kisah untuk direnungi

Ini cerita dari Selatan Thailand. Pada setiap pagi, lebihkurang 100 orang murid-murid sekolah berbaris untuk mengambil sarapan pagi di sebuah gerai makanan milik seorang lelaki yang digelar Uncle Kluay. Gerai yang terletak di tepi sebuah jalanraya berhampiran Hospital San Paolo di Hua Hin menyediakan sarapan percuma kepada anak-anak sekolah.

Uncle Kluay telah menyediakan sarapan pagi secara percuma kepada anak-anak jirannya sebelum mereka ke sekolah sejak tahun 2002 lagi. Kos untuk sarapan tersebut adalah 12 dolar, iaitu lebih separuh daripada pendapatan harian uncle kluay, 20 dolar. Kebanyakan kanak-kanak tersbeut terdiri daripada keluarga miskin, dan kanak-kanak sebelum ini sering ke sekolah dengan perut kosong.

Sedih dengan keadaan kanak-kanak yang terpaksa menghadapi pelajaran dengan keadaan sedemikian, Uncle Kluay mengambil keputusan untuk memberi makanan pagi percuma kepada mereka. Itu pun setelah berfikir panjang dan berbincang dengan isterinya beberapa bulan. kerana Uncle Kluay bukanlah orang kaya.

“Saya mahu kanak-kanak ini bersarapan sebelum ke sekolah supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran ketika di dalam kelas. Kanak-kanak ini adalah masa depan Thailand” Kata Uncle Kluay. Belum ada pihak yang sudi menghulur sumbangan kepada beliau untuk membantunya. Namun, Uncle Kluay akan meneruskan usaha murni ini selagi termampu tanpa mengharap sebarang bantuan.

DARI SEBUAH HADIS, ” SESUNGUHNYA SIFAT DERMAWAN MENDINGINKAN KEMURKAAN ALLAH DAN MENGELAKKAN DARI KEMATIAN YANG MENGERIKAN”

3 Responses to “kisah untuk direnungi”

  1. azitamusa Says:

    Kawan jie pernah sebut, sedekah adalah ubat untuk segala jenis penyakit.

  2. bukan senyum ke ubat sgale penyakit?
    or panadol/kopi?haha

  3. nazrida Says:

    ye jie, tak ade musibah/bala dapat ‘melangkah’ sedekah (sedekah yang diterima Allah). Sbb tu kita kena selalu bersedekah dan sebaik2nya pada sebelah pagi…

    quintas, senyum juga suatu sedekah! Bila kita senyum, orang yang melihat pun rasa lapang dan senang. Bila hati rasa senang, mudah badan nak menyembuhkan diri sendiri…..

    minum kopi tu sudah satu kemestian bagi kak ida, secawan sehari, he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: