Begitulah kehidupan….

Baru-baru ini aku terserempak dengan seorang rakan sekolah menengah dulu. Rasanya dah hampir 20 tahun kami tak berjumpa. Naim, itu nama glamernya semasa di sekolah. Dia pelajar pintar tetapi agak nakal sedikit.  Biasalah masa tu masih muda remaja. Dulu Naim kurus. Kini dah gempal, agaknya saiz badannya dah bertambah tiga kali ganda.  Aku hampir tak mengenalinya. Kami berbual-bual kisah lama sewaktu zaman sekolah dulu. Dulu Naim memang salah seorang kawan rapat aku. Aku dapat tahu Naim kini seorang yang berjaya, usahawan direct sale yang dah jadi jutawan. Naim telah lebih 10 tahun berumahtangga dan mempunyai lima orang anak.  Naim sejak dulu lagi memang bersikap terbuka dan biasanya akulah tempatnya mencurah segala masalah terutama sekali hal pribadi.  Sungguhpun Naim telah menjadi orang yang kuanggap berjaya dalam hidupnya namun rupanya Naim menghadapi masalah rumahtangga yang katanya berpunca dari dirinya sendiri. “Duit banyak pun tak guna Ida, hati aku macam kosong…” begitulah luah Naim kepadaku. Bukan Naim seorang yang merasakan begitu sebenarnya banyak lagi insan di dunia ni yang memiliki segalanya yang diidamkan oleh orang lain tetapi tidak dapat merasa nikmat kebahagiaan itu sendiri.  Aku simpati dengan Naim. Namun aku sendiri tak dapat membantu kerana perasaan itu milik hatinya sendiri. Dialah yang mencorakwarnakan hidupnya. Kataku kepada Naim, samada hidup kita bahagia atau derita, kita sendiri yang menentukannya. Usahlah memandang apa yang kita tak ada tetapi pandanglah apa yang kita ada. Lihatlah kurniaan Tuhan kepada kita. Terlalu banyak sebenarnya kebahagiaan yang Tuhan berikan kepada kita. Kesihatan tubuh badan, anak-anak yang sihat, isteri yang sentiasa menemani, harta yang melimpah ruah, sebenarnya segalanya ada pada kita, Naim. Andainya kita merenungkan semua itu tentu akan timbul ketenangan dalam jiwa……Sebenarnya Tuhan berikan kita kehidupan terpulanglah kepada kita untuk berbahagia atau sebaliknya. Doaku dalam hati semoga Naim akan tenang dan menemui kembali hidupnya yang ceria seperti dulu…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: