Pesanan untuk anak.

Pesanan daripada Luqmanul Hakim kepada anak-anaknya.

  1. Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karan di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAQWA, isinya ialah IMAN, layarnya ialah TAWAKKAL kepada Allah.
  2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah.  Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,  dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
  3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan diri dari maksiat.
  4. Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marah ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
  5. Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
  6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhaka kepada Allah.   Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa),  tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah.
  7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang airmukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamun hal-hal yang tidak benar.  Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
  8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat,  tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bila mana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
  9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang bodoh sebagai utusanmu. Maka bila tidak ada lagi seorang pun yang layak, hendaknya dirimu sajalan yang layak menjadi utusan.
  10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung.
  11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau pesta perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati kerana ianya mengingatkan engkau kepada perkampungan akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
  12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,  kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
  13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu memberi kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan.
  14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang yang taqwa dan musyarawahlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara meminta nasihat dari mereka.
  15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selau mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar,  maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
  16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.  Bilamana kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.  Bila tidak demikian,  maka berhati-hatilah.
  17. Selalulah baik bertutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,  dengan demikian engkau akan disukai ramai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
  18. Hai anakku, bila engkau berteman,  tempatkanlah dirimu padanya, sebagai seseorang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.  Namun biarkan lah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
  19. Jadikanlah dirimu dalam tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riak yang akan mendatangkan celaka.
  20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
  21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.   Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
  22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan, janganlah engkau mensia-siakan hartamu.
  23. Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi. Sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor pasti akan menyesal.
  24. Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu.  Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagai tanah yang subur lalu disirami air hujan.
  25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,  dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhirat.  Jangan engkau buang dunia kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang menjadi beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.  Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

 

 

One Response to “Pesanan untuk anak.”

  1. kiranto Says:

    Berikut ini adalah do’a Agar Anaknya Menjadi Orang Yang Berilmu Dan Berguna yang dipanjatkan kepada Tuhan Allah SWT untuk dibaca agar anak kita memiliki ilmu yang tinggi, berbudi pekerti yang baik, mendapat banyak rezeki, tidak jadi penjahat, dan sebagainya yang baik-baik.

    ” ALLOOHUMMAJ’ALNI WA AULADI WA DZURRIYYATI MIN AHLIL’ KHOIRI WA LA TAJ’ALNI WA IYYAHUMMIN AHLIS SU IWA AHLIDH GHOIRI WARZUQNI WA IYYAHUM ‘ILMAN NAFI’AN WA RIZQON WA SI’AW WA KHULUQON HASANAN WATTAUFIQO LITH THO’ATI WA FAHMAN NABIYYIIN ”

    yang bermaksud –

    “ Ya Allah jadikanlah aku, anak-anakku, dan keluargaku termasuk dari golongan orang yang baik. Dan janganlah Engkau jadikan aku serta mereka dalam golongan orang yang jahat, dan orang yang membuat mudharat. Berilah rejeki kepadaku dan kepada mereka “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: