru saja meninggal dunia. Seorang (?) malaikat membawa kedua-duanya untuk ke bilik masing-masing.  Ketika tiba di sebuah bilik, si malaikat pun menyerahkan kunci bilik kepada drebar bas mini. Sebaik pintu dibukak, waahhh….semua perabot dalam tu diperbuat daripada emas. Katil emas, meja emas, lampu emas….tersenyum lebar lah si drebar bas mini yang ada sebatang gigi emas (belum sempat dicabut semasa meninggal!). Si ustaz pun berkata dalam hati ” Dia tu hanya drebar bas mini aje pun dapat bilik daripada emas. Aku ni ustaz, tentu aku punya bilik lebih hebat dari dia…mungkin dari berlian”.  Sambil tersengih2, si ustaz pun mengekori malaikat tadi untuk ke biliknya. Tiba di sebuah bilik berpintu kayu, si malaikat menyerahkan kunci bilik kepada si ustaz. Bila pintu dibuka, semua perabot dalam tu dibuat daripada kayu, tapi bukan kayu jati! Dengan sedikit kecewa si ustaz bertanya kepada malaikat ” Kenapa aku punya bilik semuanya daripada kayu saja? Kenapa di drebar tu daripada emas pulak? Kan aku ni lebih banyak amalan dari dia!” Jawab malaikat ” Si drebar tu time dia bawak bas, semua orang berdoa dan beristigafar, tapi kau pulak time kau beri ceramah, semua orang tidur!”…