sedikit mengenai healthy seks (lelaki)

Info ni saya dapat daripada sebuah rancangan TV. Mungkin bermanfaat lebih-lebih lagi kepada lelaki. 

  1. Keinginan seks di kalangan lelaki dan wanita akan berkurangan seiring dengan peningkatan usia.  Keinginan seks bagi lelaki akan menurun sebaik mencapai umur 30 tahun.  Jadi untuk meningkatkan keinginan tu, salah satu caranya adalah dengan melakukan hubungan seks sekerap mungkin (3 x seminggu) dan bersenam secara teratur.
  2. Lelaki yang berperut buncit, alat sulitnya akan memendek 1 cm bagi setiap 1kg lemak yang berkumpul di perut. 
  3. Kesakitan bahagian bawah belakang boleh menjejaskan saraf yang mengawal nafsu syahwat.  Lelaki yang sering mengalami sakit belakang dalam jangkamasa yang panjang akan mengalami penurunan nafsu seks.
  4. Stress – lelaki atau wanita yang sering mengalami stress akan menghadapi masalah hilang atau kurang nafsu seks.
  5. Penyakit kencing manis boleh menyebabkan mati pucuk.  Kebanyakan lelaki yang mengalami  mati pucuk adalah berpunca daripada kencing manis.  Malangnya kebanyakan lelaki tak tahu mereka mengidap penyakit kencing manis sehinggalah apabila mengalami mati pucuk barulah penyakit mereka dapat dikesan. Kerana, kebanyakan lelaki tak suka pegi buat medical check-up.
  6. Penyakit yang lain yang boleh menjejaskan seks di kalangan lelaki ialah tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kolesterol tinggi.
  7. Bersenam secara teratur dan mengambil diet yang seimbang dapat meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Dan ini akan mempengaruhi hubungan intim tersebut.

“SEMOGA BERMANFAAT”

 

 

5 Responses to “sedikit mengenai healthy seks (lelaki)”

  1. yg info no 2 tu, 1 inci or 1 cm? kak blog intim kak ida ckp 1 cm kan? kat sini ckp 1inci plak..
    dia x leh reverse nyek? kalo tmbh 5 kg, pendek 5inci/cm , kalo ilang 5kg, panjang 5inci/5cm ek???

  2. nazrida Says:

    sorry quintas, 1 cm le…nanti kak ida perbetulkan…

    mana le kak ida tahu bleh reverse ke tak…ko ni…keh keh

  3. 1. Tak juga.
    2. Kempiskan
    3. Ya Betul
    4. Setuju
    5. Yes
    6. A’aa
    7. Makan jamu juga diet.
    🙂

  4. nazrida Says:

    hai arjuna, thanks for coming….he he…nak tanya, kat no. 7 tu, jamu ape ye? (psttt…nak kasik hubby makan!)

  5. azitamusa Says:

    Kalu yang ada slip disc kira sakit bawah pinggang la kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: