Posted in Uncategorized on October 14, 2010 by nazrida

alhamdulillah, aku mendapat sedikit kekuatan untuk menghadapi hari-hari seterusnya.  Apalah gunanya menyimpan sakit hati dan perasaan sedih kerana ia hanya akan memakan diriku sendiri. Aku tak mahu menghabiskan sisa hidupku dengan memikirkan hati yang sakit, dan perkara di luar kawalanku…. Untuk apa memikirkan semua itu, esok lusa kita akan mati..semua pun akan mati…jadi biarlah aku menikmati hari ini dan saat ini dengan gembira…..apa yang harus aku lakukan adalah bersikap setenang mungkin, melaksanakan segala kewajipan dan tanggungjawabku dengan sepenuh hati…..biarlah yang berlaku berlalu saja seperti angin lalu… tapi kenapa jauh di sudut hati, aku membenci mereka yang merenggut kebahagiaan ku? aku membenci orang yang mengkhianati aku!!!……………..

14.10.2010

Posted in Uncategorized on October 14, 2010 by nazrida

Semalam, akhirnya aku tahu sesuatu yang selama ini menjadi tandatanyaku. Memang aku sangat sedih. Sebagai manusia biasa, setinggi manapun positif aku, aku tetap merasa terpinggir dalam realiti hidup ini.  Tapi siapa yang harus aku persalahkan? Hidup ini sudah tersurat untuk aku sedemikian rupa.  Mahu atau tidak, aku harus menerima kenyataan ini.  Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Sakit hati dan sedih bersarang dalam dada.  Kalau boleh aku putarkan masa,  aku ingin kembali ke asalku. Kembali di mana aku bermula dan mengatur semula kehidupanku. Kalau boleh, aku tak mahu jumpa sesiapa yang menyakiti hidupku…..tapi, masa tidak boleh diundur semula. Segala yang berlaku tetap menjadi sejarah. Aku cuba mengumpul kekuatanku. Menerima hidup ini seadanya dan bersyukur atas segala nikmatNya. Mungkin banyak hikmah di sebalik semua ini. Aku pasti. Lagipun, hidup ini singkat. Semua orang akan mati…apa yang nak sedihkan sangat?

23.03.2010

Posted in Uncategorized on March 23, 2010 by nazrida

Saat ini, aku hanya ingin memberi kebahagiaan dan kehidupan yang lebih baik kepada anak-anakku… aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi, atau menghitung esok yang tak pasti….. biarlah  hidupku  ditentukan oleh Yang Maha Kuasa…

Posted in Uncategorized on March 12, 2010 by nazrida

aku tak menyangka aku akan terpaksa berdepan dengan pilihan, terpaksa membuat pilihan..ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa…. aku tidak menyangka aku akan menghadapi situasi ini. Benarlah kata orang, hari ini dan esok tidak sama…walau seminit di hadapan, kita juga tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku. Aku berusaha untuk menjadi tabah dan cekal namun aku bukanlah manusia yang berhati batu yang tidak ada sebarang perasaan.  Wwalau sekeras mana pun hatiku, akhirnya aku kalah juga……. aku tidak tahu mampukah aku bangun kembali dan melalui kehidupan seperti dulu……may be i have to follow the flow, the flow of my life….may be it is the time for me to let everything go……

Mengekalkan otak yang sihat

Posted in Uncategorized on September 27, 2009 by nazrida

Otak kita sebenarnya akan mengecut apabila usia semakin meningkat. Ini dinamakan penuaan otak.  Apabila kita semakin tua, otak semakin mengecut,  dan banyaklah sel yang mati. Tetapi penuaan otak boleh dilambatkan sebagaimana penuaan fizikal kita.  Daripada kajian yang dilakukan, didapati mereka yang bersenam secara teratur setiap hari mempunyai otak yang lebih ‘muda’ berbanding mereka yang tidak bersenam. Ini lebih ketara bagi mereka yang telah berusia.  Selain dari itu, mereka yang mengidap kemurungan dan masalah tidur boleh mengatasinya dengan bersenam secara teratur setiap hari.   malahan kajian juga mendapati pelajar yang rajin bersenam setiap pagi mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik daripada mereka yang tidak bersenam.  Oleh itu tak hairanlah kita seringkali mendengar kata-kata ‘badan sihat otak cergas’. Sebenarnya bila bersenam, perjalanan darah menjadi lancar. Oleh itu oksigen dan nutrient dapat disalurkan ke sel-sel otak dengan lebih effisien. Sel-sel otak akan mendapat bekalan nutrien yang mencukupi dan akan menjadikannya sehat.  Namun bersenam saja tidak mencukupi, kita perlu tidur yang mencukupi dan makanan yang seimbang untuk mengekalkan kesihatan otak kita.  Sel otak yang sihat mengurangkan risiko penyakit nyanyuk (dementia) apabila lanjut usia.  Semoga bermanfaat.

Begitulah kehidupan….

Posted in Uncategorized on August 1, 2009 by nazrida

Baru-baru ini aku terserempak dengan seorang rakan sekolah menengah dulu. Rasanya dah hampir 20 tahun kami tak berjumpa. Naim, itu nama glamernya semasa di sekolah. Dia pelajar pintar tetapi agak nakal sedikit.  Biasalah masa tu masih muda remaja. Dulu Naim kurus. Kini dah gempal, agaknya saiz badannya dah bertambah tiga kali ganda.  Aku hampir tak mengenalinya. Kami berbual-bual kisah lama sewaktu zaman sekolah dulu. Dulu Naim memang salah seorang kawan rapat aku. Aku dapat tahu Naim kini seorang yang berjaya, usahawan direct sale yang dah jadi jutawan. Naim telah lebih 10 tahun berumahtangga dan mempunyai lima orang anak.  Naim sejak dulu lagi memang bersikap terbuka dan biasanya akulah tempatnya mencurah segala masalah terutama sekali hal pribadi.  Sungguhpun Naim telah menjadi orang yang kuanggap berjaya dalam hidupnya namun rupanya Naim menghadapi masalah rumahtangga yang katanya berpunca dari dirinya sendiri. “Duit banyak pun tak guna Ida, hati aku macam kosong…” begitulah luah Naim kepadaku. Bukan Naim seorang yang merasakan begitu sebenarnya banyak lagi insan di dunia ni yang memiliki segalanya yang diidamkan oleh orang lain tetapi tidak dapat merasa nikmat kebahagiaan itu sendiri.  Aku simpati dengan Naim. Namun aku sendiri tak dapat membantu kerana perasaan itu milik hatinya sendiri. Dialah yang mencorakwarnakan hidupnya. Kataku kepada Naim, samada hidup kita bahagia atau derita, kita sendiri yang menentukannya. Usahlah memandang apa yang kita tak ada tetapi pandanglah apa yang kita ada. Lihatlah kurniaan Tuhan kepada kita. Terlalu banyak sebenarnya kebahagiaan yang Tuhan berikan kepada kita. Kesihatan tubuh badan, anak-anak yang sihat, isteri yang sentiasa menemani, harta yang melimpah ruah, sebenarnya segalanya ada pada kita, Naim. Andainya kita merenungkan semua itu tentu akan timbul ketenangan dalam jiwa……Sebenarnya Tuhan berikan kita kehidupan terpulanglah kepada kita untuk berbahagia atau sebaliknya. Doaku dalam hati semoga Naim akan tenang dan menemui kembali hidupnya yang ceria seperti dulu…..

Usahlah menyusahkan orang lain…

Posted in Uncategorized on July 18, 2009 by nazrida

Beberapa hari ini aku menerima sms daripada seseorang yang tidak aku kenali.  Menurut orang tersebut dia mendapat noombor hp ku dari seseorang dan dia enggan menyatakan siapa dirinya. Dia juga ingin berkenalan ‘dengan lebih rapat’ denganku. Mulanya aku menganggap ia hanya sms dari kawan-kawan yang ingin bergurau denganku. Jadi aku langsung tidak memperdulikan sms tersebut.  Tetapi nampaknya orang itu tidak berputus asa dan menghantar beberapa lagi sms. Aku memberitahunya, aku langsung tidak berminat dan memintanya supaya tidak menghantar apa-apa sms lagi kerana aku tidak mahu anak-anak akan terlihat sms itu lalu kelak akan timbul salah faham anak-anak terhadapku. Tapi orang tu nampaknya degil sangat dan masih menghantar sms.  Aku tidak memperdulikan sms orang tu dan aku terpaksa menukar sim kad baru.

Sebenarnya dalam dunia ni berbagai ragam orang. Kekadang orang tak tahu tempat untuk bergurau.  Gurauan itu kalau dibuat tidak kena pada tempatnya akan menjadi bebanan kepada orang lain dan akan menyusahkan pula. Aku sememangnya terganggu dengan sms tersebut mungkin disebabkan  ketika ini aku menghadapi banyak masalah. Oleh sebab itu perkara remeh pun boleh membuatkan aku marah.  Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku hempas kepala orang tu dengan kerusi supaya dia tidak akan sesuka hati mengganggu orang lain. Mungkin orang sebegini tidak mempunyai sebarang masalah untuk difikirkan hinggakan dia mempunyai banyak masa untuk mengganggu orang lain….atau pun sebenarnya dia terlalu bermasalah hinggakan tak dapat nak fikirkan perkara betul dan salah.  Mungkin orang ni rasa gembira kalau dia tahu aku terganggu dengan tindakannya lalu itu akan merangsangnya untuk menghantar lebih banyak sms.

Satu pengajaran yang aku perolehi daripada kejadian ini, jangan sekali-kali menganggap perkara remeh yang kita lakukan tidak memberi kesan kepada orang lain. Mungkin bagi kita, ianya adalah gurauan tetapi bagi pihak yang lain ianya menyusahkan dan membebankan. Usahlah hidup dengan menyusahkan orang lain, lebih baik perbaiki diri sendiri agar menjadi manusia yang bermanfaat kepada seluruh hidupan…..