sekadar renungan….

Hari jumaat yang mulia ini, marilah sama-sama kita menghayati tiga surah terakhir dalam Alquran, iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.  Siti Aisyah r.a diriwayatkan sebagai berkata bahawa Rasulullah biasa membaca Surah Al-Ikhlas bersama-sama dua lagi surah,  iaitu Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum masuk tidur.

 

Surah Al-Ikhlas menyentuh mengenai ketauhidan Ilahi. Dalam surah ini, orang mukmin diperintahkan untuk menyatakan kepada dunia bahawa Tuhan itu Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Sebagai orang mukmin hendaknya menanam keyakinan ini agar terbit di dalam hati pengakuan yang tak berbelah bagi tentang keesaan Tuhan.  Sehubungan itu, orang mukmin dikehendaki agar meletakkan pergantungan hanya kepada Allah semata.

 

Di dalam Al-Falaq, orang-orang mukmin diseru agar sentiasa berdoa  semoga Tuhan melindunginya dari kejahatan yang ditimbulkan oleh segala makhluk yang telah diciptakan-Nya, baik yang nyata mahupun yang tersembunyi, termasuk pengaruh buruk turun temurun, persekitaran yang tidak baik, pendidikan yang tidak sempurna dan sebagainya. Juga orang mukmin diseru untuk berdoa agar Tuhan melindunginya daripada siksaan neraka di dunia ini mahupun di akhirat nanti,  dan terselamat daripada dosa apabila kegelapan dan kejahatan tersebar di permukaan bumi (dosa dan maksiat bermaharajalela di sana-sini).  Juga orang mukmin diseru agar berdoa untuk meminta perlindungan daripada mereka yang membisik bisikan jahat yang akan menyebabkan ikatan persahabatan jadi musnah,  menimbulkan semangat melawan/memberontak kekuasaan yang sah dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam untuk berpecah belah.

 

Dalam kedua-dua surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq, orang mukmim diseru agar jangan takut kepada orang yang zalim, tetapi haruslah berpegang kepada pegangan yang kuat bahawa Tuhan itu penguasa dan penjaga tunggal terhadap seluruh alam, dan Dia mempunyai kuasa untuk melindungi hamba-Nya dari kerugian dan kemudaratan apa jua pun yang ditimbulkan oleh orang-orang yang zalim.  

 

Di dalam kehidupan ini,  manusia dihadapkan dengan berbagai-bagai bahaya dan kesulitan-kesulitan yang memberi kesan kepada perkembangan jasmani dan rohani.  Sekiranya di dalam surah Al-Falaq, orang mukmin diperintahkan agar memohon perlindungan ke atas jasmaninya, selanjutnya di dalam surah An-Nas, orang mukmin diseru agar memohon perlindungan terhadap segala cubaan dan aniaya yang menghalang perkembangan rohani.  Sudah tentu perlindungan dipohon bukan hanya dengan doa sahaja tetapi juga dengan perbuatan agar dapat menarik rahmat Ilahi.  Dalam surah ini kita diperintahkan untuk meminta perlindungan Tuhan daripada kejahatan dari antara jin dan manusia yang membisikkan/meniupkan fikiran jahat ke dalam hati manusia, yang akan menimbulkan berbagai-bagai fitnah dan kesan yang tidak baik ke atas rohani manusia.

 

Di dalam ketiga-tiga surah ini, orang mukmin diperintahkan agar memohon perlindungan Ilahi terhadap fitnah-fitnah dan keburukan-keburukan yang dapat memberi impak yang tidak baik kepada kesejahteraan jasmani dan rohani mereka.  Rasulullah saw biasa membaca ketiga-tiga surah ini sebelum tidur.

 

Oleh yang demikian, dengan keadaan dunia yang kian dilitupi oleh kegelapan ini, bukan sahaja pengaruh buruk ke atas rohani berleluasa tetapi juga kekacauan di sana-sini, kita sebagai umat Islam harus banyak berdoa agar kita dan keturunan kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah swt. Amin.

8 Responses to “sekadar renungan….”

  1. kiranto Says:

    SIAPA KAH ?

    Siapakah orang yang sibuk?

    Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
    Sulaiman a.s

    Siapakah orang yang manis senyumanya?

    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil
    berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

    Siapakah orang yang kaya?

    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    Siapakah orang yang miskin?

    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

    Siapakah orang yang rugi?

    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

    Siapakah orang yang paling cantik?

    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

    Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

    Siapakah orang yang mempunyai akal?

    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

  2. nazrida Says:

    terimakasih kiranto…..banyak yang menyedarkan dan menginsafkan aku yang dah nak tua ni…he he

  3. kiranto Says:

    uikss..sama sama lah cam naz
    katakan

    sharing is caring..hehe

  4. kiranto Says:

    Berlunaklah Mendidik Isteri
    ——————————–

    Assalamualaikum.
    Pada mereka yang belum sempat membaca artikel ini dan telah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga.Kalau ada apa2 masalah keluarga , sila lah mohon sisuami membaca dan seterusnyer menghayati artikel ini.Katakanlah pada sisuami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Amin

    BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI
    DALAM kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka. Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencarihiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiranyang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumahtidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

    Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri sertaanak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup
    hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama. Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda : Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik denganwanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamumembiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik dengan wanita

    Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburuatau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

    Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul dikediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan salingmenyalahkan pelakuan suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh RasulullahSAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar.Bagindabersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinyaselama sebulan. Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka.Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat denganbersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullahyang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda. Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambilsikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena denganisteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumahKhalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itusambil berkata pada dirinya: Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

    Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi,Khalifah Umar keluar dan emanggilnya. Umar bertanya, Apakah tujuankedatnganmu? Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuanisteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku laluberfikir, Kalau isteri Amirul Mukminin pun sepertiitu, apa lagilah isteriku

    Khalifah Umar menjawab: Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya. Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!

    Lelaki itu menyahut: Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku! Khalifah Umar kemudian menasihatinya: Saudara,bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja

    Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya. Hadis Rasulullah SAW : Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yangmelakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.

    Rasulullah SAW juga bersabda Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaandan sikap isterinya, manakala isteri yang sabarmenghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.

    Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikapisterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamukitu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri

    Pak Syeikh – Sebaik2 perhiasan orang mukmin ialah isteri yang solehah. Nak dapat isteri yang solehah suami kena jadi soleh dahulu.Pada zaman sure heboh,akademik fantasia, melayu idol ader lagik ker suami dan isteri yang solehah? Kalau isteri dan anak perempuan pemimpin pun tak tutup aurat, apatah lagik rakyatnyer. Mana ijtihad ulamak akan aurat isteri pemimpin

  5. semoga apa entri ini memberi manfaat kepada semua…”sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain”.

    Ilmu baik yang dikongsi, sekiranya diamalkan oleh orang lain, ianya akan menjadi sedekah jariah yang terus menerus mengalir…..

  6. azitamusa Says:

    Suka suka…..🙂

    Nak ambik tepek kat blog boleh?

  7. ambik je jie, takde masalah…he he…sharing is caring, kan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: