khusus untuk wanita

Wanita yang telah melahirkan anak, lebih2 lagi beranak secara normal, pasti mengalami masalah saluran faraj longgar, kemutan tak kuat….Tapi, jangan putus asa, mesti ada cara untuk mengatasi masalah ini. Ini petua yang diberikan oleh mak saya, (…dan saya amalkan jugak le)

Selepas melahirkan anak kena rajin bertangas. Samada tangas kering atau basah. Setiap orang ada cara yang berbeza. Saya amalkan kedua-dua kaedah. Tangas kering menggunakan batu sungai yang dibakar hingga merah, letakkan kunyit hidup dan pokok semalu atas batu tu. Bertangas la di atas bangku yang ada lobang di tengahnya. Sambil itu, buat senaman kemut. Tangas basah pula, menggunakan rempah untuk cuci atau pun bahan mandi. Kalau badan dah sihat, boleh le pegi spa.

Setiap kali selepas haid, amalkan berendam dengan herba mandian. Rempah mandi ni banyak jual kat pasaran. Ini untuk kesihatan dalaman rahim.

Untuk maintain, makan la jamu rapat selama 3 bulan berturut-turut. Jamu untuk keintiman – manjakani, serapat, ade lagi sekarang ni banyak pilihan! Oya, baru ni saya ada beli satu produk khusus untuk bahagian dalaman – menegang dan mengembalikan keintiman. Memang berkesan! Disahkan oleh suami! he he (maaf ye kawan baikku!). Baru 3 paket saya cuba, tapi kesannya dah terasa….! Harganya murah aje, satu pek cuma RM45. Nanti balik rumah, saya cek ape nama produk tu. Baik untuk isteri2 seusia saya dan yang sewaktu dengannya!

Ni pesan kakak saya, kalau duduk, jangan mencangkung. Kakak saya marah sangat kalau nampak saya mencangkung…nak tau kenapa? Saluran vagina akan membesar dan longgar! (Oooo….baru saya tahu!)

Untuk mengekalkan kemutan, kena rajin senaman kemutan. Caranya, cuba kemut untuk 10 kali dalam satu sessi dan buat 3 sessi sehari. Cuba untuk sebulan. Pasti berkesan! Juga kalau buang air kecil, cuba tahan 2-3 kali, jangan keluarkan terus. (Boleh buat sekali sekala)

P/s : harap anak2ku tak baca posting ni, nanti kalau dah kawin, baru la baca ye nak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: