Laughter…the best medicine.

Jom kita hiburkan hati dan relaks kan fikiran dengan cerita-cerita lucu yang saya copy paste dari blog lain (maaf, lupa dah nama blog tu..), dan ada juga kiriman email daripada kawan-kawan.

1. AYAM DAN JAGUNG

   Ada seorang pemuda yang sangat takutkan ayam kerana menyangka dirinya jagung. Apabila ternampak ayam, pemuda tersebut akan lari lintang pukang. Oleh kerana  tak tertahan dengan karenahnya, keluarga si pemuda pun sepakat untuk menghantarnya ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa lama berada di rumah sakit jiwa tersebut, pemuda itu didapati sudah sembuh dan bersedia untuk dipulangkan ke pangkuan keluarganya. Jadi doktor yang merawatnya memanggil si pemuda tersebut :

Doktor : Sekarang, kamu sudah sembuh,kan?

Pemuda : Ya, doktor.

Doktor : Jadi kamu tahulah kamu ni manusia dan bukannya jagung?

Pemuda : Ya, doktor. Saya ni manusia, bukan jagung.

Doktor : Bagus. Kalau begitu kamu boleh pulang kepada keluarga kamu.

Pemuda : Tapi saya ada satu pertanyaan, doktor.

Doktor : Ya, apa dia?

Pemuda : Ayam tu tahu ke saya dah bertukar jadi manusia dan bukannya jagung lagi?

he…he…he

2. AYAM DAN LEMBU

Suatu hari si ayam bercerita masalahnya kepada lembu.

Ayam : Lembu, manusia ni teruklah. Kedekut. Aku baru makan padi dia beberapa biji aje aku dah dihalaunya! Tak berperkemanusiaan betul lah manusia ni!

Lembu : Okay le tu ayam! Aku ni lagi teruk.

Ayam : Eh, nape pulak lembu?

Lembu : Ye lah, tetek aku ni hari-hari diramas-ramas, dipicit-picit, dihisap-hisap tapi kawinnya tak jugakkk!!!

Ayam : ekkkkk?????

3. DUA ORANG GILA 1.

 Dua orang pesakit jiwa sedang bermain lampu suluh.

Orang gila 1 : Eh, cuba ko tengok cahaya lampu suluh ni, boleh sampai ke syiling, kan?

Orang gila 2 : Ye lah!

Orang gila 1 : Cuba ko panjat cahaya ni, tengok boleh tak ko sampai ke syiling tu!

Orang gila 2 : Ko gila ke? mana boleh panjat cahaya!

Orang gila 1 : Kenapa pulak?

Orang gila 2 : Kalau aku panjat nanti ko matikan lampu suluh ni, jatuh la aku! Ko ingat aku gila ke?

4. ORANG GILA 2 :

Dua orang pesakit jiwa sedang berbuat sesuatu dalam sebuah bilik. Seorang tu sperti sedang menggergaji sesuatu dengan tangannya. Yang seorang lagi, bergantung kat kipas syiling. Seorang petugas yang kebetulan lalu kat situ menegur mereka berdua.

Petugas : Apa kau buat tu?

Orang gila 1 : Ko buta ke? Tak nampak ke aku sedang menggergaji papan ni?

Petugas : OO…jadi apa kawan ko sorang tu buat kat syiling tu?

Orang gila 1: Tah, dah gila agaknya dia tu! Dia sangka dia tu lampu sebab tu dia bergantung kat syiling!

Petugas : Kalau macam tu, ko suruh le dia turun.

Orang gila 1 : Mana boleh. Kalau dia turun, tak dapat la aku siapkan kerja aku ni, tak ada lampu!

5. SIAPA YANG CURANG?

Ketika mamat sedang membaca suratkhabar, handphonenya berbunyi. Mamat menyambut teponnya dan terdengar di hujung sana suara kekasih hatinya ” Abanggg….datang rumah minah ye malam ni, suami minah tak ade” Wahh…bukan main suka si mamat. “Okay minah, abang datang ya…” Kata si minah lagi “Tapi bang, mesti cukur misai tu ye…”. “Alah, tak boleh lah yang, isteri abang tak kasik abang cukur misai ni, dia sukakan misai abang nih, hensem!” cehh..perasan pulak si mamat ni. Dengan  manja si minah berkata lagi ” Okay abang, kalau tak cukur, tak boleh datang!!”. Apalagi si mamat pun menggelabah ” ye ye minah, abang cukur..abang cukur….abang cukur ye” Si mamat pun kelam kabut mencukur misainya dan bergegas keluar rumah untuk berjumpa si minah kekasih hatinya. 

         Lebihkurang jam 3 pagi, si mamat ni pun pulang la ke rumah, terhenjut-henjut jalan takut isterinya terbangun! Si mamat ni perlahan-lahan tidur di sebelah isterinya yang sedang berdengkur tu. Tetiba tangan isteri nya meraba-raba muka si mamat. Isterinya tersentak bangun dan berkata ” Ayangg…kenapa ayang tak pulang lagi ni??? cepat pulang ayang, suami joyah nak datang dah ni!”

he he …siapa yang curang??

6. PESAKIT DAN DOKTOR

Seorang lelaki tua berjumpa dengan seorang doktor kerana mengadu mata kanannya selalu sakit setiap kali minum kopi.

Pakcik : DOktor, saya ada masalah la doktor.

Doktor : Ya pakcik, cuba ceritakan apa sakit pakcik tu?

Pakcik : Tiap kali saya minum kopi, mata kanan saya terasa sakit seperti ada sesuatu yang menyucuk kat mata ni.

Doktor : Ooo…tu senang saja pakcik. Tiap kali pakcik minum kopi tu, keluarkan dulu sudu dari gelas tu.

Pakcik : oo…begitu ya doktor, terimakasih.

7. KISAH DUA LELAKI

Dua orang lelaki yang baru sahaja meninggal dunia sedang menunggu di depan pintu syurga untuk dipanggil masuk. Sementara menunggu, kedua-duanya pun berbual-bual.

Lelaki 1 : Kau mati kerana apa? cuba kau cerita?

Lelaki 2 : Aku mati sakit jantung!

Lelaki 1 : Ooo…eeee tentu sakit rasanya mati sakit jantung ye!

Lelaki 2 : a ah…kau pulak macam biru aje badan kau ni, kau mati kesejukan ke?

Lelaki 1 : Ye lah, aku ni mati kesejukan!

Lelaki 2 : ee…kesiannya kau ya.

Lelaki 1 : Ya. Eh, cuba kau cerita camana kau boleh mati sakit jantung tu?

Lelaki 2 : Begini ceritanya. Aku dapat tahu isteri aku curang. Jadi aku kelam kabut pulang rumah, nak periksa. Sampai di rumah, aku nampak ada kasut lelaki kat depan pintu. Isteri aku pula pakai baju tidur. Jadi aku pasti mesti ada lelaki lain dalam rumah aku. AKu pun keluar masuk bilik cari orang tu. Waktu aku nak naik tangga untuk ke bilik tidur, tetiba dada aku sakit dan aku tak boleh bernafas. Sekali aku sedar, rupanya aku dah mati!

Lelaki 1 : Laaa….kenapa kau  tak cari kat peti sejuk? Kalau kau cari kat situ, tak lah aku mati kesejukan!

8. KISAH DREBAR BAS MINI DAN SEORANG USTAZ.

Seorang drebar bas mini dan seorang ustaz baru saja meninggal dunia. Seorang (?) malaikat membawa kedua-duanya untuk ke bilik masing-masing.  Ketika tiba di sebuah bilik, si malaikat pun menyerahkan kunci bilik kepada drebar bas mini. Sebaik pintu dibukak, waahhh….semua perabot dalam tu diperbuat daripada emas. Katil emas, meja emas, lampu emas….tersenyum lebar lah si drebar bas mini yang ada sebatang gigi emas (belum sempat dicabut semasa meninggal!). Si ustaz pun berkata dalam hati ” Dia tu hanya drebar bas mini aje pun dapat bilik daripada emas. Aku ni ustaz, tentu aku punya bilik lebih hebat dari dia…mungkin dari berlian”.  Sambil tersengih2, si ustaz pun mengekori malaikat tadi untuk ke biliknya. Tiba di sebuah bilik berpintu kayu, si malaikat menyerahkan kunci bilik kepada si ustaz. Bila pintu dibuka, semua perabot dalam tu dibuat daripada kayu, tapi bukan kayu jati! Dengan sedikit kecewa si ustaz bertanya kepada malaikat ” Kenapa aku punya bilik semuanya daripada kayu saja? Kenapa di drebar tu daripada emas pulak? Kan aku ni lebih banyak amalan dari dia!” Jawab malaikat ” Si drebar tu time dia bawak bas, semua orang berdoa dan beristigafar, tapi kau pulak time kau beri ceramah, semua orang tidur!”…

 

 

 

 

 

57 Responses to “Laughter…the best medicine.”

  1. kiranto Says:

    Lawak: Nombor

    Di sebuah sekolah di pendalaman Malaysia…

    Cikgu : “Hari ini kita akan belajar tentang nombor”

    Murid2 : “Baiklah cikgu”

    Cikgu : “999 nombor apa?”

    Murid2 : “Nombor kecemasan cikgu”

    Cikgu : “007 nombor apa pula?”

    Murid2 : “Nombor James bond”

    Cikgu : “1515 pula apa murid2?”

    Murid2 : “Nombor TMNET cikgu”

    Cikgu : “Pandai… baiklah yang terakhir 8674 nombor apa pula?”

    Murid2 : (Terdiam sekejap lalu menjawab…) “nombor ekor agaknya cikgu”

  2. nazrida Says:

    kah kah kah …..

  3. nazrida Says:

    yeaaahhhooo…dapat dah kiranto aku adjust timing nih!

  4. kiranto Says:

    CONGRATS….

    i know u can do it
    🙂

  5. LAWAK: Raja Kuda

    Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Beliau mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.

    Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi … itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya.

    Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian… makin egolah raja sorang ni.

    Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus duduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya “Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?” Maka dengan selambanya budak tu berkata “Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya.

    Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa…nak cover malu. “Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu… ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.

    Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya…raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.

    Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, “cubalah kalau boleh”. Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

    Raja berasa pelik lalu bertanya! “Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?” Dengan selambanya budak tu jawab “Nak kena jentik lagi…??”

  6. azitamusa Says:

    Dalam banyak2 ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

    Ikan kembung…. he he he

  7. keh keh keh

  8. Lawak: NYANYUK

    Pada suatu malam seorang profesor yang pelupa dan nyanyuk pulang lambat.
    Ketika hendak membuka pintu, dia sedar bahawa dia tidak membawa kunci rumah.
    Akhirnya dia mengetuk-ngetuk pintu rumahnya hingga isterinya terbangun dan membukakan pintu.
    Kerana kegelapan, si isteri tidak dapat mengenali si profesor itu adalah suaminya.
    Lalu si isteri berkata,

    “Maaf Encik, … Profesor belum balik… dia tidak ada di rumah.”

    Profesor pelupa itu menjawab,
    “oo.. takpe lah, kalau begitu saya akan datang semula esok. Terima kasih puan!”

  9. azitamusa Says:

    ha ha ha

  10. aku dah gelak sorang2 kat bilik aku ni!! ha ha ha

  11. kiranto Says:

    Kisah lucu tapi benar!

    Sepasang orang tua datang ke restoran Mc Donald dengan saling berpegangan tangan. Mereka duduk disebuah bangku panjang berdua, disamping seorang anak muda. Si datuk segera berdiri dan memesan makanan, sebuah hamburger, satu paket kentang goreng dan segelas minuman.

    Setelah mendapat makanan datuk duduk di sebelah nenek, membahagi hamburger menjadi 2 bahagian, menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek, kemudian mengambil dua ‘straw’ minuman, menaruh gelas minuman tepat ditengah meja.

    Si anak muda memperhatikan tingkah sepasang datuk-nenek itu dengan penuh minat. Si datuk kemudian mulai memakan bahagiannya, sementara si nenek hanya memperhatikan. Si anak muda merasa kasihan, akhirnya merapati pasangan tersebut dan berkata: “Tok, boleh saya belikan makanan yang lain?”

    Si datuk menjawab : “tak payah terima kasih.kami memang selalu berkongsi makanan yang sama” Sampai si datuk selesai makan, mengelap mulut dengan tissue, si nenek masih saja menunggu tanpa menyentuh makanan bahagiannya.

    Si anak muda mendekat lagi, kali ini berkata : “Nek, boleh saya belikan makanan yang lain, mungkin nenek tidak suka yang ini ? “Si Nenek menjawab; ” Tidak terimakasih..” Terus si Anak muda bertanya lagi, “Kalau begitu kenapa makanan nenek tidak dimakan, kan nenek dan datuk suka berkongsi?”

    Kata si Nenek ” Saya sedang menunggu gigi……….giliran saya selepas datuk…..!

    >> wakakaka

  12. kiranto Says:

    LAWAK JENAKA: Dinamit!!!

    Sepasang suami isteri yang baru saja bernikah bersiap untuk menempuh malam pertama. Si suami membuka bajunya, menampakkan lengannya dan berkata.. “Sayang, tiap lengan ini menyimpan kekuatan setara dengan dua ratus kilogram dinamit.”

    Si isteri sangat terkejut melihatnya. Suaminya lalu membuka seluarnya, memnunjukkan kakinya yang berotot dan berkata,
    “Tiap kaki menyimpan kekuatan setara dengan lima ratus kilo dinamit.” Ketika si suami membuka seluar dalamnya, si isteri memandangnya dengan wajah ngeri. “Ada apa?” tanya si suami.

    “Saya mesti keluar sekarang,” kata si isteri. “Kenapa? awak takut dengan anggota badan saya yang besar ni??” tanya suami..

    “Tidak… tapi yang pastinya… Dinamit sebanyak itu dengan “sumbu” yang amat pendek, bilik ini pasti akan meletup dengan cepat…”

  13. nazrida Says:

    kah kah kah…kiranto, ko ni byk citer lucu la!

  14. kiranto Says:

    NAZ

    sorry la ekk..kalau banyak sangat paste kat
    dalam topik ni… sekadar nak ilangkan tensen
    pada sesape yang baca..ermm NAZ tuan rumah
    have the right to delete mana2 post yang agak2
    tak suitable…hehhe

  15. kiranto Says:

    LAWAK JENAKA: malas ke sekolah

    Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

    Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

    Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

    Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

    Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim!

    Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

    Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

    Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH!!!

    ingatkan anak dia murid..ciittt !!!

  16. nazrida Says:

    citttt!!!! ha ha ha

  17. kiranto Says:

    !MALAYSIANS !!!

    An Indian, a Chinese and a Malay were in a terrible car accident. They were all brought to the same emergency room, but all of them died before they arrived.

    Just as they were about to put the toe tag on the Indian, he stirred and opened his eyes. Astonished, the doctors and nurses present, asked him what happened.

    “Well,” said the Indian, “I remember the crash, and then there was a beautiful light, and then the Chinese and the Malay and I were standing at the gates of heaven. An Angel approached us and said that we were too young to die, and that for a donation of $50, we could return to earth. So, of course I pulled out my wallet and gave him the $50 and the next thing I knew I was back here.” “That’s amazing!” said one of the doctors. “But what happened to the other two?” “Last I saw them” replied the Indian, “the Chinese was bargaining over the price, and the Malay was waiting for the government to pay for his.”

  18. azitamusa Says:

    Ha ha ha gelak besau!

  19. nazrida Says:

    ni kisah hasan ngan cikgu dia.

    Hassan baru je pindah sekolah. Suatu hari waktu sabjek sejarah, cikgu nya bertanya semua murid di kelas hasan, “Ada sesiapa yang tahu siapakah yang bunuh JWW Birch?”
    Semua murid terdiam, tak tahu la tu! CIkgu bertanya kepada hasan. “Ha, hassan, bagitahu cikgu siapa yang bunuh JWW Birch?” Hasan diam tunduk memandang meja. Dia pun tak tahu!
    Keesokan pagi sewaktu bapa hassan menghantar hassan ke sekolah, cikgu memanggil bapa si hassan dan berkata “Pakcik, hassan ni kenapa diam aje ni pakcik? Saya kelmarin ada bertanya dia soalan sejarah, siapa yang bunuh JWW Birch tapi dia tunduk dan diam aje”.
    Jawab bapa si hassan “Sumpah cikgu, bukan hassan yang bunuh JWW Birch tu!”

  20. kiranto Says:

    wakaka…kasian pak hassan

  21. kiranto Says:

    Awek’sku sorang…..

    Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju.

    Tau-tau saja lah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah.

    Selepas selesai melakukan adengan yang di censoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

    Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya;

    “Darling! ada mancis tak?”.

    “Ada kat dalam laci sebelah katil tu”, jawab si wanita tu.

    Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya;

    “Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker?” “Bukan” jawab si wanita tu.

    “Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?”,

    “Bukan jugak” jawab wanita tu lagi.

    “Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?” tanya si lelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut

    “Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina” jawab si wanita tu dengan penuh manja.

    AAAaaaa?

  22. nazrida Says:

    macam pernah dengar je citer ni…kat mana yek????? kah kah kah

  23. nazrida Says:

    negara mana yang banyak sangat VAN?

    jawap : Belanda – Van Der Sar, Van Persie, Van Nestelroy (?),…

  24. kiranto Says:

    Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak-anak muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hariitu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

    “Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini ke dalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

    Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

    Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

    “Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

    Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

    UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN…MINUMLAH ARAK…!!!

    cikgu blurrrrrrr ????

  25. kiranto Says:

    LUCU YA !!!
    ————–

    Lucu ya……!!!
    Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill

    Lucu ya..
    30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton “Friends”

    Lucu ya..
    Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung

    Lucu ya..
    Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan,
    boyfriend & gilfriend.

    Lucu ya..
    Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

    Lucu ya..
    Susah sangat baca Al Quran 1 juzu’ saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

    Lucu ya..
    Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

    Lucu ya.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

    Lucu ya..
    Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

    Lucu ya.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.

    Lucu ya..
    Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali.. “

  26. azitamusa Says:

    Kenapa jin dan setan suka kacau wanita melayu?

    Pada suatu hari ada seorang ustad telah bertanya pada jin. Kenapa ko suka kacau wanita melayu? Kenapa ko tak kacau wanita cina ker, india ker? Nak tau apa jin jawab?

    “Siapa kata gadis melayu tak menarik? Tak menawan hati……”

    he he he

  27. ustad tu tanya lagi, jin nape ko tak suka pakai seluar? tak tahu malu ke?

    jawap jin ” manusia dah ambik suar aku..”

    he he he

  28. azitamusa Says:

    kah kah kah

  29. hua hua hua..

    betul2 jin mata toncit

  30. Islam hadhari

    Seorang lelaki yang baru meninggal dunia, sedang disoal oleh malaikat. Semua soalan dapat dijawab dengan betul dan memuaskan….(cewahh)….tiba kepada soalan “Apa agama kamu?”

    pemuda : ” Agama Islam…”
    malaikat : “Islam apa?”
    pemuda : ” Islam hadhari (sambil tersengih2)”
    malaikat : “OOO…ko dari Malaysia ye?”

    he he (ampun pak _ _ _ )

  31. azitamusa Says:

    ha ha ha itu gelak besau!

  32. Lagi Islam Hadhari…

    Seorang pemuda yang baru meninggal dunia juga sedang disoal oleh malaikat.

    Malaikat : “APa agama kamu?”
    Pemuda : “Islam ”
    Malaikat : “Islam apa?”
    Pemuda : “Islam hadhari”

    PANGGGGG!!!! berkecai tulang sipemuda dilempung oleh malaikat.

    Pemuda :”Wooiii!!!! ko orang mahathir ya! “

  33. azitamusa Says:

    BARU KAHWIN

    Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

    “Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor.

    Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

    “Hari ini hari apa bang?” tanya si isteri.
    “Sumaat”
    “Sedang eloklah tu bang…” jawab isterinya..

  34. azitamusa Says:

    RAHSIA MENANGKAP IKAN

    Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut…so crew TV99 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
    Crew TV99 : “Apa rahsia pakcik tangkap ikan?”
    Nelayan : “Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tenguk cara isteri pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.
    Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan.”
    CrewTV99 : “Kalau isteri pakcik tidur terlentang?”
    Nelayan : “Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu…”
    CrewTV99 : “O, ye ke…”

  35. azitamusa Says:

    he he he

  36. azitamusa Says:

    PUKUL BERAPA BUKA?

    Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
    “Pukul berapa perpustakaan akan di buka?” seorang pemuda di hujung talian bertanya.
    “Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?” tanya pustakawan tadi.
    “Tak boleh buka awal lagi ke?” pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
    “TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!” si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
    “Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?”.
    “Siapa kata saya mau masuk?” kata pemuda itu kesal,
    “SAYA MAU KELUAR!”

  37. jie, kak ida dah gelak sorang2 kat bilik ni…he he he…hilang gak migrain!

  38. azitamusa Says:

    ha ha ha jie pun

  39. nazrida Says:

    Seorang guru bertugas di sebuah perkampungan yang terletak jauh ke pendalaman sebuah negeri. Suatu hari guru tersebut telah ditukarkan ke tempat lain. Sebelum meninggalkan kampung tersebut, guru tersebut memberikan hadiah sebuah jam dinding kepada ketua kampung berkenaan. Bukan main suka la ketua kampung tu kerana selama ini mereka tak pernah nampak jam dinding!.

    Suatu hari, jam tersebut mati, tak jalan lagi. Ketua kampung dan beberapa orang penduduk kampung tersebut sedang berbincang2 mengenai jam tersebut. Lalu ketua kampung pun menyuruh seorang penduduk kampung mengambil jam berkenaan yang disangkut di dinding rumahnya untuk diteliti. Sedang membelek-belek jam berkenaan, tiba-tiba seekor cicak yang telah mati jatuh dari jam itu.

    “Laaa….padanlah tak jalan jam ni, rupanya drebarnya dah mati!” Kata ketua kampung sambil menunjukkan cicak mati tersebut kepada penduduk kampung! he he

  40. kiranto Says:

    COMPUTER TERMINOLOGY – BM vs BI… haru jadinya !!!

    Some computer terms translated to BM,

    Don’t you think that computer terminology in Bahasa Malaysia is really weird?

    Cakera Keras = Hard Disk

    Tetikus = Mouse

    Papan Kunci = Keyboard

    CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) – Isn’t that bit too much to ingat? Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think. IMPs?

    Monitor = What’s the term for this? KETUA DARJAH?

    Modem = Could it be called “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi?

    Motherboard = “Papan Ibu” probably? Maybe the best motherboards can be awarded the “Papan Ibu Mithali” then?

    Sound Card = Kad Bunyi?

    Sound Blaster = Peletup Bunyi?

    Pipeline Burst Cache = Duite Garisan Paip Meletup?

    Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me.

    VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA?

    Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)?

    WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me.

    Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me :)) What about SIMMs and DIMMs and such…?

    *laf* wonder what would you call ink jets then🙂 Pancutan Dakwat???

    What about “Plug and Play [tm]“?🙂 Hmmm..Plug and play….Cucuk dan Main??? Somehow I think not.

    Joystick = Batang Gembira or Batang Ria??

    Damn obscene man!

  41. kiranto Says:

    Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

    Ah Chong: Apa yang bising ni?
    Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil
    Ah Chong: Seri, betul kami yang ambil?
    Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil
    Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…
    Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…
    Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…
    Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?
    Seri: Betul Pak… sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam… masakan saya teringin seluar dalam tu…

  42. kiranto Says:

    Budak 1: “Pak cik saya nak beri satu teka teki kalau pak cik terror(bagus) teka ..hijau campur hijau jadi warna apa???” katanya…

    Aku:secara sepontan bersua! ra..”Hijau” (dalam hati ingatkan warna cat le??)

    Budak 1.”Apa le Pak cik nie. jawabnya merah le”

    Aku: “macamana le pulak nie” ..(kebinggungan. .)

    Budak 1:”Ya..le ” duit warna hijau RM5 campur duit warna hijau RM5 jadi mesti le duit warna merah RM10..apa le pak cik nie tak tahu..

  43. kiranto Says:

    Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
    bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota…

    ” KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI ”

    …dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis…

    ” BANG, BANGUN BANG….. SUDAH PUKUL 6.30 PAGI

  44. nazrida Says:

    ha ha …ah chong ketahuan!!

  45. kiranto Says:

    Cara Jawab Telefon Yang Betul –

    “Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator). –

    1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
    Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

    2. Soalan: haloo, siapa disana?
    Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

    3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
    Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

    4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
    Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

    5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
    Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

    6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
    Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

    7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
    Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
    perkhidmatannye… time kacih.

    8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
    Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

    9. Soalan: halloo……
    Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

    10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
    Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

    11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
    Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
    tu.

    12. Soalan: assalammualaikum…
    Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
    wajib jawab)

  46. kiranto Says:

    kasian jugak bini dia ..huhu

  47. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
    Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
    JAKIM dan ahli ulama’ memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

    “HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG”

    Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

    Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

    Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi ‘satu kampung’…!!! Kau dah ‘sasau apo haaa’?!

  48. hi hi hi….

  49. azitamusa Says:

    Ha ha ha… tergelak pagi senin….

  50. huk hhuk huk..ahaks!!!! lawak gak

  51. nazrida Says:

    seorang lelaki cina memasuki sebuah kelab malam untuk meminum arak. Dalam kelab itu, banyak orang ternama sedang minum arak, antaranya steven spielberg, tom cruise dan banyak lagi yang dia tak kenal. Sedang asyik meneguk minuman kerasnya, tiba-tiba steven spielberg meluru ke arahnya dan bukkkk! Terjatuh lelaki cina itu tadi bila mukanya ditumbuk oleh steven spielberg.
    “Adoooiiii!!!…kenapa ni?”Jerit si lelaki cina kesakitan.
    “Kau tahu tak, kerana kau lah datuk aku mati!” kata si steven spielberg.
    “Kenapa aku pulak?” Tanya si lelaki cina kehairanan.
    “Jepun serang pearl harbour, masa tu datuk aku ada kat situ, habis berkecai kepala dia, mati!” Jawab si steven spielberg.
    “Apa pulak kena mengena dengan aku, aku cina la bukan jepun” Kata si lelaki cina membela diri.
    “Aaarrgghhh…jepun, cina, burma, vietnam..korang sama saja!” kata steven spielberg sambil mengelap air liur yang meleleh di tepi bibirnya.
    “Ape la bodoh punya steven!”Kata si lelaki cina sambil cuba bangun untuk duduk.
    Si lelaki cina tadi dan steven spielberg pun menyambung minum mereka. Keadaan kembali aman.
    Tak lama kemudian, si lelaki cina tadi bangun dan kali ini menumbuk muka si steven spielberg pulak.
    “Woooiiii….ape pulak nih?” Jerit si steven sambil memegang pipinya yang kesakitan.
    “Huhhh!!!…kerana kau la nenek moyang aku mati!” Kata si lelaki cina.
    “Eh apa pulak kena mengena degan aku??” Tanya si steven spielberg pula.
    “kerana iceberg la kapal titanic karam, nenek moyang aku kat situ mati lemas, kau tahu tak?”jerit si lelaki cina lagi.
    “Ehhh..itu ice berg la!”
    “Ahhhh…..carlsberg, spielberg, iceberg…korang semua sama je!” Jawab si lelaki cina…………..sekian.

  52. kiranto Says:

    wakakaka… gud one

  53. nazrida Says:

    SERASI BERSAMA….

    Suatu hari Amat mengadu masalah rumahtangganya kepada Adam.
    Amat “Aku tak tahanlah dengan karenah isteri aku tu Adam”
    Adam ” Eh, kenapa pulak Amat?”
    Amat ” Ye la, dah banyak kali aku nasihatkan dia tapi dia tak nak dengar cakap aku”
    Adam”Apa masalahnye?”
    Amat ” Isteri aku tu, dia bela ayam dalam rumah. Habis satu rumah penuh dengan tahi ayam”
    Adam”Ko suruh lah bini kau keluarkan ayam tu”
    Amat”Tu lah, dah banyak kali aku cakap tapi dia keras kepala, dia tak nak ayam dia keluar dari rumah tu, dia kata nanti ayam tu kena kotor kalau kat luar”
    Adam ” OO….senang je tu, kau bukak je lah pintu rumah tu, biar ayam tu semua keluar”
    Amat ” Tak boleh, nanti kambing aku pulak yang keluar dari rumah”
    Adam” Laaaa…..”

  54. azitamusa Says:

    Terbalikkan ungkapan cinta, lihat apa berlaku

    Saat indah perkahwinan
    Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
    Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
    Teruna: Tentu tidak, jangan sesekali kau berfikiran seperti itu
    Dara: Apakah kau mencintaiku?
    Teruna: Tentu! Selamanya akan tetap begitu
    Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?
    Teruna: Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu
    Dara Mahukah kau menciumku?
    Teruna: Ya
    Dara: Sayangku….

    Sesudah 5 tahun perkahwinan…. baca dari bawah ke atas.

  55. nazrida Says:

    hu hu hu….

  56. nazrida Says:

    sebuah helikopter yang membawa dua orang kenamaan telah terhempas ketika membuat tinjauan di lembah kelang. walau bagaimanapun, Pilot helikopter tersebut terselamat sementara dua lagi orang kenamaan tu,….. Al-fatihah. Polis yang menyiasat kejadian itu bertanya kepada pilot mengenai kejadian tersebut.
    Polis : Cuba encik terangkan satu persatu mengenai kejadian tersebut.
    Pilot : Semasa berada pada paras ketinggian 15 ribu kaki, saya terasa amat sejuk sekali. Jadi saya pun matikanlah kipas helikopter ni…
    Polis : ????????

  57. hahhah… pilot lesen hantu tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: