sedikit mengenai kemurungan

Kemurungan adalah penyakit emosi yang memerlukan rawatan. Orang yang mengalami kemurungan akan merasa tidak ada kegairahan untuk melakukan apa saja dalam hidupnya,  sentiasa merasa sedih, tidak ada selera makan, atau terlebih makan, berat badan turun mendadak. 

Kemurungan boleh diwarisi daripada ibu bapa. Terutama ibu kepada anak perempuan.  Antara penyebabnya ialah tekanan emosi yang berpanjangan.  Juga, kehilangan orang yang disayangi, kehilangan pekerjaan dan sebarang perubahan dalam hidup yang mana seseorang  itu  tidak dapat menyesuaikan diri.

Kemurungan boleh menjejaskan kehidupan harian seseorang dan juga memberi kesan kepada orang-orang di sekeliling mereka. Contoh,  ibu yang mengalami kemurungan sukar untuk menjalankan  tanggungjawab sebagai ibu, dan sebagai wanita kepada suami.

Anak kecil juga boleh mengalami kemurungan. Biasanya disebabkan tekanan belajar, mendapat adik baru, atau terpaksa berjauhan dengan ibu.  Tetapi kemurungan di kalangan anak-anak hanya lah bersifat sementara. Tetapi jika ianya berlarutan, maka nasihat profesional diperlukan untuk mengatasinya.

Bagi mereka yang mengalami kemurungan,  sokongan ahli keluraga terutama suami/isteri adalah sangat penting.  Jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Selain dari itu, jangan terlalu bergantung harap kepada ubat-ubatan kerana kesan jangka panjangnya tidak diketahui.  Antara yang boleh dibuat adalah seperti berikut :

* Ambil makanan tambahan seperti St. John Wort – sejenis herba yang dikatakan boleh mengatasi kemurungan. Terdapat banyak di farmasi dalam bentuk kapsul atau pil. Tetapi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan perlu mendapat nasihat dari doktor.  Harus diingat,  herba ini tidak boleh diambil melebihi jangkamasa 3 bulan kerana ianya menyebabkan ‘lumpuh sementara’ tubuh badan.

* Vitamin B komleks – membuatkan minda relax dan segar.

* green tea – membuatkan rasa tenang.

* Bersenam

* Balik kepada agama – berdoa dan beribadat. Kadang2 jiwa yang tak  tenang adalah hasil daripada kelemahan2 diri yang tidak kita sedari.

* Rapatkan hubungan kekeluargaan.

* Libatkan diri dalam aktitivi masyarakat.

* Buat sesuatu yang disukai – melancong, menanam bunga, window shopping.

(Tabik aku kepada bro Kassim Selamat kerana tabah dan ceria melalui kehidupan sebagai OKU. semoga bro akan selalu ceria dan gembira….)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: