bagaimana merawat kekecewaan hati

Patah hati atau kekecewaan adalah satu pengalaman duka yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.  Bagi mereka yang positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan sebaris lagu yang biasa didengar atau pun satu bab dalam sebuah buku cerita yang mereka baca.  Benarkah ada dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati?”.  Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam perkahwinan atau berakhirnya sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami.

Cinta sememangnya kejam, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau membelah hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti…

Jika anda membaca artikel ini untuk mencari sebuah ketenangan daripada kehancuran mahupun kekecewaan, yakinlah bahawa setinggi manapun gunung kekecewaan itu, selaut mana pun dalamnya kesedihan itu, anda mampu mengatasinya!  Banyak orang telah melalui kesedihan dan kekecewaan….dan mampu mengatasinya.

Jadi, bagaimana mengatasi kekecewaan atau patah hati?

Pertama sekali, terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir! . Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan sidia kembali kepada anda, kecuali sidia merasa simpati terhadap anda – jadi apa yang ada lakukan hanyalah menangguhkan perpisahan itu dan menambahkan risiko anda untuk lebih merasa kecewa di kemudian hari. Oleh itu, cubalah untuk teruskan saja hidup anda tanpa sidia!

Cuba fokus keada tujuan hidup anda.  Dapatkan kestabilan emosi.  Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa anda dipenuhi dengan melayan perasaan sedih.  Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada sidia…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan anda lebih cepat melupakan sidia!

 

Usah menaruh harapan. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati anda. Usah percaya apabila sidia berjanji akan menghubungi anda kerana itu biasanya hanya mainan kata-kata. Usah menyeksa diri sendiri. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati anda sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu.

Sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik … cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah anda. Anda akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan anda.

Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru.

Menangislah walaupun anda seorang lelaki…jangan malu untuk menangis.  Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati anda. Anda akan merasa lega selepas itu.

Ingatlah, walau sebesar manapun kesedihan anda,…anda pasti dapat melaluinya…….dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan saja yang menentukan kehidupan kita sebagaimana yang Dia kehendaki….

About these ads

34 Responses to “bagaimana merawat kekecewaan hati”

  1. saya dah cuba 4 tahun utk lupakan cinta pertama pada pandangan pertama.ada best solution ke??dah byk cara sy cuba namun jalan bubtu.lg sy sukar utk terima lelaki lain dlm hidup sy.

    • anggapla kite sebagai pelakon yg melakonkn watak tu….suatu ari nt kite aakn dapat watak len plak….(ada hikmah tu) sabar….

    • nur syazera Says:

      aty ste trtutup sbb seowg lky ney ..
      sdeh sngt2 x tau nk wat apew lg ..
      awk leh bg nseht kt ste ?

      • tak usah bersedih, banyak lagi perkara yang indah dalam hidup ni…cuba tumpukan kepada cita-cita, dan hobi. Jangan biar diri keseorangan kerana akan mengundang kesedihan. cuba buat sesuatu yang boleh memberi manfaat seperti menulis novel…mana tahu bleh jadi penulis terkenal!

  2. Siti, terimalah perpisahan sebagai suatu takdir dalam hidup awak. Kalau sukar untuk melupakan, tak usah paksa diri untuk lupakan, hiduplah dengan kenangan itu. Orang kata, time heals everything!… mungkin siti belum jumpa seseorang yang benar2 pengganti si dia. Memang sukar untuk melupakan orang yang pertama kali bertahta di hati, tapi takkan lah sepanjang hidup ni kita nak habiskan masa mengenangkan orang yang bukan lagi milik kita…..lebih baik siti nikmati hidup ini dengan gembira, insyaallah, suatu hari siti akan bertemu ketenangan hati…..

  3. sy putus cinta dengan mamat nie,saya amat mnyintai die..bende kecik pun nak besar2 kan..and than masing2 keras pale tak nk mengalah..hu3

  4. emm,,sy de bf..sy syg die bangat..but xtau nape,,die mcm jauhkn dri dr sy..
    ble jmpe,,sy ase mcm trhegeh2 je but ble x tgur die,,die plak yg bsng2..
    sy xfhm ngn situasi ni..sy mcm xde bf je..n xtau nk wat pe..penah je gtau pe yg sy ase,,but da same thing jdi blik..sedih lor..skrg ni ase kecewa sgt..mcm2 sy wat,,but still ase kekosongan..still menanti die..

  5. sy ad mnt cowang mamat ni.dlu sy nk wat sbgau abg angkat j..tp xtau knp sy dah mle syg dy lbh dri abg angkat..dy bg sy harapan,tp dy musnahkan hrapan sy..kdang2 sy bingung knp sy still tngu dy sdangkan dy serng mrah2 n hne sy tme kteorang gdh..sy tetap maafkan dy wlpn dy dah berjuta kli lukankan hti sy..stiap kli dy cwuh lpekan dy,sy xmampu nt wat cmua 2.sy sygkan dy..terlalu sukar utk sy lpekan dy..plzzz.help me.

  6. me dan era, perasaan tak boleh dipaksa…takde gunanye adik berdua menanti cinta daripada orang yang tak mahu mencintai adik2. Adik2 masih muda, jgn risau, patah tumbuh hilang berganti, tentu masih ada insan lain yang lebih menyayangi adik2. Sbenarnye, masa bercinta aje rasa seronok nanti bila dah lama kawin perasaan tu semakin hilang……sebab tu bila nak cari bf biarlah orang yg betul2 sayang dan cinta kat kita, jangan kita aje yg nak kat dia, nanti satu hari dia akan tinggalkan kita bila dah terjumpa org lain yg dapat menakluk hatinya…tu aje nasihat akak…………..

  7. sy t’lalu cintakn dia.. wlupn sy tau dia cma mpermainkn sy, mpergunakan sy… sy cb fkir yg x baik tntg dia spya sy mbenci dia, tp akhirnya sy yg t’seksa.. krn syg sy pd dia ikhlas. kdg kla sy hrapkn biar la sy tdo dan x akn sedar lg…krna sy x nk t’ingtkn dia lg.. sy msih mghrapkn dia.. ya Allah…

  8. nazrida Says:

    noru, kalau dia memang ditakdirkan utk awak, dia akan tetap milik awak juga, tp kalau dah memang takde jodoh, usaha macamana pun tetap tak kan bersama…..lalui saja kehidupan awak, cuba luaskan pergaulan yang sihat supaya awak tidak terlalu bergantung kepadanya.. suatu hari pasti akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik dari dia…..

  9. whatever Says:

    sy pn mgalami kkecewaan yg truk…suami sy ceraikn sy pas 6bln stngah kami brkahwin….sy rse hdup sy ni kosong sgt…

  10. sy pulak di kecewa kn seperti org yang x kenal erti kehidupan

  11. whatever, jgn la turutkn hati yg kecewa, byk benda yg menarik dlm dunia n yg boleh u buat, jgn bazirkn usia muda dgn bersedih, cuba luaskn pergaulan, manjakan diri selalu, berekreasi…atau sekali sekala travel dgn kwn2. Lupakan x husband yg dah tinggalkan u, u masih ada keluarga, ada kawan dan yg penting masih sehat dan siuman. Live your life! enjoy every moment u have….k, take care

    To haznan : segala yg pahit tu akan berlalu juga nanti. sabar dan bykkan berdoa utk ketenangan hati…buat hobi yg awak suka, tentu hati akan gembira….saya doakan anda semua bahagia dunia akhirat.

  12. sya pon pnah alami k’kcewaa..amat pdih bg wnita,tp ktew hrus sbar hdapi 2 cmua..hnya allah yang tau pasaan kte yg luka ney..sy hrap pd smua wnita tbahkan htie anda cmua..jd lah wnita yg kuat,soleha n tbah..

  13. sy juga alami frust yg amat….sy sedang cube utk lupakan seorang wanita yg bertakhta di hati..amat sukar rasanya…

  14. akram : memang sukar utk melupakan seseorang yg telah kita sayangi. Semakin kita mencuba semakin sukar jadinya…nasihat saya, buatlah perkara yang awak suka (hobi), jangan biarkan diri keseorangan, cuba capai segala yang awak boleh dalam hidup ini. Kata orang “you can go further if you are not stopping by any woman”

  15. sy bru mengalami kekecewaan yg amat sgt…sy xtau mcm mane nk lupakan…perpisahan kami bkn berpunca dr kami tp dr pihak keluarga die…sy xphm kenapa asal seseorang dijadikan isu…pihak keluarga die xsuke org klantan…sy rase alasan tu sgt xmasuk akal…sy xtau mcm mane nk lupakan die…byk kenangan dan impian kami selama 3 thn berkawan…skang sy rase down sgt2…xtau apa nk wt…

  16. rosha husmie Says:

    asyik dikecewakan sja..apa yg perlu saya lakukan?

  17. saya sdg dalam proses perceraian. Suami ada wanita lain dan nak menutup kesalahan dia selalu menyatakan ingin hidup bujang kembali. saya ada anak 2 orang perempuan. hati saya terlalu kecewa. selama ini saya menurut kehendaknya walau saya rasa seperti tidak disayangi seperti yang sepatutnya. kini dia menyatakan kasih dia pd saya tak sekuat saya menyayangi dirinya. Anak2 yg lahir hanya untuk mengaburi mata orang yg kami bahagi dan saling menyayangi tetapi sebaliknya TIDAK.

  18. lina, rosa dan maxelina, tabahkan hati…banyak lagi benda berfaedah di dunia ni yang boleh kita lakukan daripada menangisi kekecewaan. Cuba bina satu fokus baru dalam diri masing2..contohnya, “aku nak kaya”..tp dari segi positif, mungkin kita akan berusaha ke arah itu dan akan membuat kita lupakan perkara yang sedih dan membebankan…..

  19. michileyna Says:

    Memang menyakitkan bila patah hati..sy dah cuba jd yg terbaik untuknya, tapi di matanya, sy hanya tahu menyakitkan hatinya sahaja..sehingga dia sanggup cakap yg dia xpernah ada perasaan dgn sy..kata2 yg sgt menikam kalbu..setiap kesalahannya sy rela maafkan dan berharap dia xkan ulangi lg..hbgn yg terjalin hampir 5 thn berakhir bgitu shj akibat slh phm…dia dh xnak sy muncul lg dlm hidupnya…sy hampir gila kerana cinta dan syg yg terlalu dalam..tp sy redha atas ketentuan Illahi, cuma sy kesal janji tinggal janji…

  20. abdul aziz Says:

    sye pn sedang mengambil mase mengubati kesedihan kat hati nie..tpi pas bce pnulisan kat atas 2..sye jdi mkin sedar….kalau cinta itu mati tak perlu lah kita mati bersamanya..bebaskan sayap..dan kembali terbang…insyaALLAH….dunia nie bergerak mengikuti paksinya…lumrah alam…jikalau hari nie die wt cm 2..xmustahil…1 hari perkara itu akan berulang kmbali kpadanya…bukan mndoakan..tpi itu lah realiti kehidupan…what u give..u will get back….

  21. aty pedih Says:

    btol ckp akak tu..buat ape kite mencinta lelaki tu,tp dye x cintai kita mcm mana yang kita cinta…hanya lelaki yang cintakan kita jew leh jaga kita btol2 smpai akhir hayat ..insyAllah…dulu sy penah cintakan sorang mamat ni..tp dye tipu sye yang dye blom kawen lagi sedangkan dye dah ade 3 org anak lagi..huhuhu..haty sye mmg tersangat remuk,pedih sangt2x…sejak tu sye dah x brape cayekan laki..n aty sye pon dah tertutup untuk lelaki sebb sye mmg btol2x sayangkan dye tu..saye arap hati saya dapat terbuka kembali untuk terima lelak yang btol2x jujur dgn saya….huhuhuh

  22. mich, abdul aziz dan aty, sudah lumrah kehidupan di dunia ini yg tk pernah kekal, setiap yg mula akan berakhir..cinta yg pada mulanya indah akan hambar bila tiba suatu masa…percayalah, tiada cinta yang hangat sepanjang masa….oleh itu, sayangilah diri sendiri dengan sepenuhnya melebihi dari menyayangi orang lain agar tidak kecewa hingga nk gila bila ditinggalkan….life is too short…and too precious .. so, live your life to its fullest…byk benda yg boleh dibuat selain dari menangisi cinta yg telah pergi…

  23. ya Allah,mmg sakit ase nye ble kecewa. n itu ape y sy sdg ase skang..

  24. I’m always thining about love,because someone make me sad, so what i wil do??
    i must find the god friend, so he or her wil help me

  25. merah delima Says:

    da ber macam cara sy buat utk lupekn si dia tetapi hasil nya sangat mengecewakan.makin kuat ushe melupakn die makin kuat ingatan sy terhadap die malah sampi termimimpi mimpi.dan sy masih mencari2 jln utk melupakn die dan penyelesaian terbaik kerana die tingalkn sy begitu saja tanpa kabar berite.

  26. memikirkan mereka yang telah berlalu dalam hidup kita hanya akan merugikan diri, lebih2 lagi mereka yang menyakiti hati kita….laluilah hidup yang tersisa dengan sesuatu yang bermakna, tk usah mengenang orang yang sudah lupakan kita….banyak lagi perkara yang bermanfaat dan membahagiakan di hadapan kita….

  27. Selalu lh berdoa supaya allah kurnia kn y lbh baik utk kte….
    rasa syg,cinta n kasih 2 hnya dipinjam kn oleh nya…pohon lh pd nya utk diambil kembali rasa itu…jgn biar kn rasa syg kte kpd manusia melebihi rasa syg,cinta dan kasih kte pd allah s.w.t….krn allah s.w.t x kn pernah mngecewakan kte seperti mana seorang manusia…dan cintai lh seorg manusia itu kerana allah s.w.t…….(sy pun masih cuba berbuat demikian)

  28. lelaki yg sy kapel tu kata takut nak kawen dgn sy, tp rasanya sy xder pn jd queen control.mungkin ker itu satu reason utk lari dr sy?

  29. tanggisan tpa suara..lidah kelu utk bbicara..bagaimana harus sy lakukan,pd siapa harus sy luahkan..sy akan bkhwin tdk lama lg,tp sy keliru adakah dia betul2 cintakan sy,ape yg dpamerkan kdgkala mnyakitkan hati yg teramat..apa yg sy buat serba xkena,kata2 kesat,walaupon pahit harus sy telan demi selamatkan hubungan yg dh lama tjalin..kedua org tua pon dh restui hbgan ini…sy syg dia hgga ujung nyawa,tapi balasan utk cinta sy,hampa…skrg,sy masih lgi bsabar..dia plak xhbis2 menyalahkan sy..adakah sy perlu teruskan hbgan nie?

  30. eda, cuba berdoa kepada Tuhan dan lakukan sembahyang istikharah supaya diberi petunjuk samada lelaki itu adalah pilihan yang sesuai atau tidak. Minta kepada Allah, sekiranya lelaki itu baik untuk awak, agama awak dan masa depan, permudahkanlah jodoh dengannya dan mohon pentunjuk / hidayah untuknya supaya dia berubah, tapi kalau lelaki itu tk sesuai untuk awak, minta dijauhkan dia sejauh langit dan bumi…dan mohonlah pengganti yg lebih baik daripada dia. Jika kita meminta dengan yakin dan ikhlas, insyallah Tuhan memberi apa yg kita mahu…..saya selalu berbuat demikian, dan saya sentiasa dapat merasa apa yg berlaku kepada saya adalah kerana kasihsayang Tuhan. walaupun ada benda yg pahit tapi diakhirnya baru saya tahu ianya baik untuk saya, kadang Allah memberi bukan pada masa yg kita minta tetapi pada masa yang lain yang kita sebenarnya amat memerlukan. Allah Maha Pemurah dan mendengar rintihan dan keluhkesah hambaNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: