menangani kemurungan

Sebenarnya aku juga pernah mengalami kemurungan, tapi hanya mild depression. Mungkin aku mewarisinya dari emak yang pernah mengalaminya ketika kematian adik bongsu dulu. Ketika itu aku masih muda lagi, lebihkurang 24-25 tahun. Aku akui, perubahan hidup yang mendadak dan kegagalan mengendalikan tekanan dengan baik merupakan punca utama aku mengalami depresi.

Masa tu, aku tak tahu lagi ianya adalah masalah kesihatan yang perlu rawatan. Sebab belum ada diterangkan secara meluas mengenainya.

Sedari aku berumur 12 tahun, aku sudah tinggal di asrama. Kemudian, sekolah menengah juga tinggal di asrama, hanya sekali sekala pulang bertemu keluarga. Habis sekolah menengah, aku melanjutkan pelajaran di peringkat diploma selama 3 tahun. Kemudian, bila aku grade, terus dapat kerja di sebuah jabatan kerajaan. Tinggal bersendirian kerana tempat kerjaku jauh dari keluarga. Rasanya, banyak masa hidupku dihabiskan dengan kawan-kawan sehingga aku tidak rapat dengan emak mahupun adik beradik yang lain. Segala masalah aku selesaikan dengan caraku sendiri. Tidak pernah mengadu dengan keluarga, lebih-lebih lagi hal peribadi.

Enam bulan lepas kerja aku kawin dan tinggal bersama keluarga suami. Aku rasa, di sinilah bermula tekanan demi tekanan hidup aku lalui. Ye la, aku tak pernah tinggal dengan keluarga, tetiba terpaksa tinggal dengan keluarga baru….lagi pula, masa tu aku muda lagi, tak pandai mengambil hati orang, banyak benda yang aku tak reti, jadi hubungan antara aku dengan ipar duai serta ibu mertua sering saja tegang. Ada saja yang tak kena. Dari soal makan hingga soal kewangan. Segala-galanya! Susah aku nak sesuaikan diri, lebih-lebih lagi banyak perbezaan dari segi adat resam. Dan aku pula terpaksa memendam segala rasa tak puas hati, rasa marah, tak ada siapa tempat mengadu.

Setelah mendapat anak pertama, lagi banyak benda yang aku tak tahu dan kena belajar. Aku ni tak pernah pegang anak kecik (tak pernah jaga anak), jadi bila sendiri dah beranak, terkejar-kejar jugak aku! Ditambah dengan bebanan tugas di pejabat. Masa tu memang tension habis. Mujur lah aku dapat pindah rumah baru selepas setahun tinggal di rumah keluarga suami.

Keadaan menjadi teruk selepas mendapat anak kedua. Dengan pembantu rumah yang sekejap ada sekejap tak ada, aku terkejar2 sorang diri nak buat itu nak buat ini. Membuatkan aku bertambah tertekan. Bila selalu dalam keadaan tertekan, aku sering merasa bimbang, resah dan jantung berdebar2 tak tentu pasal. Kadang2 mengalami panick attack. Lama-kelamaan aku menjadi murung. Rasa tak ada mood. Hilang selera makan. Badan jadi kurus. Degupan jantung pun selalu laju, kadang2 mencecah 100/minit walaupun dalam keadaan rehat!
Mujur Tuhan cepat sedarkan aku. Suatu hari semasa menunggu giliran di klinik membawa anakku untuk rawatan, aku terbaca mengenai depression dalam sebuah journal kesihatan. Dari situ, aku tahu apa itu depression, kesannya kepada tubuh badan dan cara untuk menanganinya.

Depresi yang berpanjangan akan mengakibatkan penyakit kencing manis, jantung, yang mana akhirnya juga akan mendapat masalah buah pinggang dan tekanan darah tinggi. Juga, jika keadaan dibiar berterusan, kemungkinan membunuh diri atau mendapat sakit mental!!

Aku tak mahu jadi begitu!!… Aku terus bertekad untuk keluar dari masalah emosi ini. Aku mulakan dengan senaman secara teratur setiap hari. Aku mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil. vitamin B kompleks Vitamin B Kompleks membuatkan kita segar dan tenang. Juga apabila berada dalam keadaan tertekan atau nervous, aku ambil makanan kesihatan passion flower. Ianya membuat aku merasa relaks. Sembahyang lima waktu aku tak lagi tinggalkan (memang sebelum tu aku selalu escape). Tiap kali aku berdoa agar aku diberikan ketenangan fikiran dan kebahagiaan hidup. Aku tanamkan keyakinan bahawa kalau aku meminta dengan sepenuh hati, mustahil Tuhan tidak tunaikan. Dalam masa yang sama aku ubah persepsi ku terhadap orang lain, terutama terhadap ipar duai dan ibu mentua ku. Aku ubah diriku sendiri untuk menerima mereka sebagai sebahagian daripada hidupku. Di samping itu, aku berusaha membantu orang lain yang memerlukan pertolongan kerana aku merasa lapang dada bila melakukannya…

Alhamdulillah, setelah dua tahun melalui keadaan yang perit itu, aku akhirnya menemui hidupku semula. Aku yakin, Tuhan memang mahu aku melalui keadaan perit itu kerana mahu aku merubah dan memperbaiki diriku sendiri. Juga mahu aku menghargai setiap yang aku ada, menikmati segala yang dikurniakan untuk aku…sejak itu, hubunganku dengan keluarga suami semakin bertambah baik!

Hanya mereka yang pernah mengalami kemurungan akan tahu betapa hidup ini perlu dinikmati dan disyukuri.

Moral daripada kisah ini :
 Usah pendam masalah, cari kawan untuk berkongsi masalah
 Usah tinggal dengan keluarga suami/isteri lepas kahwin! – untuk elakkan perselisihan faham, juga untuk kebaikan bersama!
 Jadikan suami teman baik dalam semua keadaan
 Sayangi anak2
 Bantu orang lain
 Ubah diri sendiri untuk menjadi lebih baik
 Sentiasa memaafkan orang lain dan usah berdendam
 Berdoa dan dekatkan diri kepada Tuhan.

“SAYANGI DIRI SENDIRI”

57 Responses to “menangani kemurungan”

  1. wow!, anak kak ida penah meningal dulu ek? sory for ur lost..

  2. nazrida Says:

    quintas, bukan anak le, adik bongsu kak ida la……..

  3. salam ida… alhamdulillah kak e tidak tinggal serumah dengan mertua tapi balik cuti sekali sekala je dah tau camna rasanya…

    tak sangka ya depresi boleh memberi kesan kesihatan yang teruk! ermmm nampak gayanya kak e kena jaga depresi supaya tidak menjadi kronik hehehehehehe

    * hidup ni mana boleh lari dari rasa depres… kan ida😉

  4. nazrida Says:

    ye la kak e. Nasib baik ida cepat pindah rumah sendiri. Maklum aje la kalau tinggal serumah dgn keluarga suami memang byk masalah. Belum kawin sama-sama nampak ok je. Tapi bila dah kawin baru tau perangai masing2, kan. Susah nak senangkan hati semua orang. Nanti anak ida kalau nak kawin kena ada rumah sendiri dulu baru kawin…he he….

  5. owh adik kak ida..baru perasaan…xnmpk sgt tadi…background puteh and tulisan gray tersilap tengok tadi hehe..

  6. salam…

    k.ida..saya baru berkesempatan menjengah blog nie. Hmm saya kira
    saya juga melalui pengalaman yang hampir serupa dengan k.ida.
    Tinggal berjauhan dan bezanya cuma ikatan saya adalah pertunangan
    di mana saya telah tinggal bersebelahn rumah.

    Tertekan adalah main things dalam hidup saya apatah lagi k.ida
    sendiri sedia maklum apa masalah rieyl dahulu. Alhamdulillah cuma
    keadaannya dah jadi sebiji macam kes k.jie..aduhai lelaki macam-macam
    rupanya peel korang..

    Entahlah bila semua ni akan berakhir tapi rieyl yakin Allah masih sayangkan
    rieyl..banyak peluang dan banyak ruang untuk rieyl berfikir dan memahami
    setiap ujian yang Dia telah berikan.

    Tapi akhir-akhir ini rieyl semakin bersendirian..seperti mana yg k.ida tahu
    arwah mak meninggal Ogos lalu dan arwah ayah baru sahaja menyusul
    02 Mei tempoh hari..

    Hanya kwn2 blog yg banyak meniup semangat dan kekuatan.

    K.lah k.ida…byk pula rieyl membebel..hehehe.

  7. nazrida Says:

    rieyl, begitulah kehidupan, ada sedih ada gembira. Takziah atas pemergian mak dan ayah rieyl.

    Kak ida harap rieyl jangan selalu dalam keadaan tertekan. Nanti reiyl depress macam kak ida dulu. Seksa berada dalam keadaan tu, hidup ibarat lauk tak bergaram! Mujurlah kak ida cepat keluar dari masalah emosi tu. Juga, syukur kerana kak ida hanya mengalaminya sekejap sahaja. Nasib baik suami kak ida sentiasa ada di sisi, sentiasa menjadi pendorong dan teman setia…

    Rieyl, kalau kita yakin dan dengan sepenuh hati meminta kepada Tuhan, pasti Dia akan penuhi permintaan kita….

  8. sory for ur lost rieyl…

    kuat kan semangat ek..ader hikmah disebalik semua ni..

  9. azitamusa Says:

    Salam Kak Ida,

    Sedih saya membaca kisah kak ida. Saya mengalami depresion ketika suami buat hal masa saya mengandung naka ke 5. I think it still hounting me. Terasa seperti satu mimpi ngeri dan jie kalau boleh tak mahu laluinya lagi.

    Jie dapat tahu hubby nakal masa tengah tunggu hari. Actuallynya dah terasa sebab ada gerak hati but still jie strong said NO sebab hubby sayang jie. But then bila jie jumpa sendiri jie amat tertekan sehingga jie terus sakit bersalin esoknya. Bayangkan lah betapa tertekanya masa tu. Rasa nak pengsan jer.

    Tengah meneran tu jie masih lagi berjiwa pemaaf. Jie mohon ampun dan maaf dari hubby kalau jie telah buat salah sehingga dia buat macam tu. Jie tak mahu kalau jie meninggal tak sempat mintak maaf.

    Ya Allah tuhan saja yang tahu betapa tertekannya jie waktu tu. Jie masih boleh cakap jie faham keadaan suami yang jie kurang perhatian sebab jie mengandung dan mintak dia maafkan jie.

    But the depression come worse masa dalam pantang. Jie mula berdebar tak tentu pasal. Menyendiri. Bercakap sorang2. Tak pedulikan anak2 especially baby. Tapi jie still will try to become as normal bila dia balik kerja. Dan dia tak faham bila jie selalu menanggis sorang2 especially waktu malam. Dia marah jie lagi. Masa tu kata2 dia amat memedihkan hati.

    Jie memang makin jauh, hanyut dalam dunia jie sendiri. Tiba2 jie tersedar dan berdoa pada Allah mintak petunjuk. Jie jumpa pelbagai jenis orang pelbagai karektor. Orang alim, orang yang boleh baca hati seseorang, kelebihan Allah bagi kat dia. Dan macam2 lagi. Dari situ jie tersedar. Jie banyak berubah sekarang. Kengkawan sekeliling dan kawan bog banyak bantu jie. Tak lupa kenkewang jie masa kelas motivasi jie.

    Sesungguhnya Allah banyak beri jie pertolongan setelah jie berdoa hari2 mintak petunjuk kenapa jie jadi macam ni. Allah maha kuasa. Setiap satu kejadian ada sebabnya.

    Sesungguhnya depression ketika dalam pantang teramatlah sakit dan tertekannya. Sesiapa yang ada isteri pregnant. Hargailah nya, jagailah nya. Belailah nya

  10. nazrida Says:

    betul tu jie, lepas bersalin kalau sentiasa dalam keadaan tertekan, boleh meroyan jadinya! Mujur jie cepat tersedar. Memang teruk rasanya kalau kena depression, kak ida pun tak mahu kena lagi walaupun ianya dah berlalu. Kak ida berhati2 juga sebab takut kena lagi. Kak ida elakkan dari stress. Kalau ada rasa bosan tak tahu nak buat ape, jangan dilayan. Bangun dan buat apa saja aktiviti. Kemas rumah ke, tanam bunga ke…sebab kalau kena depression, yang kesian anak-anak tak terjaga….kena luahkan pada seseorang, tak boleh harungi sorang2, kalau medical treatment kena ada support group.

  11. azitamusa Says:

    Itulah sebabnya jie start cari kawan dalam internet. Jie cuna self healing. Dalam numerology ada sebut jie kalau sakit memang sakit sungguh sebab jie jarang tonjolkan kelukaan hati jie. Sebab jie selalu ada tendency untuk mengubati luka orang lain. Slah satu cara ialah motivate. So kalau jie terluka, cuba cari orang yang lagi teruk terluka dan start to motivate them and by default u will self healing by ur self. Beautynya kan….. numerology

  12. nazrida Says:

    ye la jie, kak ida pun cuba tackle anak2 setelah kak ida tau mana kelebihan dia orang.

    Jie, jangan suka pendam kesedihan tu, kena luahkan…nanti badan tak larat lagi nak tanggung!

  13. minum kopi kak gee! release tension hehe

  14. assalamualaikum nazrida…. kak aida dah baca artikel menangani kemurungan tu, hebat nazrida !. Kak aida dah mengalami kemurungan ini dah lama sejak berkahwin sekrg ni dah 18 tahun usia perkahwinan dan sgt lambat pulak ia menyusut. Kak aida akan cuba perlahan2 menghilangkan rasa tekanan ini dan kerana itu kak aida jika ada kesempatan kak aida akan melayari laman web ini untuk bersembang… sedikit sebanyak ia membantu krna kak aida x perlu bercerita pada kwn2 di pejabat atau jiran (mcm x boleh percayalah pd dia org tu….) biar le kat sini aje…. OK Nazrida, bye jumpa lagi…. muahhh untuk semua

    Assalamualaikum…..

  15. nazrida Says:

    waalaikum salam kak aida…terimakasih kerana lawat blog ida ni. Alhamdulillah kak aida, dengan izin Tuhan, ida tak mengalaminya berpanjangan. Ida yakin kalau kita memang berusaha untuk merubah nasib kita, Tuhan akan permudahkannya untuk kita…
    singgah ler selalu kt sini, boleh sembang2…memang susah nk citer dgn orang yg kita kenal, kwn atau jiran…ida pun cmtu jgk.

  16. nazrida…hanya orang yang pernah mengalaminya saja yang tahu rasanya.Bila setiap kali rasa perasaan macam nak lari tu..suami akan memeluk saya,sedihnya seolah olah rasa macam nak mati aja.Doktor kata penyakit ni..adalah personality seseorang,malu pulak bila dia cakap macam itu.Tapi rasanya lain orang lain dugaannya .Penyakit saya cepat sembuh hanya kira kira 4 bulan sebab saya jumpa pakar jiwa.Rasanya daripada jumpa bomoh biarlah kita jumpa doktor.Mungkin saya mewarisi penyakit ini dari opah saya.Seingat saya masa saya kecil kecil saya selalu melihat opah saya berubat,mak cakap opah kena saka,saya lihat opah saya dimandikan bunga ,berkemiyan tapi bila saya baca pasal kemurungan ini barulah saya tahu.Opah saya baru saja meninggal tahun lepas,dia hilang dalam hidupnya kira kira 15 tahun.Kemurungan yang berpanjangan menyebabkan dia mendapat apa yang dipanggil Alzheimer.Mak menguncinya dalam bilik,dia tak boleh berjalan hanya menggensot saja,kencing dan beraknya hanya disitu.Dari luar bilik selalu dengar dia menangis dan merintih.Mak cakap hantu opah datang,menyebabkan tiada orang berani menjeguk opah.Kemurungan ini menyebabkan hidup saya berubah.Saya mula meghargai orang disekeliling saya terutama suami saya dan anak anak saya .Saya dah tak mudah sensitive,saya nak berkawan dengan semua orang, saya tak suka berfikir masa yang belum pasti datang.Saya hanya mahu kegembiraan dalam hidup,biarlah tak kaya pun tak apa………….

  17. nazrida Says:

    betul nana, kemurungan ni penyakit emosi, kena jumpa pakar psikiatri. Kalau dibiarkan lama kelamaan, pengidapnya boleh jadi gila…schizophernia.. memang sengsaranya hanya orang yang pernah merasa saja tahu, dan ianya membuatkan kita menghargai hidup kita.

    Mulanya saya rasa hambar, bosan, sedih tak tentu pasal dan susah hati. Lepas tu rasa nak nangis…suami pula tak paham keadaan saya biarpun dia temankan saya selalu, dia heran kenapa saya asyik sedih aje. Saya jumpa doktor dan diberi ubat penenang. Tapi saya hanya pernah makan 6 biji saja. Lepas tu saya terbaca kesan buruk ubat penenang ni, saya hentikan dan berusaha cara lain.

    Bila perasaan tu datang, saya bermain dengan anak-anak saya. Tiap kali nampak anak kecil bermain riang, saya berdoa dalam hati minta Tuhan berikan saya kegembiraan sebagaimana anak kecil yang sedang bermain…itulah doa saya selalu. Saya tak minta kaya, asalkan hati boleh merasa kegembiraan.
    Rasanya nikmat merasa gembira itu hampir ditarik oleh Allah, mungkin saya pernah lalai…tapi Alhamdulillah, Tuhan berikan saya kegembiraan itu hingga hari ini.

    Saya ingat hanya saya saja yang pernah melaluinya sebelum ini dan tak pernah bercerita dengan kawan2/keluarga kerana rasa malu…rupanya banyak lagi orang di luar sana yang pernah melalui perkara yang sama!

  18. asslamualaikum ida…
    alhamdulillah saya diberi hidayah oleh allah utk baca dlm blog ida ni.buat pengetahuan ida,saya sekarang berada dlm keadaan kemurungan..dah sebulan macam ni, sampai beberapa kali saya dah terkena rasuk..baiasalh,kita orang islam selalu pegi jumpa bomoh dan macam2 andaian yang diberi oleh bomoh,ada yg cakap saka dan ada yang cakap kena buatan orang..dah ribuan ringgit saya habiskan utk berubat,samapaikan saya berpindah ke rumah lain dan maybe saya terlalu penat sgt so husband ambil keputusan utk ambil maid..alhamdulillah,saya mendapat husband yg memahami,so last chioce sya pergi ke pakar psikatris dan di cakap saya dah ada penyakit kemurung,so dia beri saya ubat penenenang tapi sampai sekarang still same,stilll rasa murung,suka berkhayal,takut tinggal sorang2 dan takde selera makan..aduh!!! betapa sakitnya,cuma orang yg mengalami shj yang tahu. betul cakap ida…utk pengetahuan ida, saya baru melahirkan anak ke 2,baru 4 bulan…maybe dalam pantang saya tak jaga betul2 kot…maybe saya terlalu tension samapi takde masa utk diri sendiri…pagi saya kesekolah, then petang sampai malam ( dari pukul 3 petang – 2 pagi ) terlibat dengan bisnes..nak cari duit lebih,maklumlah dunia sekarang..memang saya dapat byk income tapi tiba-tiba saya dah ada penyakit kemurungan pulak..alllahuakbar,betapa seksanya… saya tak tau macamana nak luahkan kepada ida..ida tolonglah saya,bantu saya macamana ida keluar daripada penyakit ini…sampaikan saya dah takde mood dgn anak2 dan suami..kesian diaorg terpaksa tanggung masalah ni,,,..

  19. nazrida Says:

    Zura, pertama sekali, zura kena banyak rehat dan mesti cukup tidur. Zura baru habis bersalin 4 bulan. Sedangkan kita kena jaga badan tu paling kurang pun 6 bulan. Kurang rehat, kurang tidur dan tekanan menjadi trigger kepada kemurungan. Memakan ubat penenang untuk jangkamasa panjang memang tidak baik dan ada kesan sampingan. Tetapi dalam keadaan Zura sekarang, Zura kena patuhi nasihat doktor sebab doktor lebih tahu keadaan Zura.
    Zura cuba makan vitamin B kompleks, ianya memberi rasa tenang dan kuat. Elakkan meminum kopi atau teh.
    Tiap kali sembahyang, semasa sujud terakhir, berdoa kepada Tuhan meminta ketenangan dan kebahagiaan hati. Berhenti dulu daripada kerja extra. Duit yang banyak pun tak dapat membeli ketenangan. Usah risau zura, kat sini banyak kawan yang boleh bantu – arieyl, jie, kiranto.

  20. nazrida Says:

    memang sukar nak keluar dari kemurungan lebih-lebih lagi pada tahap yang serius tetapi kalau berusaha bersungguh2 dan dengan mematuhi nasihat doktor psikatri, insyaallah, masalah ni dapat di atasi.

    Apa yang kak ida buat dulu, kak ida cuba berbagai usaha.
    – cuba bawa anak-anak bersiar-siar di taman pada waktu petang. Tengok anak-anak waktu mereka bermain, berdoa dalam hati tiap kali lihat anak-anak yang riang bermain, minta Tuhan berikan keriangan yang sama kepada Zura. Yakinkan diri bahawa kalau setiap hari kita berdoa, Tuhan akan kabulkan doa itu.
    – Cuba maafkan sesiapa yang ada menyakiti hati zura.
    – makanan kena jaga. Kurangkan makanan bergoreng, bersantan. sebab lemak yang terkumpul dalam badan bahagian perut mudah menyebabkan kita stress.
    – usir kerisauan, banyakkan baca buku motivasi.
    – jauhkan diri dari mendengar masalah orang lain atau kesedihan orang lain. Jangan dengar lagu2 sedih. Cuba dengar lagu2 ketuhanan.
    – bersenam selalu dengan berjalan-jalan di taman.

    Zura, bila kita kurang tidur, sistem badan terganggu, sebab tu banyak penyakit yang muncul.

    Cuba Zura baca posting mengenai “mengatasi fobia dan darah gemuruh (nervous) dalam blog ni. Ada posting daripada kawan2 mengenai kemurungan.

    Tiap kali katakan pada diri, bahawa “aku tabah, aku gembira dan aku sihat dan berdoa agar Allah memberikan zura ketenangan hati ibarat tasik yang tenang tak berkocak”

  21. nazrida Says:

    sembahyang 5 waktu jangan ditinggal lebih2 lagi saat getir begini. Selalu berdoa.

    Kak ida faham keadaan Zura, kak ida juga pernah mengalaminya dan Tuhanlah yang menyembuhkannya. Yakinlah bahawa Tuhan akan tolong kalau zura ingat Tuhan selalu. Kak ida pernah melaluinya dan telah nampak sendiri bagaimana Tuhan mengeluarkan kak ida dari kemurungan ni. Biarpun ianya boleh berulang tetapi kak ida hanya berserah pada Tuhan agar Dia sentiasa menolong kak ida lagi…

    Cuba menangis ketika berdoa, katakan pada Allah, “Ya Allah, aku tidak punya apa-apa selain dari apa yang Engkau kurniakan kepadaku. Kasihanilah aku, kasihanilah hamba-Mu ini, kasihanilah anak-anak kecilku yang tidak berdosa, kasihanilah suamiku. Berikanlah aku kesihatan fizikal dan mental. Jauhkan aku dari takdir yang buruk….” Menangislah dan mengadulah kepada Tuhan kerana Dia sangat memahami…

  22. kiranto Says:

    kiranto bleh tambah ni je-

    Maka menurut sang dokter, cara paling tepat untuk mengatasi kemurungan adalah membuat orang lain menjadi bahagia. Dengan banyak membantu orang lain dan membuatnya menjadi bahagia, maka orang yang tadinya murung dapat menjadi bahagia. Kebahagiaan akan menular. Benar kata teman bahwa kebahagiaan adalah energi positif. Dan ketika energi positif itu menular kepada orang yang murung, maka kemurungan itu akan menghilang digantikan oleh kebahagiaan. Kebahagiaan yang ditularkan dari orang yang telah dibuatnya menjadi bahagia. Makanya aku ga suka bila ada teman yang sedang mengalami gloomy days. Hehe padahal aku sering banget gitu. “Lupakan diri anda dengan menjadi tertarik pada orang lain, lakukan setiap hari sebuah perbuatan baik yang akan memberikan senyum kebahagiaan di wajah orang lain”, begitulah petuah sang dokter. Ehm, sekarang aku ngerti kenapa ada orang yang tiba-tiba ingin menjadi orang baik dengan selalu membantu orang lain.

    Di akhir kalimatnya, dokter tersebut mengutip sabda Nabi bahwa sebuah perbuatan baik adalah seseorang yang bisa membawakan senyum kebahagiaan kepada wajah orang lain. “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain”.

  23. kiranto Says:

    Doa Dijauhkan Dari Berbagai Penyakit –

    ALLOOHUMMA INNII A’UUDZUBIKA MINAL BAROSHI WAL JUNUUNI WAL JUDZAAMI WA SAYYI IL ASQOOM

    yang bermaksud –

    “ Ya Allah, saya berlindung kepadaMu dari penyakit belang dan dari penyakit gila, dan dari penyakit kusta, dan dari segala macam penyakit yang menjijikkan ”

    i’allah

  24. nazrida Says:

    kiranto, terimakasih kiriman doa ni. Dah lama naz cari sebenarnya, sbb naz memang ingat ada hadis mengatakan Nabi saw ada berdoa agar dihindarkan dari penyakit balar, gila dan kusta. Ini bermaksud, penyakit ini bisa menghinggapi sesiapa saja kan?!

  25. kiranto Says:

    naz

    subhanallah
    biasa lah penyakit…pada sesape aje

  26. azitamusa Says:

    Zura,

    Sedih jie baca seorang yang baru lepas bersalin yang sepatutnya menghabiskan masa gumbira bersama baby barunya(walaupun anak kedua) terus bekerja sampia 2 pagi. Mungkin Zura perlu fikirkan diri Zura pula. Jangan jadi hamba duit. Jadi hamba Allah. Allah mahu hambanya sihat, cergas dan gumbira. Kenapa perlu cari duit berbondol2 sedangkan kita sampai sakit tak mampu solat untuk mengatakan syukur kehadrat Allah atas rezekinya? Why don’t Zura berehat seketika on the part time job tu. Concentrate pada diri anda dan baby. Lihatlah perkembangannya. Lihat senyumannya, lihat pipinya yang gombel lihat puas2 masa ni kerana bila dia besar, Zura tak dapat lihat lagi tau, rupanya dah lain. Rasailah gemgaman tangannya pada jari Zura. Betapa dia tahu itulah ibunya. Tempat dia bergantung…. tapi kalau ibunya sakit? Mana lagi dia nak cari tembat gengaman. Pikirkan Zura. Pikir!

    Bangun Zura, bangun!

    Jangan khayal lagi. put it to a STOP.

    Your children need you most.

    See their growth…. all it start with U.

    U want to change? Jie tanya balik.
    DO YOU WANT TO CHANGE??????????

    YES right. Be happy and they will be happy to. When they are happy…. u will be happy too.

    Spend time more with ur children and hubby. They need you more.

  27. azitamusa Says:

    ” Dengan banyak membantu orang lain dan membuatnya menjadi bahagia, maka orang yang tadinya murung dapat menjadi bahagia. Kebahagiaan akan menular. ”

    Benar kata kiranto. It works with me now.

  28. kiranto Says:

    hehehe

    yeah what it said its true… it doesn’t matter
    la kalau ibarat lilin ‘membakar’ diri sendiri
    untuk menerangi sekeliling nya… asalkan
    sama2 hepi… the end justify the result..

    cheer up…

  29. salam k.zura..

    bersabarlah di atas dugaan yang mendatang. u must think setiap yang berlaku pada kita adalah dugaan/kifarah yang membawa maksud SOALAN dari Dia dan bila kita sembuh/tenang dan kita temui hikmahnya itu adalah JAWAPAN-NYA yang minta kita berfikir pasti ada sesuatu yang kita TERLUPA.

    setiap insan pernah melalui saat-saat getir, saat-saat terluka, saat-saat KEMURUNGAN namun berbeza pada penerimaan dan pembawakan diri kita.

    ingat k.zura..

    masalah hanyalah penyebab kepada satu persoalan yang k.zura tak sedar..bersyukurlah dan bersifatlah Qanaah selagi kita masih kuat berdiri dengan sokongan orang-orang tersayang di sisi kita.

    tentang kerja part time..memang cukup berbaloi TETAPI jika menjejaskan kehidupan dan ketenangan apa gunanya?

    Yang utama dekatkan diri pada Dia..dari Dia didatangkan sakit pada Dia juga memberi penawarnya. Banyakkan bacaan Al-Quran walau satu muka setiap kali selepas fardhu..insya allah dia pasti beri kalau kita meminta dengan cara yang baik.

    Selain itu akak mesti REDHA dan TERIMA ini dugaan yang diberi KERANA selagi akak tak boleh menerima semua dugaan ini selagi itu masalah tak akan selesai.

    Sejauh mana pun akak berlari..akak pasti tak dapat membohongi hati, menipu diri kerana rasa benci, rasa sayang, rasa sedih semua ada dalam diri kita…apatah lagi mungkin akak juga seorang guru!

    Akak memikul amanah yang besar..fahamilah dan cuba tafakur PASTI ada kekurangan dan kelemahan yang kita lalai dan alpa.

    Kurangkan atau lebih baik hentikan pengambilan pil penenang/tahan sakit kerana pil tersebut sebenarnya akan memberi sifat KEBERGANTUNGAN..thats means akak sentiasa perlukan pil tersebut sedangkan kita perlu berhadapan dengan semua ini.

    Sangat penting untuk akak melawan dengan rasional dan berdepan dengan hakikat.

    Rieyl mohon maaf jikalau akak terasa pendapat rieyl umpama ‘SENANGNYA BERCAKAP..’

    Tidak sesekali bermaksud demikian..rieyl juga pernah dan sedang mengalami episod kemurungan..melaluinya bersendirian..tanpa keluarga..tanpa ibu bapa (passes away)..dan walaupun punya tunang yang selalu memberi kata semangat..masalah tetap ada. Apatah lagi bila bermasalah dengan tunang..namun satu yang rieyl pelajari ..akak mesti lawan..akak cuba luahkan..melukis..menulis untuk lepaskan rasa hati (selain berdoa pada Dia) walau kadang-kadang akak sendiri rasa tak pasti apa sebenarnya yang akak runsingkan..

    Jaga pemakanan..tidur yang cukup…cara hidup yang sihat itu PENTING.

    Bagi seseorang yang mempunyai 2 kerja..memang terlalu memenatkan..rieyl memahaminya kerana itulah corak hidup yang dilalui hari-hari..Tidur pukul 1-2 adalah rutin..namun selalunya bila ada job yang urgent 5-6 pgi baru tido..then esk 8.30 pg dah masuk office.. penat memang penat tapi yang penting akak mesti cari jalan bagaimana untuk fitkan tenaga dan minda akak.

    Lagi satu yang boleh rieyl suggestkan..mungkin akak boleh mencuba produk Aura Seri dan Aura Genius untuk memperbaiki aura diri akak kerana berkemungkinan lapisan Aura akak dah mula bocor atau dipenuhi tenaga negatif..

    Akak boleh search web Aura Seri untuk maklumat lanjut..Insya Allah akak akan merasai perbezaannya namun berkemungkinan juga akak akan mengalami ‘Healing Crisis’ dimana akak akan sedikit pening, muntah dan sakit kepala..namun ia bergantung kepada aura badan seseorang..

    Walau apapun niatkan semata-mata kerana Allah.

    Insya allah..

  30. thank you very much 4 kak ida kerana beri semangat kpd zura utk teruskan hidup….insyaallah apa yg akak cadangkan zura cuba lukakan yg terbaik just 4 my family…. kadang2 rasa nak menjrit sepuas hati tapi tak tau apa sebabnya..dan bila zura duduk bersendirian,zura tau allah masih sayangkan zura,sebab itu dia beri dugaan macam niiikpd zura…Dia nak zura kembali kpdnya….mungkin selama ini sibuk mengejar wang sehingga lupa kpd Dia…terima kasih atas nasihat yg diberikan….

  31. tahnks kiranto atas doa dan sokongan yg diberian kpd saya… doakan saya cepat sembuhh

  32. a’kum jie…terima kasih kerna mnyedarkan sya yg dah jauh tersesat… maybe terlalu mengejar dunia sehingga lupa pada yang maha Esa…doakan saya cepat sembuh…dan terima kasih kerana membuka mata saya….hidup mesti diteruskan dan hidup ini cuma sekali sahaja…insyaallah saya yakin boleh meningkatkan semangat saya kembali dan hidup seperti dahulu kala,,, bahagia bersama anak2 dan suami…..tanpa mereka hidup tidak bermakna….thanks coz beri semangat kpd saya…terus terjaga drp terlena…. saya akan cuba bangun demi anak2 dan suami yg sentiasa di sisi..kadang2 bila tengok suami tertidur dgn wajah keletihan….kesian sgt….sebak rasanya…mulai hari ini zura akan bangun drp esok duka…zura janji dgn jie, k.ida,rieyl dan kiranto…i will do my best! yes i can do… doakan saya

  33. kepada rieyl,akak ucapkan terima kasih kerana faham keadaan akak dan akak baru tersedar rupany2nya ada orang lagi lebih tertekan drp akak..at least akak still ada suami,anak2 dan parents utk bergantung..akak akan cuba lakukan apa yg reiyl sarankan thanks my friend! akak akan cuba bangun drp episod duka!!! plz pray 4 me…

  34. nazrida Says:

    zura, kak ida akan doakan zura sembuh. Teruskan berusaha ya, jangan putus asa!

  35. seseorang pernah berkata pada diri ini..dalam hidup kita bukan perlukan kekuatan, kepandaian, kecerdikan dan tenaga yang berlebihan TETAPI sebenarnya kita perlu mempunyai ‘passion’ di dalam setiap apa yang kita lakukan..

    dari situ barulah tercetus semua perubahan..

  36. thanks k.zura tetapi rieyl tak mengharapkan simpati cuma sekadar memberi nasihat dan pandangan agar tidak disalah erti maksud yang tersirat..

    come on..hidup hanya sekali dan hidup juga harus dinikmati.

    kalau kita tahu nikmatnya mencintai Dia..pasti kita akan tercari-cari di mana Dia bukan hanya bila kita SEPI.

  37. nazrida Says:

    hidup sekali saja dan perlu dinikmati…betul tu arieyl

  38. azitamusa Says:

    Alhamdulillah Zura, Jie doakan akan timbul pelangi indah dalam episod baru Zura…..

  39. tahnks kepadas semua kawan2 zura yg sentiasa support zura….zura sentiasa push diri zura supaya keluar drp episod duka ini dan zura tengah amalkan segala petua yg kawan2 berikan…thanks a lot for being a good friend to me…alhamdulillah .. zura tengah cuba dan tersu mencuba…

  40. nazrida Says:

    lagi tambahan menangani kemurungan :
    1. sit back n enjoy (at least tolerate) the tumble.
    – realize that feelin a little bad is no big deal, understand that the down feeling are temporary – don’t get sadden because you’re sad!

    2. Do something active – walking, visiting a friend, go for a walk, play a game of chess, read a book.

    3. Cuba senaraikan aktiviti yang boleh membuat anda gembira. Sememangnya pada saat begini, tidak ada satu apa pun perkara yang boleh membuat anda merasa gembira. Tetapi cuba ingat kembali apa-apa aktiviti menggembirakan yang anda lakukan dan cuba lakukan satu daripadanya!

    4. Luahkan kepada rakan yang mengambil berat dan memahami diri anda.

    5. Menangislah sekiranya berbicara mengenai masalah anda membuatkan anda menangis – menangis sebenarnya adalah salah satu cara untuk melepaskan bebanan di hati – as long as you know what are you crying about!

    6. Cuba cari punca kemurungan anda, sekiranya punca dapat dikenalpasti, maka lebih mudah untuk anda mencari jalan mengatasinya.

    7. Sentiasa mencuba pelbagai usaha untuk mengatasi perasaan murung tersebut.

    8. Bersenam – sekiranya anda sememangnya seorang yang selalu bersenam dan kondisi badan berada dalam keadaan yang sihat, cuba aktiviti lasak yang memenatkan!

    9. Melukis – cuba luahkan perasaan melalui lukisan. Gunakan warna merah untuk marah, hitam untuk sedih dan kelabu untuk anxiety!

    10. Buangkan jauh-jauh prasangka buruk yang membuatkan anda murung.

    11. Cuba lakukan sesuatu perkara yang sangat memboringkan – seperti membasuh bilik air. perkara ini akan mengalihkan perhatian anda daripada memikirkan kesedihan.

    12. Cari masa untuk berehat seperti membuat body massage.

    13. Elakkan daripada membuat sesuatu keputusan yang besar – kerana ketika anda murung, kemungkinan anda akan melakukan kesilapan ketika membuat pilihan/keputusan ke atas sesuatu perkara. Sebarang kesilapan ke atas sesuatu perkara akan membuat anda lebih murung.

    14. Hormatilah orang lain dan layanlah orang lain sebaik mungkin. Kerana anda juga ingin dihormati dan dilayan sedemikian lebih-lebih lagi ketika anda sedang mengalami episod kemurungan.

    15. Elakkan daripada bershopping ketika murung kerana pada ketika seseorang yang berada keadaan murung lebih cenderung untuk menghabiskan duit membeli belah. Kemurungan akan bertambah apabila mendapati duit habis digunakan atau pun bil kad kredit datang bertimbun!

    16. Jaga makan – seseorang yang murung kadangkala makan lebih banyak dari kebiasaannya. badan yang bertambah gemuk menambahkan lagi kemurungan!

    Bila masa yang sesuai untuk mendapatkan rawatan :
    Sekiranya langkah2 di atas tidak berupaya menghilangkan rasa murung, rawatan profesional hendaklah diperolehi apabila mengalami kkeadaan seperti :
    1. Keadaan sedih, berdebar atau rasa ‘kosong’ yang berpanjangan.

    2. Merasakan diri tidak berguna dan sentiasa berfikir negatif.

    3. Sentiasa merasa bersalah, tidak berguna.

    4. Hilang kegairahan untuk melakukan perkara-perkara rutin, termasuk hubungan seks.

    5. Gangguan tidur – insomnia, terlebih tidur atau terjaga awal pagi – jam 2.00 @ 3 pagi dan tidak dapat tidur lagi.

    6. Gangguan pola pemakanan – kuat makan atau langsung tidak ada selera untuk makan, badan mengurus tiba-tiba atau berat badan naik mendadak.

    7. Tidak bertenaga, terasa lemah dan sentiasa merasa penat dan lesu.

    8. Sentiasa memikirkan kematian atau mempunyai percubaan untuk membunuh diri.

    9. Tidak dapat duduk diam.

    10. Kesukaran untuk memberi tumpuan, pelupa atau pun sukar untuk membuat keputusan.

    Nutrisi makanan yang boleh membantu :
    1. Vitamin B dan beberapa acid amino.
    – sekiranya merasa sangat down, cuba 1000 – 3000 mg asid amino L-tyrosine sebelum sarapan pagi, diikuti dengan vitamin B kompleks setengah jam kemudian bersama-sama sarapan.

  41. a’kum kak ida…terima kasih sebab bg byk petua kpd zura dan alhamdulillah malam tadi zura dah tak perlukan lagi pil penenang..tapi zura tengah fikir satu masalah yg membuatkan zura kembali nak murung… mengenai bisnes yg zura jalankan…zura selalu terfikir when i can start my bisnes…kalau x buat bisnes income tak masuk dan rutin zura memang berbisnes..hobi zura jugak suka berbnisnes…so hari2 terfikir bila waktu yg sesuai boleh mula balik bisnes tersebut…at least at nite je zura berbisnes or just at noon…so akak tolong beri pandangan sket… sebab benda ni yg zura dok terfikir2… dan today zura nak pegi beli aura seri & aura genius nak cuba!!!

  42. nazrida Says:

    walaikum salam zura….alhamdulillah, dah ada improvement tu, bagus lah. Tapi zura masih kena patuhi nasihat pakar sebab mereka lebih tahu. Kak ida dan rakan2 di blog ni hanya mampu memberi pandangan dan sokongan pada Zura.

    Bisnes Zura tu mungkin merupakan hobi Zura sebab tu Zura tak boleh tinggalkan. Kalau ianya membuat Zura rasa gembira, dan merupakan priority, Zura boleh teruskan tetapi Zura kenalah berhati2 jangan sampai stress lagi. Yang penting Zura kena bagi masa dengan baik. Bisnes tu bisnes jugak tapi jangan sampai tak ada masa nak berehat.
    Jangan lupa ambil vitamin B kompleks!

  43. ok thanks k.ida… zura memang tgh amik B kompleks..zura tgh boring giler sktg .. kelas dah habis…tapi zura still kena control myself..anything can happen…x leh tension sgt takut sterss dtg lagi..terutamanya kalau nak dekat maghrib zura rasa mcm nak jerit jer!! tapi sebenarnya takde ape pun….. just takut dgn diri sendiri..that’s why kalau dah nak masuk maghrib cepat2 zura solat.baca quran dan terus sibukkan diri dgn masak so dapat lupa depres tadi…entahlah akak,,hopefuly zura dpt sihat sepenuhnya as soon as posible.. my bisnes may be weekend je baru buat kot…x nak tension sgt…zura byk muhasabah diri..dulu maybe zura terlalu tumpu bisnes sampai lupa diri dan yg penting sekali samapi lupa yg maha esa

  44. azitamusa Says:

    Yes Zura
    Cuba bahagikan masa sebijak mungkin. Masa anak2, masa kerja dan bisness. Memang susah mula2 nak ikit time table tu. Nak kena displine. evan jie pun terkadang terbabas.

    Macam jie minat mangajar. Jie buat sebagai part time. Juga numerology. Tapi kalau ia buat jie terlalu taksub sampai diri tak betul, jie kurangkan kini. So far jie kurangkan so jie can handle it wisely.

    Dan mengajar, nak dijadikan Allah, belum ada rezeki. Tah kenapa, takde yang offer.

    Tapi bila dah tenang dan under control la ni insya Allah, rezeki dtg balik

    bebaru ni ada offer mengajar JAVA. wah jie start balik part time.
    Start bulan julai ni
    Alhamdulillah…..

    Allah maha adil. dia uji sebab sayang kat kita, bukan nak tarik rezeki kita.

    bila dia tengok kita ingat dia balik, dia bagi balik rezeki yang telah dijanjikan….. rezeki anak2.

  45. azitamusa Says:

    Mungkin Allah nak zura kembali tenang dan gembira dulu. Ingat Allah, ingat diri sendiri, anak2 dan suami. Jangan kejar dunia jer. Bila kita dah rasional, tak emosional dah, Allah bagi balik rezeki tu. Limpah ruah lagi…. sebab Allah sayang hambanya Zura. Terlalu sayang sebenarnya….

  46. azitamusa Says:

    Sesungguhnya semua ini telah mematangkan jie…

    Aku gembira kerana aku berhak gembira.

    Aku berhak atas hak ku.

    Aku mahu hidup.

    Berlandaskan Iman ku pada Allah…

  47. azitamusa Says:

    Aku mahu orang lain gembira seperti aku… itu doaku pada Allah…..

  48. nazrida Says:

    betul jie….doakan kebahagiaan orang lain, malaikat akan berdoa untuk kita, itu yang kak ida pernah terbaca.

    ujian itu penting sebenarnya. Setiap dari kita akan melalui ujian dalam hidup….semua dugaan dan ujian itu untuk memperbaiki segala kelemahan dalam diri kita sendiri.

  49. betul la jie…daripada apa yg berlaku,,,zura dah dapat selami hikmah yg Allah nak bagi kat zura….sekarang zura makin rapat dgn Allah dan zura dapat kemabali ketenangan yg dicari-cari sedikit demi sedikit…betul cakap jie..dulu zura terlalu taksub kpd bisnes samapi lupa pada Nya..tapi alhamdulillah,sebenarnya ujian yg Allah beri kpd zura ni,dah byk mengajar zura dan
    Allah masih sayangkan zura….insyallah,zura akan cuba bahagikan masa zura antara bisnes,keluarga dan 4 myself also..

  50. salam…anybody plz do gve me an advice who should i refer to my depression prob..i mean a doktor..i really think i need one..thanx

  51. Salam, saya ada anak.dia depress sekarang.Dahulu dia anak yg baik dan bijak.Selepas tinggal diasrama prestasi menurun.Saya ingatkan dia ada masalah disiplin.Cikgu cuma kata dia suka tidur semasa belajar.Saya tak tahu apa itu kemurungan sebelum ini.Sekarang baru sedar ia penyakit yg sangat kronik.tak mudah sembuh.Saya buntu.Doktor pskitiari tak gerenti bila boleh sembuh.Ubat sekadar supaya dia tidak agresif.Kepada diluar sana saya banyak banyak membaca tentang depressi sekarang tetapi tak ada cerita tentang mengatasinya cuma simptom2 sahaja.Bila sudah depress anak tak akan mahu malah tidak tahu apa yang dia hadapi lagi jadi bagaimana dia nak membaiki dirinya

  52. aisya, jumpa dktr psikiatri, lebih baik rujuk hospital kerana mereka lebih berpengalaman dalam menangani masalah kemurungan. Di samping itu, berdoa selalu di samping berusaha mengatasinya dengan berbagai cara.

    yusof, anak sdr perlu diberi perhatian. mungkin kerana tekanan yang dialami, samada disebabkan kawan atau expectation yang tinggi terhadapnya. Tekanan yang disimpan bertahun akan menyebabkan kemurungan. Cuba bawa anak sdr berjalankaki setiap hari. Menurut kajian, berjalan kaki adalah salah satu rawatan kemurungan. elakkan minuman bercafein. cuba beri vitamin b kompleks dan makan buah pisang setiap hari. Buah pisang mengandungi khasiat yang boleh menimbulkan perasaan gembira. dan yang paling penting, berdoa untuknya. doa ibubapa adalah doa yang sangat makbul. saya doakan anak sdr akan sembuh seperti sediakala. jangan putus asa dalam berdoa.

  53. salam semua,saya suka blog nie..skg sya b’umur 20 thun..x kawin lg tp saya ada masalah kemurungan yg kritikal juga..sya dah try gtau kakak prob saya n nak jumpa doktor psikitri tp dia sibuk n famili pun x tau..skg ok tp it’ll repeat again till i can’t aford it anymore..everything seems against me..i only hav my mom n sis..i really want dat pill..
    dulu masa 15 tahun saya prnah alami kemurungan tp makin ok..skg dia datang balik..hubungan ngan kengkawan pun x bek..sampai sya rasa malu n marah nak jumpa kawan saya..saya makin sensitif ngan apa yg kawan sya kata..now i fel dat i am neither good pren nor person..hanya tuhan saja tempat q mgadu..

  54. sakura, salam. Hidup ni ibarat roda yang sentiasa berputar. Sekejap kita gembira sekejap menangis. Tapi sebenarnya itulah yang mewarnai kehidupan kita sebagai manusia. Kalau tak ada perasaan sedemikian, mungkin hidup kita akan hambar. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah kemurungan.Rutin hidup yg sama sepanjang masa dan juga kurang perjalanan juga menyebabkan kita merasa hidup ini tidak ada keseronokan. Setiap hari, selain berdoa, cuba buat perkara yang baru. Misalnya membaca buku yang menarik, contoh : lord of the ring, harry potter. Jangan baca kisah cinta yang sedih. Luangkan masa untuk travelling. Tak perlu keluar negara. Lagi baik kalau dapat jungle trekking, atau mendaki gunung. Alam semulajadi membuatkan kita tenang. Saya selalu pergi jungle trekking setiap dua minggu. Atau sebulan sekali, bergantung kepada masa lapang. Memang menyeronokkan.

  55. like this blog…..banyak info ttg depression….I am single and unmarried tapi juga mengalami kemurungan. Blog ini banyak membantu…Tq

  56. Salam, saya dah engalami masalah tidur hampir 2 bulan and saya rasa sangat lost dan sedih sebab tak tahu macam mana nak settle perkara ni. Saya sedih, i have try a lot, it started with a depression and anxiety pastu terus insomnia. Saya ada masalah dengan kawan baik. Saya still terkejut sampai sekarang. I’m still single and working, it make me question my tolerance to stress. Tak ada pun responsibiliti berat. But i take responsibiliti very serious, sebab saya anak sulung. Parents dan adik adik di kl, saya tinggal di utara. Hari hari bangun saya lost. Doktor bagi ubat tidur to normalise my sleep back but saya refuse nak ambil. Saya takut. I can’t make decision properly. Tapi alhamdulillah dengan ada ramai orang di sekeliling saya, saya rasa senang hati dan sedikit lega, it could be worse. Kawan kawan, doakanlah supaya saya akan pulih. I have tried a lot, mingle with people and everything tapi saya penat sangat. I lost in my own thought and fatigueness.

    Saya tak pernah berenti berdoa dan berikhtiar agar di pulihkan dari masalah ini. Tapi setiap kali saya tak dapat tidur, saya makin sedih dan patah hati. Saya doa agar Allah supaya di berikan semangat dan di jauhkan dari penyakit yang berat. I will never stop praying.

    Ya Allah berikanlah kekuatan dalam hidup ku.

  57. salam ida, setiap masalah ada penyelesaiannya. saya pernah mengalami masalah sedemikian. cuba ida senaman dengan berjalan kaki setiap pagi atau petang. ia akan mengurangkan depression. bila sudah tidak depress, anxiety akan hilang dengan sendiri. Jangan putus asa, berdoa dan yakin Allah akan menolong ida. usah terlalu meletakkan diri pada tanggungjawab yg berat yg tidak mampu untk digalas, kita harus ada masa untuk diri sendiri. jangan risau kalau tak dapat tidur, semakin kita risau, semakin kita tak dapat tidur. cuba makan buah pisang, kerana khasiat buah pisang menerbitkan rasa gembira. bantu orang lain untuk gembira kerana nanti kita pun tanpa disedari akan merasa gembira..ini pengalaman saya sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: