Kenapa pendidikan solat perlu dimulakan seawal usia 7 tahun?

Rasulullah saw bersabda “Perintahkanlah kepada anak-anak kamu untuk mengerjakan solat pada umur 7 tahun, kemudian pada umur 10 tahun tekankan lah keada mereka dengan keras untuk mengamalkannya dan bentangkanlah tempat tidur mereka secara terpisah”

 

Solat adalah jiwa kehidupan manusia. Solat 5 waktu adalah hadiah terbesar yang dianugerahkan Allah kepada manusia. Jadi untuk membiasakan melakukan solat,  diperlukan pendidikan sejak masih kanak-kanak kerana kebiasaan tersebut tidak dapat terjadi secara tiba-tiba dalam diri mereka. Adapun ketika berumur 7 tahun hendaklah dilakukan dengan penuh kasihsayang, tidak perlu keras, tidak perlu memukul, agar mereka menjadi terbiasa melakukannya. Teruskan pendidikan ini sehingga usia 10 tahun.

 

Di dalam usia antara 10 – 12 tahun, apabila mereka lalai, maka tanpa ragu-ragu perlu lebih tegas kepada mereka dengan hukuman yang ringan kerana pada usia ini anak-anak sudah pandai bermain-main. 

 

Apabila mencapai usia 12 tahun, tidak perlu lagi bersikap keras seperti memukul kerana pada usia begini tanggungjawab tersebut sudah menjadi urusan mereka dengan Tuhan. Tetapi sebagai ibu bapa, perlu mengingatkan dengan bijaksana akan tanggungjawab tersebut.

 

Kenapa solat perlu diajar seawal usia 7 tahun? Kerana, walaupun ianya senang dilakukan tetapi sebenarnya ‘amat sukar’ untuk dilaksanakan kalau tidak ada kebiasaan melakukannya. Orang dewasa pun boleh tertinggal2 solat ni.

2 Responses to “Kenapa pendidikan solat perlu dimulakan seawal usia 7 tahun?”

  1. salam kak ida🙂

    memang benar tu… solat ni nampak mudah tapi payah😀 Kecuali kebiasaan dan ketaqwaan yang membuatkannya menjadi mudah🙂

    * Petua yang boleh diamalkan ~ pastikan solat dilakukan selama 40hari jangan ditinggalkan, Inysa’allah selepas itu pasti solat akan ‘lekat’🙂

  2. nazrida Says:

    terimakasih…nanti ida cuba, sekarang ni anak-anak liat2 belaka! Cuma anak sulung je yang rajin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: