Berhati-hati mengambil herba.

Herba diketahui meningkatkan kesihatan badan.  Sungguhpun ianya semulajadi, tetapi sebelum mengambil sebarang herba atau produk yang berasaskan herba, kita perlu mengetahui secara mendalam keberkesanan, cara menggunakan yang betul dan kesan sampingan akibat pengambilan herba tersebut.

 

Ø    Dapatkan nasihat daripada doctor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang herba. Usah mendengar nasihat kawan tentang keberkesanan produk kerana badan kita dengan kawan tak sama.

 

Ø    Dapatkan maklumat daripada pihak yang bertauliah seperti pakar herba atau ahli farmasi. Terutama sekali bagi mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit tertentu seperti sakit jantung, kencing manis dan  darah tinggi, ibu yang sedang mengandung dan menyusukan anak, juga mereka yang di bawah 18 tahun.

 

Ø   Beritahu doktor anda sekiranya anda sedang mengambil herba. Juga bagi mereka yang hendak menjalani pembedahan hendaklah menghentikan pengambilan sebarang herba 2-3 minggu sebelum pembedahan, begitu juga selepas pembedahan.   Contoh : bawang putih, halia, gingko biloba, buah mengkudu – untuk mengelakkan berlaku sebarang interaksi yang berbahaya antara supplement tersebut dengan ubat-ubatan yang mengakibatkan gangguan ke atas kadar denyutan jantung, tekanan darah dan pendarahan dalaman semasa pembedahan.

 

Ø   Pengambilan herba hendaklah tidak melebihi 6 minggu. Selepas itu sekiranya keadaan badan telah sihat, hentikan pengambilan untuk sementara waktu.

 

Ø    Harus diingat, herba boleh mengganggu keberkesanan ubat-ubatan. Contoh : aspirin, gingko biloba, vitamin E, Coumadin – mencairkan darah. Pengambilan produk ini secara bersama dikhuatiri akan mengakibatkan pendarahan dalaman.

 

Ø     Sesetengah herba tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai sejarah penyakit atau mengalami penyakit batu karang, penyakit hati dan sebarang masalah buah pinggang, masalah gastric.

 

Ø     Sesetangah herba juga tidak digalakkan untuk diambil oleh mereka yang sedang dalam ubat-ubatan untuk mencairkan darah.

 

Ø     Jangan ambil herba untuk jangkamasa yang panjang.

 

Ø    Sebagaimana penggunaan ubat-ubatan alopathy, pengambilan herba sebaiknya di bawah pemantauan mereka  yang pakar/bertauliah.

 

Ø    Sekiranya mengalami sakit perut atau cirit birit selepas mengambil herba, hentikan penggunaan dengan segera.

 

Ø   Jangan melebihi dos yang telah ditetapkan.

 

 

Ø    HENTIKAN penggunaan herba sekiranya terdapat symptom seperti :

 

         Mual

         Demam

         Penat yang melampau

        Tanda-tanda penyakit jaundice seperti air kencing berwarna

      gelap,   bahagian putih mata bertukar kekuningan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: