Buah kiwi mengatasi masalah sukar tidur.

Sekiranya sukar tidur, cuba makan dua biji buah kiwi. Buah kiwi diketahui mempunyai khasiat yang boleh membuat seseorang cepat tertidur dan mengurangkan masalah terjaga di tengah malam.

SUMBER : READER’S DIGEST

10 Responses to “Buah kiwi mengatasi masalah sukar tidur.”

  1. NAZ

    kiranto tambah sikit ekkk
    petikan dari Dr. Amran Kasimin –
    Jawapan:-

    idur satu nikmat Allah yang ada kaitan dengan ketenangan hidup, wujud bersama kelahiran manusia. Orang yang dilahirkan buta tidak berupaya menggambarkan keindahan nikmat celik mata, yang berwarna-warni dan deruan ombak di tepi pantai atau keindahan awan berarak, matahari yang sedang menyusur langit, tenggelam di hujung langit.

    Keadaan ini berlaku kerana mereka dilahirkan dalam keadaan gelap sejak awal lagi. Namun mereka masih tetap boleh hidup seperti manusia biasa, biarpun mereka hidup dalam keadaan teraba-raba. Hal demikian tidak berlaku pada mereka yang terganggu tidurnya, seperti yang berlaku pada puan, biarpun fizikalnya terlalu ingin hendak tidur. Tidur adalah satu peredaran yang mesti dilalui oleh semua orang, untuk memulihkan tenaga yang hilang atau penat, dieksploitasi sepanjang hari. Tidur merupakan satu keadaan untuk mengumpul keunggulan tenaga dan kesegaran tubuh demi memperoleh ketenangan. Ketenangan adalah penawar mujarab untuk menyembuhkan pelbagai penyakit dan mengatasi pelbagai masalah. Banyak orang sakit, letih badan atau sakit kepala bangun dalam keadaan segar di pagi hari setelah mendapat cukup tidur pada waktu malam. Begitu juga dengan masalah atau ketegangan yang menekan perasaan atau pemikiran. Walaupun demikian, penyakit yang dideritai oleh seseorang itu mungkin tidak berkurangan atau akan bertambah teruk sekiranya tidak dapat tidur atau terganggu tidurnya biarpun mengambil ubat secukupnya sebelum itu. Tidur adalah proses mengembalikan atau membentuk tenaga dan ketenangan dalam diri. Tanpa tidur manusia tidak akan memperoleh ketenangan. Kerana itu apabila seseorang itu mengalami masalah tidur, ini bererti bahawa kesihatannya terganggu sama ada kesihatan rohani atau fizikal. Gangguan tidur melahirkan kesan negatif dalam kehidupan yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak boleh berfikir dengan tenang, sensitif, mudah marah dan terganggu.

    Orang yang sakit akibat kemalangan, gangguan agen-agen parasit seperti virus, kuman atau keracunan, faktor ketegangan atau ketidakseimbangan selalunya akan mengalami masalah tidur. Pada umumnya, setiap tingkah laku yang mengubah tabiat atau nature harian yang boleh menjejaskan ketegangan, boleh menyebabkan masalah tidur. Ini termasuklah orang yang terlalu suka, terlalu ghairah pulang ke kampung untuk menemui orang yang dirindui, terlalu suka kerana mendapat wang yang banyak dan sebagainya. Masalah tidur juga sering dialami oleh mereka yang tidur lewat, kerana terlalu banyak tidur di siang hari, atau kerana mengambil minuman yang mengandungi kafeina seperti air kopi yang menyukarkan mata lelap. Walaupun demikian, faktor ini hanya faktor sementara. Selain daripada faktor luaran yang dijelaskan, masalah tidur juga boleh berlaku akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Sasaran utama gangguan makhluk-makhluk halus terhadap manusia ialah pada bahagian otak, yang boleh melahirkan pelbagai gejala atau gangguan yang berkaitan dengan otak. Di antara tanda-tanda seseorang itu terlibat dengan gangguan seperti ini ialah sukar tidur malam.

    Gangguan ini selalunya berlaku ketika seseorang itu hampir terlena. Ketika itu dia akan didatangi dengan gangguan yang mengerikan, terasa seolah-olah terlibat dengan perlanggaran, tersepit di celah-celah remukan kenderaan, terasa seolah-olah dihimpit benda besar dengan rupa yang menakutkan.

    Mimpi

    Hal yang hampir sama sering berlaku ketika seseorang itu sedang nyenyak tidur. Bermimpi dibawa ke satu alam yang menakutkan, terasa dihimpit bintang besar menyebabkan sukar bernafas atau minta tolong. Orang yang berkenaan kadang-kadang berusaha menjerit meminta tolong, tetapi suaranya tidak keluar selain rengekan perlahan. Ada juga orang yang bermimpi diselamkan dalam air, menyebabkan dia terasa lemas, tercungap-cungap ketika sedang tidur. Hal seumpama ini terus berulang setiap kali orang yang berkenaan hendak menyambung tidurnya yang akhirnya boleh menyebabkan takut hendak tidur. Mimpi itu ada tiga jenis, iaitu mimpi benar, seperti mimpi Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang merupakan wahyu Allah, mimpi daripada syaitan dan mimpi mainan tidur. Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit air dari mulut), kemudian beralih tempat tidur. Iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain. Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan permukaan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali. Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

    Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh. Hadis daripada Jabir menyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud; Sesungguhnya apabila seseorang hendak tidur bersainglah malaikat dan syaitan. Malaikat berdoa; Ya Allah, akhiri orang ini dengan kebaikan. Sedangkan syaitan berdoa; Akhiri orang ini dengan kejahatan. Jikalau orang ini berzikir mengingati Allah, kemudian tidur, maka bermalamlah malaikat menjaganya. Setelah membaca doa seperti yang dijelaskan, serah diri pada Allah dengan membaca doa yang bermaksud; Ya Allah, Engkau mencipta diriku dan Engkau pula yang mematikannya. Kerana Engkaulah hidup dan matinya. Jika Kau hidupkan dia semula, peliharalah dia dan jika Kau matikan, maka ampunilah dia dan jika Kau matikan, maka ampunilah dia. Ya allah, sesungguhnya aku memohon keselamatan kepada-Mu. Mereka yang bermasalah tidur jangan tidur di siang hari terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas asar. Tidur apabila tiba waktunya pada waktu malam. Jangan terus berjaga padahal mata terasa mengantuk, biarpun ada urusan yang masih belum disempurnakan. Tidur dalam keadaan suci, berwuduk dan tidak dalam keadaan junub.

    Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

  2. BUAH KIWI- khasiat nya-

    Buah kiwi (Actinidia chinensis), buah ini juga disebut Chinese gooseberry, sejenis beri dari Cina. Berbentuk bulat lonjong, berwana cokelat dengan bulu-bulu halus pada kulit buahnya. Daging buahnya berwarna hijau terang dengan biji-biji hitam kecil, lezat dimakan segar sebagai buah meja, asal dikupas dahulu atau disendok langsung dari buahnya. Dijadikan salad buah, es krim atau sebagai hiasan Cake juga enak.

    Buah yang berbuah sepanjang tahun ini kandungan vitamin C nya dua kali lipat lebih banyak dari buah jeruk. Juga mengandung vitamin A, B1, B2, potasium, niasin dan asam folat dalam jumlah besar. Selain itu, buah kiwi kaya dengan klorofil dan mempunyai sumber antioksidan yang terbaik. Ia juga tidak mengandungi lemak dan kolesterol Khasiat lainnya bagi kesehatan, adalah –

    1- Buah kiwi mengandung actinidin, enzim alami yang dapat mengatasi sembelit Asam askobin-nya melindungi tubuh dari demam dan nyeri persendian.

    2- Daging buahnya yang berwarna hijau mengandung magnesium yang bersama dengan vitamin C membuat hati bekerja lebih maksimal.

    3- Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi.

    4- Kandungan zat lutein-nya diduga dapat mencegah kanker prostat

    5- Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi sehingga sangat cocok bagi mereka yang sedang menjalankan program diet

  3. Arjuna baru lepas makan buah kiwi nihh.. nak tengok khasiat tu menjadi takk..🙂

  4. mslh sy ni da hmpir 3 thun berlarutan..stiap mlm sy lgsg xleh tdur wlaupn sy da mkn pil,ubt batuk n mcm2 la..cam mn nk atasi mslh ni.ap sbnrnya mslh sy nie??

  5. nazrida Says:

    sukar tidur mungkin jugak ada kaitan dengan masalah jantung… atau mungkin kerana terlalu penat…dan dari sudut psikologi, kita selalu susah hati tak boleh tidur, tu yang menyebabkan bertambah sukar nak tidur… cuba jangan fikirkan sangat masalah susah tidur, jangan balik2 tengok jam dah pukul berape tak boleh tidur…bertambah le tak bleh tidur tu…

  6. buah kiwi??memang sedap..tapi x tahu palk khasiatnya untuk masalah tidur…erm..nak cuba gak…sb sy mengalami mslh tidur…lagipun banyak kandungan vitamin…

  7. dah beberapa hari saya mengalami masalah tidur… macam mana penat pun saya pada waktu siang.. tidur tetap tak lena… tidur sekejap je pas tu akan terjaga balik… nak try la buah kiwi tu boleh ke tidak mengatasi masalh saya ni…

  8. Kalau tak dapat tidur juga, cuba pergi urut badan kat spa. Sebulan sekali buat body massage, atau urut tapak kaki, insyaallah kurang masalah tidur tu,

  9. ana_muslimah Says:

    salam…ana pun mempunyai masalah yg sama…skrg da masuk waktu subuh masih x lelapkan mata…pas solat subuh ni sure mata kuyu…da try tahan tido siang tp kpala jd penin…terpaksa tido gak smpai pkl 10 or lebih skit…da dekat sebln masalah ni melanda…tp time suami ade ana bole je tido..ke ana sik terfikirkan cik abg yg sik tinggal2 kan ana…hmmm nasib badan…cam nak amik ubat tido jew rasanya…xpon siang2 ana kena join mane2 group beraktiviti…wallahu a’lam…

    • ana, elakkan ubat tidur. Saya pernah makan ubat tidur tp mata masih terkebil2 je tk dapat tidur….selain daripada petua di atas, cuba tenangkan hati dengan menerima dengan reda dan syukur atas apa yg ada pada kita…insyallah, hati akan tenang dan dapat tidur lena….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: