Usahlah menyusahkan orang lain…

Beberapa hari ini aku menerima sms daripada seseorang yang tidak aku kenali.  Menurut orang tersebut dia mendapat noombor hp ku dari seseorang dan dia enggan menyatakan siapa dirinya. Dia juga ingin berkenalan ‘dengan lebih rapat’ denganku. Mulanya aku menganggap ia hanya sms dari kawan-kawan yang ingin bergurau denganku. Jadi aku langsung tidak memperdulikan sms tersebut.  Tetapi nampaknya orang itu tidak berputus asa dan menghantar beberapa lagi sms. Aku memberitahunya, aku langsung tidak berminat dan memintanya supaya tidak menghantar apa-apa sms lagi kerana aku tidak mahu anak-anak akan terlihat sms itu lalu kelak akan timbul salah faham anak-anak terhadapku. Tapi orang tu nampaknya degil sangat dan masih menghantar sms.  Aku tidak memperdulikan sms orang tu dan aku terpaksa menukar sim kad baru.

Sebenarnya dalam dunia ni berbagai ragam orang. Kekadang orang tak tahu tempat untuk bergurau.  Gurauan itu kalau dibuat tidak kena pada tempatnya akan menjadi bebanan kepada orang lain dan akan menyusahkan pula. Aku sememangnya terganggu dengan sms tersebut mungkin disebabkan  ketika ini aku menghadapi banyak masalah. Oleh sebab itu perkara remeh pun boleh membuatkan aku marah.  Kalau ikutkan hati aku, mahu saja aku hempas kepala orang tu dengan kerusi supaya dia tidak akan sesuka hati mengganggu orang lain. Mungkin orang sebegini tidak mempunyai sebarang masalah untuk difikirkan hinggakan dia mempunyai banyak masa untuk mengganggu orang lain….atau pun sebenarnya dia terlalu bermasalah hinggakan tak dapat nak fikirkan perkara betul dan salah.  Mungkin orang ni rasa gembira kalau dia tahu aku terganggu dengan tindakannya lalu itu akan merangsangnya untuk menghantar lebih banyak sms.

Satu pengajaran yang aku perolehi daripada kejadian ini, jangan sekali-kali menganggap perkara remeh yang kita lakukan tidak memberi kesan kepada orang lain. Mungkin bagi kita, ianya adalah gurauan tetapi bagi pihak yang lain ianya menyusahkan dan membebankan. Usahlah hidup dengan menyusahkan orang lain, lebih baik perbaiki diri sendiri agar menjadi manusia yang bermanfaat kepada seluruh hidupan…..

One Response to “Usahlah menyusahkan orang lain…”

  1. gong@.com Says:

    baiklah

    satu benda aku belajar

    aku x kan berintaraksi ngan org laen dah pahni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: